CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kini Saya Sedang Menjalani Tempoh Idah” - Dayana Roza Sah Bercerai Talak Satu

29-12-2025 09:18 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2487| Komen: 22

 


Pelakon Dayana Roza mengesahkan rumah tangganya bersama suami, A’dale Adham Ayahudin sudah pun terlerai apabila sah bercerai pada 18 Disember lalu.

Memetik HibGlam, Dayana mengesahkan dia ke mahkamah pada tarikh tersebut untuk proses cerai dan kini dalam tempoh idah.

“Ya memang saya hadir ke mahkamah tersebut untuk proses cerai. Saya kini sah bercerai talak satu. Kini saya sedang menjalani tempoh idah,” katanya.

Sementara itu, Dayana berkata lima tahun mendirikan rumah tangga tahun lalu dia hampir bercerai dan sudah tertulis jodoh mereka setakat ini sahaja.

“Sebenarnya tahun lalu kami pernah hampir bercerai. Tetapi saya memberi peluang kedua untuk pulihkan keadaan. Namun nampaknya sampai di sini sahaja jodoh kami,” katanya.

Untuk rekod, Dayana dan A’dele berkahwin pada 25 Disember 2020. Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata Astrid Raheeya, 4, dan Aryan Andika kini berusia dua tahun.

Sumber: HibGlam, Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote likilu 29-12-2025 10:40 AM
Ok yg ni boleh masuk list cantik n single mcm fazura, emma
Quote hayrin86 29-12-2025 10:43 AM
Seorang lagi artis bercerai tanpa pengetahuan umum. Takziah..
Quote NazRysha 29-12-2025 03:23 PM
ooo ni la mamat yang nak bini putih dulu
bercerai pulak
Quote sideqsegaraga 29-12-2025 03:26 PM
Takziah. Semoga dipermudahkan segala urusan.
Quote MistrezHermanaz 29-12-2025 03:42 PM
mcm mana nk pronounce nama ex lakinya..sekali imbas td iols baca Adele
Quote sue_liah 29-12-2025 05:00 PM
aik cerai gak mcm baru je dia beranak
Quote primarikey 29-12-2025 05:43 PM
NazRysha replied at 29-12-2025 03:23 PM
ooo ni la mamat yang nak bini putih dulu
bercerai pulak

so kulit yg putih tu tak membawa ke mana la kn
Quote kucingitam 29-12-2025 05:52 PM
MistrezHermanaz replied at 29-12-2025 03:42 PM
mcm mana nk pronounce nama ex lakinya..sekali imbas td iols baca Adele

Akdeli kot..(Adli)
Quote iqbalriad 29-12-2025 05:52 PM
primarikey replied at 29-12-2025 05:43 PM
so kulit yg putih tu tak membawa ke mana la kn

Putih itu mungkin hikmah untuk mengimbangi kekurangan diri yang lain.
Quote exclusive_vvip 29-12-2025 07:29 PM
NazRysha replied at 29-12-2025 03:23 PM
ooo ni la mamat yang nak bini putih dulu
bercerai pulak

nenek mamat ni kan yg nak kulit putih tu
Quote NazRysha 30-12-2025 08:50 AM
primarikey replied at 29-12-2025 05:43 PM
so kulit yg putih tu tak membawa ke mana la kn

tu la kan yang berkerak elok je kekal
tiberrrrrr hehehheheh
Quote NazRysha 30-12-2025 08:50 AM
exclusive_vvip replied at 29-12-2025 07:29 PM
nenek mamat ni kan yg nak kulit putih tu

aah dia pun sama awk

Quote anggeriklatifah 30-12-2025 10:30 AM
exclusive_vvip replied at 29-12-2025 07:29 PM
nenek mamat ni kan yg nak kulit putih tu


Nenek pon tak.menahan memilih cucu menantu ķann..
Mesti nenek dia gelap&hodoh..nak keturunan2 putih2..
Nenek oo nenek...
Quote kikilalapooh 30-12-2025 01:51 PM
ramainya orang bercerai.. tahun ni..
Quote missbigrockstar 30-12-2025 02:02 PM
Ok baru teringat dia ni dulu awal² kemunculan org kata kembar scha Al yahya.
Quote chikumanis 30-12-2025 02:30 PM
nenek nak perbaiki keturunan
Quote imanjannah 30-12-2025 03:43 PM
innalillahwainnalillhitojiun.. mcm baru je baca dia mengandung dan bersalin.
Quote dang_anom 30-12-2025 04:23 PM
Ex husband dia ni ke yang ada kedai bakar bakar ala Korea dekat Ampang?
Quote pocongkiutss 30-12-2025 06:03 PM
exclusive_vvip replied at 29-12-2025 07:29 PM
nenek mamat ni kan yg nak kulit putih tu

Kahkahkah .iols masuk terus cari komen innih

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.080620 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top