CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dera bayi di taska, pengasuh wanita ditahan - "Ketika dibedung, Anak saya yang baru enam bulan dicampak, digolekkan dan dipijak"

29-12-2025 11:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 737| Komen: 4


 



KUALA LUMPUR – Seorang pengasuh ditahan polis bagi membantu siasatan kes penderaan melibatkan beberapa bayi di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Desa Petaling, di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, pihaknya menerima tiga laporan polis berkaitan kejadian tersebut yang membabitkan bayi berusia enam dan sembilan bulan.

Beliau berkata, suspek seorang wanita berusia 26 tahun telah ditahan pada 16 Disember lalu bagi siasatan lanjut oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan siasatan masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya, siasatan awal mendapati setakat ini hanya seorang individu dikenal pasti terlibat dalam kejadian berkenaan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan kemarahan seorang ibu selepas mendapati terdapat kesan lebam pada tubuh anaknya yang berusia enam bulan, dipercayai akibat didera ketika berada di taska berkenaan.

Insiden itu turut tular di media sosial selepas seorang pengguna Threads menggunakan akaun @Liyanazulkifli memuat naik rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan tindakan kasar seorang pengasuh terhadap beberapa bayi.

“Anak saya diperlakukan seperti anak patung. Ketika dibedung, dia dicampak, digolekkan dan dipijak. Anak saya baru enam bulan dan tidak tahu apa-apa,” luah wanita tersebut dalam hantaran berkenaan.

Sumber:  – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DARSITA 29-12-2025 02:55 PM

kalau bersalah emak emak pakat tampar dan pijak pijak setan ni.
Quote KamikuP 30-12-2025 04:34 PM
Tak sanggup nak tengok video tu yg melibatkan bayi dan anak kecil. Moga perempuan lahanat tu dipijak polis dalam lokap!!!

Quote missbigrockstar 30-12-2025 05:34 PM
Celaka nya dah kau tak suka budak dan cenderung nak mendera, buat apa kerja pusat asuhan? Pergi lah cari kerja lain bodoh
Quote ZORRO5555 30-12-2025 07:13 PM
Moga dapat hukuman setimpal

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.229471 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top