|
Pelakon Kamal Adli yang kini 'ligat' di Threads memilih untuk menggunakan platform itu bagi menghiburkan hatinya.
Ia sekali gus menjawab pertanyaan pengguna media sosial mengenai Kamal yang dilihat aktif di platform itu sejak isu rumah tangganya dengan Uqasha Senrose heboh diperkatakan. "Salam. Tengah buat apa? Haha... Dia jgn lalu jee... Lalu je (saya) reply. Sy just nk happy kan diri. Jgn marah," tulisnya. Semalam, Kamal turut memuat naik satu hantaran mengucapkan selamat bercuti di platform itu serta mengajak netizen untuk fokus kepada keluarga dan pasangan. "Salam. Hari yg mantap! Cuti baik-baik semua. Kurangkan main Threads. Fokus keluarga atau pasangan, kecuali yg 'lost' macam saya, kita sambung Threads okay! "Jangan lupa makan, solat dan kekal sihat. Terus bahagia," tulisnya. Rata-rata, setiap hantarannya akan mendapat 'engagement' tinggi memandangkan netizen memberi sokongan serta kata-kata semangat kepadanya selepas rumah tangganya diduga. Sumber: Harian Metro
|


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.141518 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.