CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menara Telco Maxis terbakar, gangguan capaian di Kuala Kangsar

29-12-2025 09:37 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 257| Komen: 1

  



PETALING JAYA – Kebakaran sebuah menara komunikasi milik Maxis di Kampung Kelebor, Kuala Kangsar, Perak petang tadi mengakibatkan gangguan liputan perkhidmatan telekomunikasi melibatkan beberapa syarikat telco utama.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesahkan kejadian yang berlaku kira-kira pukul 6.50 petang itu melibatkan menara yang menempatkan peralatan stesen pemancar CelcomDigi dan Maxis.

Akibat insiden berkenaan, pengguna CelcomDigi, Maxis dan Unifi Mobile dilaporkan mengalami gangguan liputan di beberapa kawasan sekitar Kuala Kangsar.

Menurut MCMC, kawasan terjejas meliputi Kampung Kelebor, Kampung Langkap Ketior, Kampung Rambai 7, Kampung Menora, Kampung Senggang, Kampung Ulu Kenas dan Kampung Lempor.

Gangguan turut dirasai di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak, Lebuhraya Utara–Selatan yang terletak berhampiran lokasi kejadian.

“MCMC mengesahkan punca kebakaran menara berkenaan masih dalam siasatan.

“Akses ke lokasi kejadian telah ditutup oleh pihak berkuasa bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan oleh pihak berkaitan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, MCMC memaklumkan pihaknya telah mengarahkan penyedia perkhidmatan terlibat supaya melaksanakan tindakan pembetulan segera termasuk menyediakan pelan pemulihan menyeluruh bagi memulihkan gangguan liputan.

Sebagai langkah kecemasan, MCMC turut mengaktifkan kemudahan WiFi satelit Starlink di R&R Sungai Perak arah utara bagi memastikan pengguna lebuh raya masih mempunyai akses komunikasi.

“MCMC juga mengarahkan pemilik menara dan penyedia perkhidmatan untuk memperketatkan kerja penyelenggaraan, pemeriksaan teknikal serta pemantauan berterusan di semua menara komunikasi demi menjamin kebolehpercayaan rangkaian dan keselamatan pengguna,” katanya. 

Sumber: – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 29-12-2025 08:51 PM
Telco talk sat.  Aku penin la ONEXOX dah naikkan caj 1-year validity RM48.  Dulu RM25 je.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.041616 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top