|
Pelakon Pekin Ibrahim menafikan dakwaan dia dan isterinya, Mona Allen meraikan Hari Krismas seperti video yang tular di media sosial.
Memetik Harian Metro, Pekin berkata majlis dihadiri mereka meraikan sambutan hari jadi dan bukannya melakukan aktiviti bertukar hadiah seperti didakwa. “Kami hanya meraikan sambutan hari jadi anak kepada dua rakan. Salah seorang yang diraikan itu bukan Melayu dan beragama Islam. “Sebenarnya, saya dan Mona memang memiliki ramai saudara mara yang bukan beragama Islam. Kita juga hanya main permainan ‘musical chair’ dan bukannya bertukar hadiah?” katanya. Sementara itu, Pekin berkata lagi dia menghadiri majlis tersebut dengan hanya memakai baju tidur kerana ianya hanya dihadiri majlis terdekat. “Majlis itu hanya untuk keluarga terdekat dan kawan rapat saja sebab itu kami hanya pakai baju tidur saja. Sebab itu kami tidak ‘post’ atau buat ‘live’ majlis itu. Sebaliknya ada bibik (pembantu rumah) yang buat ‘live’ di majlis itu dan pada mulanya saya fikir dia buat video saja,” katanya. Dalam pada itu, Pekin turut meluahkan rasa kesal susulan penyebaran gambar isterinya tidak berhijab di media sosial. “Kami baru sampai rumah dan keluar dari kereta untuk majlis hari jadi itu dan Mona tengah pegang anak yang sedang tidur dan mana sempat nak pakai tudung? “Kami pun tidak tahu ada kawan Mona yang buat ‘live’ ketika kami sampai tapi Mona sudah cakap pada kawannya itu untuk alihkan kamera sebab dia tak pakai tudung. Sebab itu dalam video seterusnya, Mona sudah pakai tudung. “Jadi, bagi saya orang yang sebarkan video itu hingga tular lagi munafik sebenarnya kerana ia boleh timbulkan fitnah dan jawablah dengan Allah di akhirat nanti,” katanya. Sumber: Harian Metro, Rotikaya
|
KamikuP replied at 29-12-2025 08:59 AM
Noks.. ko pakai topi santa tu npun tak boleh yaachhh... haram
Anyhoo... wartawan takanak cover ke ch ...


MatDeghem replied at 29-12-2025 09:20 AM
dorang tak pakai santa hat. tu tak nampak macam celebrate christmas.
si kapel badigol pakai san ...


sukanyanyi replied at 31-12-2025 11:24 AM
Anyway munah ni pakai tudun sbb nazar utk dpt anak kan.. so.. kot la sbb tu yg jd bukak plak blakang ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.241394 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.