CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Ambil wuduk, solat cara saya pulih mental, ‘recharge’ jiwa’ - Nadia Brian

29-12-2025 03:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1341| Komen: 18

 



MUNGKIN pada pandangan umum, kehidupan selebriti nampak sentiasa bahagia, dipagari glamor, senyuman dan dihujani pujian.

Namun ‘keindahan’ itu tidak semanis disangka. Tekanan emosi, tuntutan kerja serta cabaran hidup tetap hadir tanpa memilih siapa.

Realiti itu turut dilalui pelakon Nadia Brian, figura jelita yang berani membuka cerita soal kesihatan mental tanpa berselindung.

Dalam kesibukan dunia seni yang bergerak serba pantas, aktres berusia 34 tahun itu memilih jalan menenangkan jiwa berbanding memendam rasa.

Baginya, menjaga keseimbangan emosi bukan semata-mata keperluan peribadi, malah satu bentuk tanggungjawab terhadap diri sendiri agar terus waras, positif dan kuat menghadapi hari mendatang.

Sedekad bergelar artis, anak jati Kangar, Perlis itu mengakui berdepan tekanan, lebih-lebih lagi ketika jadual kerja padat dan emosi diuji.

Enggan larut dalam amukan minda dan jiwa, dia menjadikan solat sebagai ruang perlindungan dan sumber kekuatan dalaman serta mencapai ketenangan.

Malah kata pemilik nama lengkap Nadia Najwa Mohamed Rashidi itu, ketenangan tidak semestinya hadir dalam bentuk besar, malah boleh bermula daripada perkara kecil seperti mengambil wuduk.

"Solat cara saya memulihkan mental. Setiap kali menunaikan solat, rasa seperti ‘recharge’ semula jiwa dan fikiran. Saat beribadah, seolah-olah sedang ‘berdating’ dengan Allah lima kali sehari.

“Sebenarnya kalau rasa stres, ambil air wuduk pun sudah buat hati rasa lega. Ibu juga sering bertanya sama ada saya sudah solat atau belum. Sejak dahulu saya dididik tentang perkara itu,” katanya kepada HibGlam.



Selain kekuatan spiritual, bintang filem Duyung: Legenda Aurora itu tidak menafikan sokongan insan sekeliling banyak membantunya melalui fasa mencabar dalam hidup malah kehadiran keluarga serta rakan-rakan menjadi tonggak utama dalam memastikan emosinya kekal stabil.

“Saya banyak berkongsi dengan kawan-kawan, daripada rakan sekolah hingga universiti. Alhamdulillah, sampai sekarang kami masih berhubung.

"Saya sangat bersyukur dikelilingi ‘support group’ yang banyak membantu. Mendekatkan diri dengan orang tersayang turut menyokong emosi dan spiritual saya,” luahnya.

Dalam nada penuh kesedaran, Nadia mengingatkan bahawa stres merupakan lumrah kehidupan, namun tidak wajar dibiarkan berpanjangan hingga merosakkan diri.

“Semua orang akan alami stres. Kita cuma perlu elakkan tekanan itu berlarutan sehingga menjadi depresi.

"Setiap manusia ada dugaan dan titik terendah masing-masing, tetapi mengadu kepada Allah SWT merupakan jalan terbaik.

“Alhamdulillah, saya juga sibukkan diri dengan kerja, jadi tidak ada masalah besar sampai menjejaskan mental,” tutupnya.

Dalam perkembangan lain, Nadia antara selebriti terlibat sebagai tenaga pengajar dalam platform penstriman pendidikan, TV Tuisyen bersama barisan artis seperti Cristina Suzanne, Elisya Sandha, Adam Lee, Zara Zya, Syafi Tee, Juliana Evans dan Wanie Kayrie.

Inisiatif berkenaan bukan sahaja kelas tambahan maya tetapi sebuah revolusi pendidikan digital dirangka khas bagi memperkasakan pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, sekali gus membantu merapatkan jurang pembelajaran dalam talian dengan pendekatan lebih segar dan inklusif. 

Sumber : – HIBGLAM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 29-12-2025 07:45 PM
Woww Nadia ajar subject apa ek?
Quote Shayang 29-12-2025 08:32 PM
Perawankota replied at 29-12-2025 07:45 PM
Woww Nadia ajar subject apa ek?

Mesti ajar subjek PAI la  kan duk sebut2 pasal ibadah solat bagai ni

Quote makneng 29-12-2025 08:51 PM
Eh kat TikTok tunjuk she dengan nedim jalan pegang tangan. Kemain eh
Quote slyfynx 29-12-2025 09:43 PM
Aci x aku nak gelak?
Tp mcm dosa lak
Quote hokeypokey 30-12-2025 01:51 AM
anita sarawak dulu pun ckp air wudhu petua awet muda hohohoho merry christmas
Quote dua_chzy 30-12-2025 01:52 AM
Ngarut je ko Nadia.
Quote rainbowrainz 30-12-2025 04:22 AM
Bodoh yg tk blh diajar..kesian mak bpk dpt anak sebodoh yinnih.hahahahs
Quote Bedak_Carrie 30-12-2025 08:09 AM
Betul dah tu... cara dia dan level dia.
Level ucetajah lain, level dia retis sendu lain fahaman.
Slowly but surely.
Quote noor2 30-12-2025 08:43 AM
Betul la apa dia ckp...cuma berdating dgn Allah tu mcm keterlaluan la pulak..tp tu mungkin cara dia nk dekatkan diri dgn pencipta...tp mmg betul..solat tu bg ketenangan jiwa...sentiasalah ingat Allah...cuma....jika betul2 engkau ingat Allah...engkau IKUTLAH suruhanNya dan JAUHI laranganNya...moga kita semua menjadi bertambah baik dlm mengikuti segala suruhanNya..amin
Quote NazRysha 30-12-2025 08:55 AM
Nadia ni mesti baik kan
Tgk mana2 pun angkut mak kakak
Atau mebi mak dia manager dia
Orang mcm ni selalunya baik hati baik semua benda
Tapi seksi sangat
Quote babelina 30-12-2025 11:27 AM
hmmmm.. mcm bdk ofc aku kt ofc.. muslimah.. tp ringtone hp kemainnnnnnnnnn.. kalah aku..
Quote ZORRO5555 30-12-2025 07:31 PM
Jangan cakap x serupa bikin
Quote Tinot7 30-12-2025 08:08 PM
Voley la dia ajak nedim sekali

Sebenarnya kalau rasa stres, ambil air wuduk pun sudah buat hati rasa lega. Ibu juga sering bertanya sama ada saya sudah solat atau belum. Sejak dahulu saya dididik tentang perkara itu,” katanya kepada HibGlam
Quote sharlenetexas 30-12-2025 08:24 PM
hokeypokey replied at 30-12-2025 01:51 AM
anita sarawak dulu pun ckp air wudhu petua awet muda hohohoho merry christmas

Acik sh shawati pulak siap guna air yasin. Jijie ijette tu muka dah nak lebih kurang dgn acik saripah ni. Tempat reno sama kot.


Quote bellaamsar 30-12-2025 08:32 PM
Sebelum dia reno muka, dia mmg cantik. Jumpa depan2 manis je orgnya dulu. Lemah lembut, x sombong. Xtau la kalau sekarang teknik makeup je
Quote pocongkiutss 30-12-2025 10:46 PM
NazRysha replied at 30-12-2025 08:55 AM
Nadia ni mesti baik kan
Tgk mana2 pun angkut mak kakak
Atau mebi mak dia manager dia

Dedulu baik jah dia ni..tp bila jadi retis..pepaham ja lah pengaruh negativenya cemano..family dia, akak, pakcik semua ok je..takde la yg x senonoh ke apa

Gosip dia curang dgn mamat mana tu la..adoyai spoil..mamat tu dh la tak semenggah..boye darat kan
Quote hokeypokey 31-12-2025 06:49 PM
sharlenetexas replied at 30-12-2025 08:24 PM
Acik sh shawati pulak siap guna air yasin. Jijie ijette tu muka dah nak lebih kurang dgn acik sari ...

yg jelas ayat diaorang sama.. air yasin, air wudhu, air zamzam.. puihhh.. repair sana sini nampak keras jer muka masing2..
Quote ciwelireng 31-12-2025 08:02 PM
Air wudhu konon muka  doctor kan

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.612550 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top