CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Kenapa KRU Pilih DSV Tapi Bukan Saya? Peminat di Singapura panggil saya ‘Sudirman Singapore’ – Roslan Shah Persoal Vida Nyanyi ‘Lagu Happy’ ...

29-12-2025 12:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2181| Komen: 25

 



Usahawan tersohor, Dato’ Seri Vida kini kembali menggegarkan industri muzik dengan buah tangan terbaharu berjudul ‘Lagu Happy’.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah reaksi rakan karibnya, Roslan Shah atau lebih dikenali sebagai Cik Lan, yang seolah-olah ‘terkilan’ dengan pemilihan penyanyi bagi lagu tersebut.

Dalam satu sesi siaran langsung baru-baru ini, Cik Lan bersoloroh dengan mempersoalkan keputusan syarikat produksi KRU yang memilih Vida untuk membawakan lagu berkenaan.

 


"Dalam banyak-banyak penyanyi, kenapalah KRU pilih DSV? Saya ni pun artis juga, malah peminat di Singapura panggil saya ‘Sudirman Singapore’. 

"Saya rasa lagu Happy ni patut duet dengan saya."

Menjawab persoalan tersebut, Vida sempat ‘belanja’ sedikit bait lagu Happy malah usahawan itu menyatakan impiannya untuk bersaing di pentas anugerah besar.

"Saya nak lawan Ernie (Zakri), saya pun nak menang award juga!"

Lagu tersebut merupakan salah satu runut bunyi bagi filem fantasi komedi, Duyung Legenda Aurora yang sudah mula menemui penonton di pawagam seluruh negara sejak 25 Disember lalu.

Vida yang sudah menonton naskhah tersebut memberi jaminan bahawa filem ini sangat menghiburkan dan sesuai untuk tontonan keluarga.

"Saya dah tengok movie ni, memang kelakar, sampai senget tudung saya! Kalau korang semua nak santai-santai hujung tahun, korang kena tengok cerita ni dekat pawagam 25 Disember."

Lagu Happy dicipta oleh Syahmi Muffin dengan lirik hasil nukilan Neo, “Lagu Happy” menampilkan melodi segar, bertenaga dan sarat dengan elemen positif yang mudah melekat di telinga pendengar.

Single terbitan Sony Music Entertainment itu kini boleh distrim di semua platform penstriman digital, manakala video muzik rasmi akan di saluran YouTube Nadi Studios.



Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perils 29-12-2025 01:16 PM
Tringt gmbr ciklan kepit dada
Quote ZORRO5555 29-12-2025 01:18 PM
Content murahan
Quote slyfynx 29-12-2025 02:27 PM
Dua2 bodoh.
Sekian terima kasih
Quote undukngadau 29-12-2025 03:01 PM
bida betul duyung pink tu
Quote DARSITA 29-12-2025 03:35 PM

Ikan duyung perut muncit dah serupa shishamo ~ tapi lagu dia okay la jugak
Quote hokeypokey 29-12-2025 04:16 PM
tu bukan duyung, tu dugong!!!!
Quote angin_menderu 29-12-2025 05:15 PM
ayooo sudirman singapore. lamberttt lagi nokk
Quote TomyamPuteh 29-12-2025 05:39 PM
Tok Bida byr la utk nyanyi lagu tu.Ko mampo ke cik Lan(gau).
Quote Perawankota 29-12-2025 07:46 PM
Kenapa tak bagi floor 88 jer ysng buat lagu/nyanyi.. Dah Alang2 vocalist dorg yg berlakon
Quote L.U.S.M 29-12-2025 10:28 PM
Ya Allah dugong pinkkkkk
Quote dua_chzy 30-12-2025 01:45 AM
Ya Tuhanku mampu tengok 30 saat ja VC tu...
Quote sleepandream 30-12-2025 03:36 AM
Perawankota replied at 29-12-2025 07:46 PM
Kenapa tak bagi floor 88 jer ysng buat lagu/nyanyi.. Dah Alang2 vocalist dorg yg berlakon

nanti tak viral
Quote Perawankota 30-12-2025 10:45 AM
sleepandream replied at 30-12-2025 03:36 AM
nanti tak viral

Movie tu pon belum tentu orang nak tgk yg berbayar
Quote KamikuP 30-12-2025 04:33 PM
pATUT Anna Jobling pakai baju dugong eh duyung pink tu bukan kostum duyung dalam filem tu nampak murah macam beli kain ela kat Gulati jahhh... ekekeke
Quote tepisket.. 30-12-2025 04:58 PM
Cmne lah nanti cucu cicit ko tgk ghupa nenek moyang ko cmni. Kalau supermodel takpe la. Kadang2 kita ni kena sedar diri juga rupa x seberapa tp nak berfefeling ni.. Itu baru dengan manusia. Depan Allah sok tak tau la Tok Vida wei.. Ye awak pakai tudung tapi hermm nengok la dressupnya.. pening aa..
Quote wirazam 1-1-2026 08:22 AM
Improve byk lak suara DSV ni..oklah utk santai2
Quote Purestteam1 1-1-2026 10:08 AM
slyfynx replied at 29-12-2025 02:27 PM
Dua2 bodoh.
Sekian terima kasih

haha
Quote Purestteam1 1-1-2026 10:09 AM
hokeypokey replied at 29-12-2025 04:16 PM
tu bukan duyung, tu dugong!!!!

menatee
Quote hokeypokey 1-1-2026 03:39 PM
Purestteam1 replied at 1-1-2026 10:09 AM
menatee

nate beruk gedebe

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.071601 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top