CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Salji terlebat dalam tempoh hampir 4 tahun di New York, lebih 900 penerbangan dibatalkan

29-12-2025 09:25 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 222| Komen: 1

 



NEW YORK – Negeri New York dikejutkan dengan salji paling lebat dalam tempoh hampir empat tahun selepas ribut musim sejuk melanda dan menyelimuti wilayah timur laut Amerika Syarikat (AS), lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.

Kawasan taman Central Park di Bandar Raya New York merekodkan salji setebal 11 sentimeter, jumlah tertinggi sejak Januari 2022.

Menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat (NWS), bahagian lain di negeri itu mencatatkan salji setebal sehingga 19 sentimeter.

Gabenor New York, Kathy Hochul mengisytiharkan darurat bencana di lebih separuh daripada keseluruhan daerah di negeri itu sebelum ribut melanda.

Semalam, lebih 900 penerbangan dibatalkan, kebanyakannya di New York.

Menurut laman penjejakan FlightAware, lebih 8,000 penerbangan di seluruh negara mengalami kelewatan.

Menjelang awal semalam, salji setebal 15 sentimeter hingga 25 sentimeter turun dari Syracuse tengah New York hingga ke Long Island di tenggara negeri itu.

Salji lebat turut direkodkan di negeri jiran New Jersey yang juga mengisytiharkan darurat.

Bahagian terburuk ribut itu berakhir menjelang pagi semalam, namun suhu kekal di bawah paras beku dan keadaan jalan raya masih berbahaya. – AGENSI
 

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 29-12-2025 08:49 PM
Sora penyanyi dalam video macam tak berus gigi setaon..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.028995 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top