CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Muafakat Nasional ‘sudah mati’, tak perlu dihidupkan semula - Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Khairuddin Takiri

29-12-2025 09:41 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 147| Komen: 0

 



PETALING JAYA – Muafakat Nasional (MN) disifatkan sudah menjadi sejarah dan tidak wajar dihidupkan semula selepas ‘dimatikan tanpa nisan’ ketika perbincangan awal untuk mendaftarkannya sebagai gabungan politik suatu ketika dahulu.

Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Khairuddin Takiri berkata, usaha menghidupkan kembali MN tidak lagi relevan malah nama gabungan itu sendiri sudah ‘dihijack’ apabila didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ketika rundingan politik masih berjalan.

“MN sudah jadi sejarah. Ia telah dimatikan tanpa nisan dan tak perlu dihidupkan. Biarkan terus menjadi ‘hantu’,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, sekiranya matlamat sebenar adalah untuk menyatukan kekuatan Melayu dan Islam, rundingan perlu dibuat secara terus antara semua parti politik orang Islam termasuk UMNO, Pas, PKR dan Amanah.

“Kalau nak satukan semua Melayu Islam, rundingkan antara semua parti orang Islam. Barulah Islam Melayu kuat. Apabila Melayu Islam bersatu, orang lain akan ikut dan turut sahaja,” ujarnya.

Beliau turut mengumpamakan penyatuan itu seperti air mutlak yang mampu meneutralkan air mutanajjis, merujuk kepada kekuatan nilai Islam dalam memimpin dan menstabilkan landskap politik negara.

Dalam pada itu, Khairuddin berkata, mencari dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah bagi menyokong penyatuan umat Islam bukanlah sesuatu yang sukar.

“Pas boleh datangkan dalil. Saya pun boleh bantu bagi dalil,” katanya.

Beliau turut mencadangkan supaya satu gabungan baharu diwujudkan dengan nama lain, antaranya Perpaduan Rakyat Nasional, yang menghimpunkan kerjasama antara sebahagian parti dalam Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Perikatan Nasional.

Cadangan itu, katanya, lebih realistik berbanding menghidupkan semula MN yang sudah kehilangan roh dan kepercayaan. 

Sumber: – KOSMO! ONLINE

 

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.108328 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top