CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Semat memori ini selamanya, bimbinglah saya dengan baik – Erra Fazira

29-12-2025 11:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5160| Komen: 71

 



Suami kepada aktres popular Erra Fazira iaitu Ezwan Zain mengakui diri tidak sempurna namun berjanji akan menjaga amanah sebaik mungkin bergelar pasangan hidup Primadona Filem Melayu Alaf Baharu itu.

Sehubungan itu, Ezwan, 44, mengharapkan doa yang baik-baik daripada semua orang untuk membina rumah tangga direstui Ilahi.

“Untuk Fazira atau Erra Fazira, majlis ini diadakan kerana awak layak diraikan dengan penuh kasih, keindahan dan ketenangan.

“Terima kasih kerana memilih saya sebagai pasangan hidup awak dan atas kepercayaan, kesabaran serta kasih sayang diberikan.

“Saya bukan insan sempurna tetapi berjanji akan terus mencuba. Di hadapan semua yang hadir, saya berjanji untuk menjaga amanah ini sebaik-baiknya dan membina rumah dipenuhi sakinah, mawaddah dan rahmah,” katanya.

Semalam, Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 51, diraikan dalam satu majlis resepsi penuh gemilang di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Pelantun lagu Pasrah yang anggun dalam persalinan gaun berona keemasan rekaan Fiziwoo pula mengakui terharu dengan setiap usaha dan kejutan yang diberikan Ezwan untuk majlis resepsi mereka.

“Saya tak mahu cakap panjang-panjang tetapi nak puji suami sendiri yang melakukan segala-gala yang katanya untuk saya.

“Saya sangat terharu segala penat lelah, pengorbanannya dan tahu dia tidak tidur, serta realitinya, sehingga ke arah melangkah ke dalam dewan ini pun masih lagi bimbang untuk pastikan semuanya okey. Terima kasih sayang,” ujarnya.

Dia juga akan menyimpan segala memori majlis perkahwinannya selain berusaha menjadi pasangan terbaik buat Ezwan.

“Saya akan semat memori ini selama-lamanya dan bimbinglah saya dengan baik.

“Selain itu saya juga ingin menjadi isteri yang baik buat awak, insya-Allah,” tuturnya.

Majlis yang diadakan turut dihadiri ramai kenalan selebriti seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Ning Baizura, Datuk Yusuf Haslam dan Datuk Amy Search.

Terdahulu, Erra selamat bernikah dengan Ezwan pada 12 Disember lalu di Rinjani Majestic, Subang selepas 11 tahun bergelar ibu tunggal.

Erra sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan anggota KRU, Datuk Yusry Abdul Halim. Namun, mereka bercerai pada 2006 selepas tiga tahun berkahwin dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Beliau kemudian berkahwin dengan usahawan, Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, sebelum berpisah pada 2014.

Manakala Ezwan pula sudah lapan tahun bergelar duda dan mempunyai seorang cahaya mata. 

Sumber:– KOSMO! ONLINE
 

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ZORRO5555 29-12-2025 01:22 PM
Aminnnn
Quote babelina 29-12-2025 02:45 PM
moga kekal bahagia hingga hujung nyawa.. amin yra..
Quote brainbiru 29-12-2025 02:49 PM
Erra : ni kita dah suami isteri ni... saya nak panggil awak adik ke abang??

Kelakar jugak ek EF ni
Quote Qatrunnadaain 29-12-2025 03:19 PM
kak ratu so gorgeous and elegant la.. semoga berbahagia hingga ke syurga..
Quote sideqsegaraga 29-12-2025 03:27 PM
Selamat Pengantin Baru Erra Fazira dan suami. Semoga berbahagia dan kekal hingga hujung nyawa.
Quote DARSITA 29-12-2025 03:32 PM

Aii suka ucapan Erra .. ringkas dan teratur. Tak tergagap gagap. Siapa ek artis Malaysia yang presentable mcm ni? Norkumalasari kot? Cik Ta kepoh manjang. Oh ingat dah Sheila Majid.
Quote me12345 29-12-2025 03:58 PM
Berusaha sehabis baik dlm perkahwinan dan perkara remeh jgn besar besar kan...dugaan hidup mcm mcm dh hidup...so lalui je..semua akan berakhir dgn kebaikan kalau ada kesabaran..gituuu
Quote likilu 29-12-2025 05:19 PM
brainbiru replied at 29-12-2025 02:49 PM
Erra : ni kita dah suami isteri ni... saya nak panggil awak adik ke abang??

Kelakar jugak ek EF ni ...

Orang cantik selalunya kelakar
Quote Akalditipumata 29-12-2025 05:21 PM
Moga jadi yg terakhir utk kak ratu... Betul2 diratukn kak ratu..
Quote sharlenetexas 29-12-2025 05:35 PM
Hopefully

Semoga tak berulang yang terindah hanyalah sementara.

Quote noor2 29-12-2025 05:55 PM
X tahu knp pandangan mata kero akak mekap era selalu keterlaluan dan muka dia nampak scary
Quote Incanto 29-12-2025 06:03 PM
noor2 replied at 29-12-2025 05:55 PM
X tahu knp pandangan mata kero akak mekap era selalu keterlaluan dan muka dia nampak scary

ye..mekap dia mmg tebal. Kalau tgk depan depan agak scary

sbb dewan gelap dan bnyk pakai spotlight....kalau tak tebal, muka nampak penyet dan tak cantik dlm gambar

Quote laksmanabentan 29-12-2025 06:03 PM
sweet sangat
Quote Incanto 29-12-2025 06:04 PM
semoga erra dan Mr E berbahagia dan kekal bersama hingga akhir hayat
Quote cmf_jeangrey 29-12-2025 07:28 PM
Semoga kekal bahagia ke akhir hayat..
Both nampak complement each other
Mmg bersungguh mr e sayangkan erra
Quote cm_vungtau 29-12-2025 07:43 PM
Sayang betul sebab first two majlis cantik betul. Majlis yang ni mekap tebal sangat and tudung tak sesuai and baju pun kureng
Quote pocongkiutss 29-12-2025 08:54 PM
Awal lagi nk puji lelebih..kena kt retis lain yg dibenci kat porem ni laju jah kena kutuk..hahah..bias
Quote mizzmimi 29-12-2025 08:59 PM
brainbiru replied at 29-12-2025 02:49 PM
Erra : ni kita dah suami isteri ni... saya nak panggil awak adik ke abang??

Kelakar jugak ek EF ni ...

Memang sheols nampak macam kakak pon.. gigih la tok laki beruban bertux tapi tetap looks like adek2 pengkid.. tapi tu di mata iols laa..
Quote L.U.S.M 29-12-2025 09:31 PM
sharlenetexas replied at 29-12-2025 05:35 PM
Hopefully

Semoga tak berulang yang terindah hanyalah sementara.

Terus aku ternyanyi lagu ni..sesuai karokk hehe

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.580042 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top