CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Hai perempuan kanser’, ‘best ke ada kanser, lepas ni masuk hospital pula’ - Zara Zya dedah terima mesej persenda penyakit yang dialaminya

29-12-2025 09:49 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 376| Komen: 2

 



PELAKON Zara Zya mendedahkan sering menerima mesej daripada segelintir individu yang menjadikan penyakit kanser ginjal dihidapinya sebagai satu bahan gurauan.

Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 40, berkata, dia mengakui perkara tersebut membuatkan hatinya terkilan namun tetap perlu dihadapi.

“Ada je yang direct mesej (DM) cakap ‘hai perempuan kanser’, ‘best ke ada kanser, lepas ni masuk hospital pula’.

“Bila jadi sebegitu, saya terus ‘block’ walaupun jauh dalam diri, rasa kecil hati tetapi nak buat macam mana.

“Saya kena lalui hidup dengan sebaik mungkin sebab saya seorang selebriti dan ada yang mengidolakan saya dan perlu tunjuk kuat,” katanya dalam sebuah video TikTok.

Ujarnya, dia kini dalam usaha untuk tidak terlalu memikirkan mengenai kesihatan diri sebaliknya perlahan-lahan mengumpul kekuatan meneruskan kehidupan.

“Fasa untuk bersedih, duduk dalam bilik tak keluar, enggan berjumpa dengan orang itu semua sudah berlalu.

“Ini adalah masa untuk bangkit dan macam-macam saya buat sekarang seperti meniaga pelbagai produk.

“Itu adalah benda yang bagi saya kuat untuk melupakan perkara menyedihkan, rasa rendah diri dan tak berguna namun harap dapat memberi inspirasi pada semua orang,” katanya lagi.

Dalam masa sama, dia tidak menyangka perkongsiannya mengenai kepentingan menjaga kesihatan diri baru-baru ini tular sehingga meraih pelbagai respons positif daripada orang ramai.

Dia juga meminta orang ramai tidak melemparkan sebarang pandangan negatif atau memandang rendah terhadap individu yang turut berjuang dengan penyakit kanser.

“Entah kenapa ada satu hari itu saya terfikir untuk cipta kesedaran mengenai penjagaan dan persedian diri.

“Jadi, saya muat naik status tentang kesihatan dan semua yang berlaku pada diri saya sebelum ini. Tiba-tiba perkara itu menjadi tular dan ramai yang mendoakan saya, alhamdulillah.

“Untuk kesihatan begini, macam-macam sudah saya lalui tetapi itu hanyalah fasa kehidupan yang harus hadapi sebagai seorang manusia.

“Selagi kalian dapat tengok saya bekerja, berdiri, bercerita seperti sekarang ini dan nampak okey, semuanya akan baik-baik sahaja dan jangan pandang rendah terhadap orang macam saya,” ujarnya.

Terdahulu, Zara mendedahkan disahkan menghidap kanser ginjal atau Renal Cell Carsinoma tahap satu sejak tahun lalu.

Ujarnya, sebahagian buah pinggangnya sudah dibuang dan kini perlu menjalani rawatan yang ditetapkan pihak hospital.

Aktres terbabit juga pernah mendedahkan bergelut masalah kesihatan berkaitan tulang leher, tulang belakang dan arthritis. 

Sumber:– HIBGLAM

 

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MatDeghem 29-12-2025 10:23 AM
Jangan layan dan don't be affected with these people. Di sini kita dapat lihat betapa di sakiti si penulis (sewel) tu.
Kalau di layan mangkin suka lah si sewel tu.
Kalau tak layan memang terbakor bakor si sewel tu. Kamu ketawakan aje....
Ini semua penyakit dah dari dalam perut ammak nya.....kita tak mampu nak ubah mereka - org² sewel macam ini. Biarkan je...mereka dalam kepopong dunia nya tersakiti.

Gituuu
Quote TomyamPuteh 29-12-2025 12:59 PM
Dlm thread ada yg ngaku Mak dia pernah kena hina dgn Acik Zara Zya

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.124170 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top