CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Ramai yang berjaya tetapi tidak bahagia…’ - Yuna

29-12-2025 04:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1830| Komen: 20

 



ADA satu garis halus, tidak ketara namun cukup besar untuk menciptakan jurang antara artis wanita dan lelaki dalam pasaran industri hiburan. Tidak hanya di Malaysia, malah di Hollywood sekali pun, isu ini dibincangkan lebih dalam apabila selebriti wanita sering dinilai berdasarkan penampilan mereka dahulu, kemudian barulah kerja seninya. Baik itu bentuk tubuh, pakaian, rupa, kemudian barulah projek lakonan atau muziknya.

Ketika video muzik kumpulan Dolla, Question, diturunkan kerana dianggap terlalu seksi, tidak sesuai dengan aturan norma-norma masyarakat setempat, sepatutnya sebuah wacana dibuat secara sihat, yang sudah tentu bukan dengan niat mem­pertikai teguran Menteri Agama. Sekadar menilai semula apakah polisi ini diguna pakai secara adil termasuk kepada artis lelaki yang pernah menghasilkan video muzik lebih ghairah, atau ia hanya terpakai kepada artis wanita yang lebih mudah diukur keseksiannya tanpa melihat mesej-mesej dalam lagunya.

Penyanyi, Yunalis Mat Zara’ai yang pernah menyentuh kedua-dua pasaran muzik baik antarabangsa mahupun lokal tidak menafikan wujudkan standard ganda (double standard) dari awal kemunculannya sebagai artis sedekad lalu hingga hari ini. Ketika nama Dolla menjadi antara carian tertinggi di media sosial, beberapa peminat memetik Yuna, berharap Dolla menjejaki langkah penyanyi Crush itu mencari nafas di pasaran muzik berbeza.

Bagaimanapun, Yuna, 39, meyakinkan bahawa langkah dilalui Dolla yang kini dianggotai Sabronzo, Angle dan Tabby sungguh berbeza dengan dirinya. Ujar Yuna, adalah sebuah perkara yang normal untuk masyarakat memberi reaksi kepada setiap penampilan dan kerja seni mana-mana artis.

“Cuma artis perlu teruskan berkarya belajar dan mendewasa daripada segala yang terjadi. Pada masa sama, kita kena cuba faham apa kehendak peminat. Saya dulu pun ramai yang marah, ada benda yang saya tidak patut lakukan dan ubah.

“Sebagai artis, kita perlu fleksibel dan paling penting jangan patah semangat kerana mereka semua adalah wanita yang sangat berbakat, memiliki potensi besar dan cantik. Saya yang bertutup pun kena, saya fikir normal kerana orang akan bercakap,” katanya.

Yuna yang pernah disenarai pendek untuk pencalonan Anugerah Oscar bagi lagu asal terbaik pada 2016 berpendapat industri hiburan cenderung memihak lelaki mungkin kerana mereka lebih mendominasi.

“Bukan hanya di Malaysia, tetapi seluruh dunia di mana perempuan memang akan lebih dikritik kerana industri hiburan ini bersifat male-oriented. Sebab itu perlu untuk artis perempuan saling menyokong antara satu sama lain dan percaya kepada kraf yang dihasilkan.

“Dunia hari ini menyaksikan muzik-muzik seperti Dolla mula meraih tumpuan seperti yang kita lihat daripada kumpulan De Fam sehingga Demon Hunters. Saya percaya, Dolla pasti boleh ke hadapan,” jelasnya.


 


SUDAH LIHAT RAMAI TIDAK BAHAGIA DI HOLLYWOOD
Tidak pernah berhenti bermuzik, Yuna bakal tampil dengan EP terbaharu tahun hadapan diiringi dengan konsert khas, The Valour Hour. Mendekati hari konsert pada 7 Februari di Zepp Kuala Lumpur, Yuna melancarkan single If You Don’t Love Me yang bakal menempati salah satu daripada senarai lima lagu dalam EP tersebut selain Believer, Ready to Move, Sky’s the Limit dan Wasteland.

“Ketika awak menulis lirik ‘i see the past in my future’ apa yang Yuna maksudkan?” penulis cuba menebak isi hati Yuna.

“Tak sangka awak perasan, itu lirik kesukaan saya dalam lagu itu. Saya terfikir diri saya yang muda, seorang yang penuh dengan azam. Mungkin orang kata lagu ini mambawa nada perpisahan, boleh juga. Tapi saya menulisnya kerana bersedia mahu menghadapi pengalaman yang baru,” katanya.

Nampaknya Yuna tidak berselindung apabila berkongsi lagu tersebut ada kaitan dengan serpihan perasaan semasa dirinya memutuskan untuk kembali ke Malaysia selepas hampir sedekad di Los Angeles.

“Ada orang kata pada saya ‘Yuna balik Malaysia sebab sudah give up dengan Amerika’. Tapi saya tak rasa ini semua macam putus asa. Apa yang teruknya kembali ke Malaysia sebab dekat sini ramai pemuzik yang berbakat, muda.

“Cuma sekarang, niat dan cara bermuzik sudah berbeza. Saya tidak mahu lagi buat muzik sebab nak pecah masuk radio dan hit. Dulu mungkin begitu tapi sekarang hanya mahu buat yang terbaik.

“Kalau awak tengok fail rakaman saya sekarang, ada enam sahaja lapis muzik berbanding dulu sampai 20. Bagi saya itu pun sudah cukup istimewa, saya bangga dan gembira dengan hasilnya.

“Kejayaan bagi saya bukan kena di Hollywood, tapi sejauh mana kita rasa gembira. Di Hollywood, saya sudah jumpa ramai orang yang ‘berjaya’ tapi tak bahagia. Saya tidak mahu jadi sebegitu. Tidak mahu kerja macam nak gila tapi hilang diri sendiri.

“Semua benda Allah sudah cakap, perlu seimbang,” katanya yang masih bekerjasama dengan nama besar di Amerika Syarikat seperti Olmo Zucca, pemenang Anugerah Grammy 2024 untuk lagu Water.

Tambah Yuna, dia tidak pernah berasa ralat kembali ke Malaysia cuma sesekali dia merindukan perasaan melakukan siri jelajah dan bertemu peminat di Amerika Syarikat. Berkat itu juga, dia berkenalan rapat dengan komuniti Palestin pada 2015 di Detroit, Machigan.

“Itulah kali pertama tahu tentang Palestin, budaya hingga cuba makanan mereka. Mereka memberi saya inspirasi untuk bangga dan berpegang kepada identiti negara. Pengalaman bernyanyi dari bandar ke bandar banyak mengubah cara saya memandang hidup.

“Kadang bila jumpa pelajar Malaysia waktu saya buat tour, mereka akan belanja saya makan begitu juga sebaliknya. Sekarang saya tak dapat buat itu semua,” katanya.

Ditanya mengapa lagu-lagu Yuna akhir-akhir ini seperti melankoli, membawa perasaan syahdu yang dalam, penyanyi itu tidak menafikan pergelutan dan keadaan yang melanda dunia memberi impak kepada emosinya.

“Saya fikir perlu untuk seorang artis tulen menyerap segala yang terjadi di sekeliling dan terfikir untuk tulis mengenainya. Tidak logik tiba-tiba buat lagu gembira untuk ekspresi diri.

“Tapi bukanlah bermakna tak boleh langsung. Masih boleh juga tulis tentang cinta atau jatuh cinta. Perubahan hidup di Amerika Syarikat dan Malaysia yang saya alami, pun saya tulis. Cuma kadang saya sedih lihat apa yang sedang terjadi di dunia,” katanya.


Sumber : Utusan
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote angin_menderu 29-12-2025 05:27 PM
bagus cara dia ni jawab. menegur dalam masa yang sama tidak menjatuhkan sesiapa. very media train. btw buat la lagu melayu lagi yuna, inshaallah kami dengar hihi. album dulu pun dalam satu album ada campur lagu omputih jugak so tak puas dengar. and mostly lagu melayu dia ni semua hit
Quote babelina 30-12-2025 10:10 AM
apa yg nk kita cari di dunia yg makin tua nie adalah kebahgiaan diri tu lg penting..
Quote ZORRO5555 30-12-2025 07:31 PM
Bahagia tu subjektif
Quote fadz84 30-12-2025 08:23 PM
angin_menderu replied at 29-12-2025 05:27 PM
bagus cara dia ni jawab. menegur dalam masa yang sama tidak menjatuhkan sesiapa. very media train. b ...

Best lagu² melayu Yuna.. plg fav semestinya Penakut. Moden gile lagu tu.. bukan ballad meleweh².. x perlu vokal tinggi melangit, soothing kat telinga & menusuk ke jiwa..
Quote Hoola 30-12-2025 09:11 PM
menuju 2026...we need more talented,educated and classy attitute mcm yuna

bkn retis bermodalkan mslah klurga, rmhtngga,bilikxcukup, vitamin chenta punchline, content twrpaling kaya beserta harga reta benda, batak jenama, dan sewaktu dgnnya
Quote hyie 30-12-2025 11:22 PM
kalau sheols tambah konsert sehari lagi, meols nak pegi lah..nak tiket yang paling mur je
Quote SalenaGomez 30-12-2025 11:46 PM
fadz84 replied at 30-12-2025 08:23 PM
Best lagu² melayu Yuna.. plg fav semestinya Penakut. Moden gile lagu tu.. bukan ballad meleweh². ...

SG suka gadis semasa… mv pon best
Quote cm_vungtau 31-12-2025 08:29 AM
Yuna ni pakaian dia buruk betul.
Quote aamirshahzad 31-12-2025 09:10 AM
sokong la
Quote akik 1-1-2026 07:29 AM
angin_menderu replied at 29-12-2025 05:27 PM
bagus cara dia ni jawab. menegur dalam masa yang sama tidak menjatuhkan sesiapa. very media train. b ...

2023 dia keluar EP ada 4 lagu melayu. Sedap sedap juga la tapi i paling suka lagu Camaraderie, unik sangat
Quote sangkaya 1-1-2026 03:21 PM

Quote fadz84 1-1-2026 06:05 PM
akik replied at 1-1-2026 07:29 AM
2023 dia keluar EP ada 4 lagu melayu. Sedap sedap juga la tapi i paling suka lagu Camaraderie, uni ...

Dia mcm x promote sgt EP tu.. ye Camaraderie best..
Quote ardent91 2-1-2026 08:22 AM
cm_vungtau: Yuna ni pakaian dia buruk betul.


retis yang berpakaian burok jenis2 ernie zakri tu..  yuna punyer outfit dalam gambar ni ala2 watak dalam citer Mortal Kombat nama Ashrah... ada jenama fashion x clap christian dior ke yves saint laurent ada buat outfit camtu gak
Quote Russ34 2-1-2026 09:27 AM
Mungkin dia crta psal org sna yg sgup jual soul ikut satanic semata nak kekal relevan.. huhu
Quote addamnor 3-1-2026 12:45 PM
Hoola replied at 30-12-2025 09:11 PM
menuju 2026...we need more talented,educated and classy attitute mcm yuna

bkn retis bermodalkan msl ...

Classy attitude? sheols kuat merempan di soc med iya, cuma tak rempit shj
Quote vender 3-1-2026 01:11 PM
yuna ni termasuk dlm kategori artis sombong dah perasan bagus tapi mmg bagus pun..

She make good move, enough with glamour, tumpukan pada nak buat baby and produce good malay song.
Skrg ni bahasa dah jadi universal. Lagu raya alamak pun top, x payah buat in english pun..dlm komen youtube lagu yuna ramai dah non malaysia komen wlaaau tak paham tp suka lagu tu..
Quote vender 3-1-2026 01:19 PM
Iols teringat how billie eilish mesej yuna taapi yuna tak layan..
Pastu kalau perhatikan lagu happier than ever billie elish tu susunan muzic dia resemblance lagu penakut.
Quote Alvida 3-1-2026 03:08 PM
Gigih suara biasa2 jer
Quote angin_menderu 4-1-2026 09:05 PM
fadz84 replied at 30-12-2025 08:23 PM
Best lagu² melayu Yuna.. plg fav semestinya Penakut. Moden gile lagu tu.. bukan ballad meleweh². ...

kann zaman tu tak banyak sangat lagu melayu style macam tu. lagu terukir di bintang tu pun melodi dia simple je tapi tetap boleh hit lagu tu
teringat ag coco pernah cakap dari awal dia keje dengan yuna, style yuna ni buat lagu mmg lain sikit dan tak boleh jangka canne end result yang dia nak.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.279962 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top