CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Abu Bakar angkat sumpah MB Perlis baharu

29-12-2025 10:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 210| Komen: 2

 



ARAU – Tanda tanya siapa Menteri Besar Perlis yang baharu terjawab apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengangkat sumpah jawatan itu di Istana Arau, di sini sebentar tadi.

Istiadat pelantikan dan angkat sumpah itu berlangsung di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail kira-kira pukul 4 petang tadi.

Abu Bakar yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan serta Pembangunan Luar Bandar negeri dilantik menggalas tanggungjawab itu selepas Mohd. Shukri Ramli mengumumkan peletakan jawatan secara sukarela atas faktor kesihatan pada Khamis lalu.

Abu Bakar merupakan Pengerusi Bersatu negeri dan Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri.

Sebelum istiadat pelantikan dan angkat sumpah Menteri Besar Perlis itu berlangsung, Raja Perlis berkenan mengadakan pertemuan dengan setiap ADUN seorang demi seorang.

Pelantikan Abu Bakar tersebut menamatkan spekulasi mengenai siapa yang akan dilantik sebagai MB baharu selepas kemelut politik yang berlaku di negeri ini baru-baru ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan timbul spekulasi pertukaran Menteri Besar apabila lapan ADUN daripada Pas dan Bersatu didakwa menghantar akuan berkanun (SD) kepada pihak istana susulan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan ADUN Sanglang itu.

Pas kemudian membuat ketetapan bahawa keahlian tiga ADUN Perlis sebagai ahli parti itu terhenti berkuat kuasa serta-merta.

Mereka ialah ADUN Chuping, Saad Seman; ADUN Bintong, Fakhrul Anwar Ismail dan ADUN Guar Sanji, Mohd. Ridzuan Hashim.

Susulan itu, Speaker DUN Perlis, Rus’sele Eizan memutuskan kekosongan luar jangka bagi tiga DUN berkenaan dan akan memaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selain meminta pilihan raya semula diadakan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lepas, Perikatan Nasional (PN) memenangi 14 kerusi DUN di Perlis, terdiri daripada sembilan ADUN Pas dan lima ADUN Bersatu manakala seorang ADUN Pakatan Harapan (PH) daripada PKR bagi kerusi DUN Indera Kayangan.  

Sumber:– KOSMO! ONLINE
 

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 29-12-2025 05:35 PM
Habis kena korek tahap pendidikan dia
Ex MB yg cikgu tu pun sblm ni tak tinggi gak
Penah gak kena korek masa mula2 angkat sumpah dulu
Quote ZORRO5555 30-12-2025 09:41 AM
Congratulations...

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.106887 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top