CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cemar Krismas dengan timbunan sampah di Bukit Bintang

26-12-2025 03:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 180| Komen: 0

 



Kuala Lumpur: Raikan sambutan malam Krismas dengan sengaja membuang pelbagai sampah dan tin minuman di lokasi pelancongan Bukit Bintang di sini.

Perbuatan jelik itu tidak hanya menyusahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) malah menjejaskan imej bersih negara.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dalam kenyataannya semalam menegaskan bahawa menjaga kebersihan bandar adalah tanggungjawab bersama, bukan hanya kerajaan atau PBT.

Justeru, Nga memandang serius serta melahirkan kekesalan terhadap segelintir individu yang masih membuang sampah merata-rata, khususnya di kawasan pusat bandar dan lokasi tumpuan awam.

"Malaysia sedang melangkah ke arah negara maju dan bersedia menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026, namun sikap tidak bertanggungjawab seperti ini mencemarkan imej bandar raya serta nama negara pada mata masyarakat dan pelancong," katanya. 

Beliau berkata Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) serta PBT sentiasa komited melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan penguatkuasaan secara berterusan, namun kejayaan usaha itu bergantung kepada kesedaran dan kerjasama orang ramai.

 Sehubungan dengan itu, beliau berkata tindakan lebih tegas akan dikenakan terhadap individu yang membuang sampah di tempat awam bermula 1 Januari tahun hadapan, termasuk denda hingga RM2,000.

"Selain denda, hukuman tambahan, iaitu Perintah Khidmat Masyarakat maksimum 12 jam dalam tempoh enam bulan juga akan diberi (dikenakan)," katanya sambil memberitahu bahawa pendekatan itu bertujuan mendidik masyarakat agar lebih berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap persekitaran.

Nga menyeru semua pihak untuk menghormati ruang awam semasa meraikan apa jua perayaan atau aktiviti dengan membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan dan mematuhi undang-undang demi memastikan bandar bersih, teratur serta selesa untuk semua.

"Bandar yang bersih mencerminkan masyarakat yang berbudaya tinggi. Marilah kita bersama-sama menyokong usaha SWCorp dan PBT dalam menjadikan bandar kita lebih bersih, lestari dan berdaya huni untuk generasi akan datang," katanya.

Terdahulu, Nga membuat hantaran di X menegur rakyat Malaysia susulan tular gambar yang memaparkan kawasan pusat bandar, termasuk Bukit Bintang, dipenuhi sampah sarap semasa sambutan malam Krismas kelmarin. 

Sumber: Harian Metro
 



 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.625055 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top