CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Duyung Lagenda Aurora : Kebenaran memang menyakitkan – Saiful Apek

29-12-2025 04:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3374| Komen: 41

 


Sejak bahan promosi awal diperkenalkan, filem Duyung Lagenda Aurora menjadi tumpuan perbualan hangat dalam kalangan peminat filem tempatan.

Namun, keterujaan yang sepatutnya menyambut kemunculan sekuel kepada naskhah ikonik itu bertukar menjadi kekecewaan apabila poster, teaser serta elemen visual yang dipertontonkan menerima kritikan hebat di media sosial.

Ramai peminat meluahkan rasa hampa kerana merasakan hasil yang ditampilkan tidak selari dengan kenangan dan jangkaan mereka terhadap filem asal yang pernah mencipta fenomena suatu ketika dahulu.

Kritikan bukan sahaja tertumpu kepada aspek kostum dan visual duyung, malah turut melibatkan persoalan kualiti teknikal, nilai produksi serta hala tuju kreatif yang dilihat seolah-olah tidak mencerminkan statusnya sebagai sebuah sekuel besar.

Situasi ini sekali gus mencetuskan perdebatan hangat apabila kecaman mula tertumpu kepada barisan pelakon, meskipun hakikatnya banyak keputusan penting terletak di bahu pihak produksi dan kreatif.


Berikutan itu, Pancaindera mendapatkan Saiful Apek untuk menggali pandangannya sebagai pelakon filem berkenaan.

 

Ramai peminat meluahkan rasa hampa kerana merasakan hasil yang ditampilkan tidak selari dengan kenangan dan jangkaan mereka terhadap filem asal yang pernah mencipta fenomena suatu ketika dahulu.

Kritikan bukan sahaja tertumpu kepada aspek kostum dan visual duyung, malah turut melibatkan persoalan kualiti teknikal, nilai produksi serta hala tuju kreatif yang dilihat seolah-olah tidak mencerminkan statusnya sebagai sebuah sekuel besar.

Situasi ini sekali gus mencetuskan perdebatan hangat apabila kecaman mula tertumpu kepada barisan pelakon, meskipun hakikatnya banyak keputusan penting terletak di bahu pihak produksi dan kreatif.

Berikutan itu, Pancaindera mendapatkan Saiful Apek untuk menggali pandangannya sebagai pelakon filem berkenaan.


Adakah Saiful sendiri terkesan dengan kritikan tersebut?

Ya, sangat terkesan. Saya bukan sahaja dihentam di ruangan komen, malah melalui mesej peribadi. Ramai bertanya dan seolah-olah menyalahkan saya sepenuhnya. Saya rasa itu tidak adil, tetapi saya faham, peminat bercakap kerana mereka sayang dan mempunyai jangkaan yang tinggi.

Mengapa jangkaan terhadap filem ini begitu tinggi?
Kerana ini adalah sekuel. Kalau ini filem baharu, mungkin orang lebih berlapang dada. Tetapi Duyung adalah filem yang membesar bersama penonton. Mereka menonton sejak kecil, jadi apabila sekuel muncul, secara automatik harapan mereka juga meningkat.

Dari sudut teknikal pula, apakah pandangan anda sebagai antara pelakon utama filem ini?
Sebagai sekuel, sepatutnya ada peningkatan yang jelas. Dari segi teknikal, visual, kostum dan keseluruhan persembahan, ia perlu lebih upgrade, lebih relevan dengan zaman sekarang. Banyak perkara teknikal sebenarnya boleh dielakkan atau diperbaiki dengan kos minimum jika dirancang dengan teliti.

Ada yang mengatakan isu kostum demi keselamatan dan keselesaan pelakon. Saiful setuju?
Saya faham soal keselamatan dan keselesaan, itu sangat penting. Tetapi kita bercakap tentang filem duyung. Seluruh dunia menghasilkan cerita duyung dengan pelbagai pendekatan. Kalau mereka boleh cari penyelesaian, kenapa kita tidak? Jika kekangan bajet terlalu besar, bagi saya lebih baik tidak diteruskan daripada menghasilkan sesuatu yang tidak memenuhi jangkaan. Pendek kata, kalau tiada bajet dari awal, lebih baik tidak payah buat.

Bagaimana perasaan anda apabila orang dalam industri sendiri mula bersuara secara negatif?

Itu yang paling merisaukan saya. Apabila kru teknikal, DOP dan juga pelakon sendiri memberi bayangan ketidakpuasan hati, walaupun tidak secara langsung, ia menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena. Kebenaran memang menyakitkan, tetapi ia lebih baik daripada penipuan yang menyenangkan. Saya bukan mahu menjatuhkan sesiapa. Saya juga sebahagian daripada filem ini. Tetapi sebagai pelakon, saya membawa harapan penonton. Saya tidak boleh mempertahankan sesuatu yang saya sendiri rasa boleh diperbaiki. Ini bukan soal emosi, ini soal tanggungjawab.

Apakah yang Saiful harapkan daripada penonton?
Saya harap penonton menilai dengan adil selepas menonton keseluruhan filem. Setiap orang berhak ada perspektif masing-masing. Kritikan itu perlu, tetapi biarlah ia membina. Semua pihak dalam produksi ada peranan masing-masing, dan akhirnya kita semua mahukan industri filem tempatan terus berkembang dengan baik.

Sumber : -UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Temenung 29-12-2025 06:13 PM
Nasib la nokk kena bersaing dgn papa zola

Tp tgk teaser duyung sekuel ni pun mcm x best je.susah la nak lawan yg first dulu
Quote dudaberhias 29-12-2025 06:54 PM
Temenung replied at 29-12-2025 06:13 PM
Nasib la nokk kena bersaing dgn papa zola

Tp tgk teaser duyung sekuel ni pun mcm x best je.susah la ...

Nampak tak best sebab kostum duyung tu. Macam langit dengan bumi kalau di bandingkan dengan duyung first.

Macam tengok filem parodi je. Baju duyung nampak macam beli kat bundle atau order dari china. Macam tak percaya iols ni produksi KRU walaupun produksi KRU memang sedia hauk. Tapi filem Karak dengan Duyung tu lain beza kualiti dulu berbanding yang sekarang.

Macam tonton siri konoha dunia khayalan dunia impian pukul 3 petang jah.
Quote Temenung 29-12-2025 07:21 PM
dudaberhias replied at 29-12-2025 06:54 PM
Nampak tak best sebab kostum duyung tu. Macam langit dengan bumi kalau di bandingkan dengan duyung ...

Yezz kaka mcm langit dgn bumi nak dibandingkan dgn yg first dulu.iolz kuciwa sbb yg sekuel ni pun dr kru studio jugak ingatkan org lain produce.awat beza sgt kualiti dia dgn yg dulu.kalo xde idea xpayah la buat sekuel ni membazir ja

Xpe la kaka iols sambung tgk animal planet jela kat umah
Quote Perawankota 29-12-2025 07:40 PM
Pastu OST duyung Tok Vida yang nyanyi.. Dah Alang2 Ayie Floor 88 yang berlakon, kenapa tak suh dorg jer buat lagu
Quote ZORRO5555 29-12-2025 07:47 PM
Budget x cukup ke?
Quote Shayang 29-12-2025 08:35 PM
Beraninya wat pilem
Aku nampak kat fb org kritik poster
Dorang siap buat poster lain guna AI yg jauh lebih lawooo

Tak payahla nak wat sekuel bagai jarang filem sequel lebih baik satu dua je berjaya rata2 flop
Quote luc 29-12-2025 08:44 PM
Acik pulak memang expect kualiti setakat tu je. Yang acik surprise mcm mana duyung 1 tu begitu bagus sedangkan yang mengarahnya razak.
Quote anony-mous 29-12-2025 10:42 PM
luc replied at 29-12-2025 08:44 PM
Acik pulak memang expect kualiti setakat tu je. Yang acik surprise mcm mana duyung 1 tu begitu bagus ...

Ingatkan iols je rasa begitu. I xkisah dgn pengarah tu tp xsangka Duyung 1 ramai pemenat. I rasa mcm merepek dah la apek yg jd hero, dgn watak orix yg entah pape. Sebagaimana org tgk duyung 2, mcm tu la i nmpk duyung 1. Xtau la mgkin i kena tgk duyung 1
Quote likecandy 29-12-2025 11:50 PM
iols nampak kat tt ada org pi tgk dan rasa kecewa
fight scene pon pakai AI
i tgk teaser pon x kan terasa hati nak tgk lol
Quote dua_chzy 30-12-2025 01:41 AM
Edited by dua_chzy at 29-12-2025 05:43 PM
luc replied at 29-12-2025 12:44 PM
Acik pulak memang expect kualiti setakat tu je. Yang acik surprise mcm mana duyung 1 tu begitu bagus ...


Tak bagus pun sebenarnya. Tu yang aku heran dalam hodoh2 filem Duyung, jauh lagik hodoh filem sekuel yang dibuat di tahun 2025? Siap Yusry ke Edry sapa tah direktor, kata ni hasil terbaik dia semata2 sebab ni filem first meka guna AI (yang overused dan merosakkan realiti tu)?

(Meols yang tak pernah suka mana2 filem KRU kecuali filem Awas tu pun sebab masa tu masih darjah 5 tapi dah reti menilai kekejungan lakonan).
Quote Jamalulail 30-12-2025 05:22 AM
aku baca reviu mmg teruk cite ni dari segi story, teknikal dll.
Quote Binderclips 30-12-2025 05:40 AM
Don’t worry, filem ni blh cecah RM 1 juta kutipan sbb fans frozen ramai. Malah, filem ni mesti ditayangkan kat indo sbb fans frozen kat indo nk tgk
Quote AWEKSAMURAI 30-12-2025 06:07 AM
X rasa berminat nk tgok pun.. baik aku layan AVATAR 3 .. tambah dgn geng2 pilak berlakon bingit btui... Suka ckp meneran nk bg org ketawa padahal sikit x lawak ...
Quote IzzahF 30-12-2025 08:25 AM
Poster dia pun dah hauk, macam jaman 80an sedangkan ko generate guna AI pun dah meletop2 lawa
Quote Natrisyia 30-12-2025 09:31 AM
Dari poster hingga ke teaser, tiada aura umph !! Apabila orang menjejak kaki ke wayang, mereka sudah ada pilihan, untuk papa zola atau duyung.
Quote babynina30 30-12-2025 10:54 AM
Waduyu espek. Pelik cmne pilem Msia konon cecah juta2 kutipan. Tgk teaser n costume pon tak lalu nyah. Kejis je rasa
Quote KamikuP 30-12-2025 11:04 AM
Sedangkan filem Duyung pun meolls tak tengok apatah lagi nak tengok sekuel. Meolls tak rasa hampa apatah lagi kuciwa sbb meolls pergi tengok Zootopia 2 lagi best yaachhh...

Anyhoo, kostum duyung tu teramatlah hodoh lagi keji serta hina yaachhh.. Baik tengok The Mermaid kat Netflix lagi kelako lawaknya.. ekekek
Quote babelina 30-12-2025 11:21 AM
siap kt tiktok Seller buat ekor duyung quality teruk.. ambik dari filem duyung.. quality tinggi.. seller tnjuk dia punya..
Quote ekselen 30-12-2025 11:33 AM
filem bajet kot.. ko ghase?

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.161803 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top