CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ahli perniagaan Thailand dihukum penjara lebih 1,200 tahun kerana menipu orang ramai menerusi skim pinjaman haram

29-12-2025 10:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 235| Komen: 3

 



BANGKOK – Mahkamah Jenayah Thailand menjatuhkan hukuman bersejarah terhadap ahli perniagaan, Prasit Jeawkok dengan tertuduh dihukum penjara selama 1,210 tahun kerana menipu orang ramai menerusi skim pinjaman haram, lapor portal berita Bangkok Post hari ini.

Pendakwa raya daripada  Bahagian Jenayah Ekonomi dan Sumber mengemukakan kes penipuan terhadap syarikat Nuea Lok Co. Ltd. Web Sawasdee Public Co. Ltd., Prasit dan  seorang rakan sekerjanya.

Semua tertuduh didakwa melakukan penipuan, melanggar Akta Peminjaman Awam dan melanggar Akta Jenayah Komputer dengan memperdaya orang ramai untuk menyertai pelaburan palsu.

Mahkamah mendapati Prasit dan kedua-dua syarikat tersebut bersalah atas pelbagai pertuduhan penipuan dan peminjaman secara haram.

Prasit disabitkan kesalahan atas 242 pertuduhan, dengan setiap satu membawa hukuman lima tahun penjara, menjadikan jumlah hukuman penjara keseluruhan 1,210 tahun. 

Syarikat-syarikatnya masing-masing didenda 121 juta baht (RM16 juta).

Namun, denda itu dikurangkan kepada kira-kira 80 juta baht (RM10 juta) selepas kerjasama separa diberikan. 

Hukuman Prasit turut dikurangkan kepada 806 tahun dan lapan bulan.

Seorang lagi tertuduh yang  dikenali sebagai Wimgrit didapati bersalah membantu skim tersebut. Dia dihukum penjara selama 111 tahun dan 148 bulan, 

Hukuman itu kemudian dikurangkan kepada penjara 74 tahun, lapan bulan dan 29 hari.

Bagaimanapun, di bawah undang-undang Thailand, tempoh maksimum hukuman penjara yang boleh dikuatkuasakan ialah 20 tahun, bermakna  Prasit serta Wimgrit masing-masing hanya akan menjalani hukuman 20 tahun penjara. 

Mahkamah juga memerintahkan kedua-dua syarikat dan Prasit untuk bersama-sama membayar pampasan kepada 267 mangsa. – AGENSI

 
 

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote plywood 29-12-2025 10:51 AM
Quote venom1 29-12-2025 11:07 AM
ni mati hidup balik berapa kali baru habis hukum ni?
Quote PULANGKAN 29-12-2025 01:46 PM
venom1 replied at 29-12-2025 11:07 AM
ni mati hidup balik berapa kali baru habis hukum ni?
Bagaimanapun, di bawah undang-undang Thailand, tempoh maksimum hukuman penjara yang boleh dikuatkuasakan ialah 20 tahun, bermakna  Prasit serta Wimgrit masing-masing hanya akan menjalani hukuman 20 tahun penjara.


kat atas tu kata 20 tahun je. tapi tak tau la lepas tu bersambung-sambung sampai la heols mampus bersama abang jamil

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.109538 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top