|
Penyanyi Ezad Lazim, 46, melahirkan perasaan gembira apabila isterinya, Zeana Ramli ditawarkan menunaikan ibadah haji pada tahun depan.
Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohd Lazim berkata, tawaran itu hanya membabitkan isterinya, namun dia akan mengemukakan rayuan agar mereka dapat menunaikan haji bersama-sama. "Ikutkan kami buat rayuan sama-sama pada November lalu, tapi isteri saya terima keputusan semalam, manakala saya belum lagi. Zeana pun dah lama mendaftar di Tabung Haji sekitar 2009. "Gilirannya pun sepatutnya tahun 2027 kalau tak silap saya. Boleh dikatakan saban tahun kami pergi buat kursus dan buat rayuan, Alhamdulillah, semalam dia terima berita baik ini. "Cuma saya belum terpilih tapi pegawai Tabung Haji kata boleh kalau suami buat rayuan untuk jadi mahram," katanya kepada Harian Metro. Ezad berkata, jawapan pegawai terbabit memberikan harapan bahawa mereka akan dapat bersama-sama menunaikan haji kelak. "Saya akan terus buat rayuan. Dalam tempoh ini, Zeana kena menjalani ujian kesihatan dahulu. Harapan saya itu ada, tapi semuanya bergantung pada ketentuan Allah. "Apa pun saya berharap agar impian kami jadi kenyataan. Mudah-mudahan kami dapat sama-sama ke sana (Makkah) tahun hadapan. "Saya pun nampak kesungguhan Zeana pergi kursus dan sebagainya yang berkaitan ibadah haji. Ia buat saya pun bersemangat untuk turut serta. Saya harap agar semua pihak doakan hajat kami kesampaian," katanya. Terdahulu, pasangan ini sudah beberapa kali menunaikan umrah sebagai persediaan awal untuk menunaikan haji. Sumber: Harian Metro
|
F685 replied at 26-12-2025 06:44 PM
Biasanya rayuan sbg mahram senang lulus.
Semoga rayuan semua yg merayu termasuk diriku & pasangan d ...
fadz84 replied at 26-12-2025 06:47 PM
Tp betul ke ada kawan I cite, yg mana bt rayuan tu kena byr full fees (xde subsidi)..
pocongkiutss replied at 26-12-2025 06:52 PM
Dulu x mcm tu..tp skrg rasanya ye kut
fadz84 replied at 26-12-2025 06:47 PM
Tp betul ke ada kawan I cite, yg mana bt rayuan tu kena byr full fees (xde subsidi)..
F685 replied at 26-12-2025 07:20 PM
Ya betul bayar penuh RM33,300 (T20) untuk kategori rayuan lain-lain
Kalau rayuan sbg mahram @ pen ...
F685 replied at 26-12-2025 07:20 PM
Ya betul bayar penuh RM33,300 (T20) untuk kategori rayuan lain-lain
Kalau rayuan sbg mahram @ pen ...
F685 replied at 26-12-2025 07:20 PM
Ya betul bayar penuh RM33,300 (T20) untuk kategori rayuan lain-lain
Kalau rayuan sbg mahram @ pen ...
pauliza replied at 28-12-2025 07:07 PM
Betul ,rayuan mahram harga ikut pasangan.Mak iols lulus rayuan lain2 last week ,byr harga penuh .I ...
F685 replied at 28-12-2025 09:52 PM
Mak dah buat medical test ke ?
Nanti masa mak uols nak reply tawaran tu rasanya boleh letak nama ...
pauliza replied at 28-12-2025 10:15 PM
Selesai dh medical test ,tinggal nk hantar passport je Ya ada letak nama iols masa nak submit tawa ...
F685 replied at 28-12-2025 10:44 PM
Alhamdulillah rezeki mak uols tu. Semoga dipermudahkan segala urusan mak uols sehingga selesai men ...
F685 replied at 26-12-2025 07:20 PM
Ya betul bayar penuh RM33,300 (T20) untuk kategori rayuan lain-lain
Kalau rayuan sbg mahram @ pen ...
pocongkiutss replied at 28-12-2025 11:10 PM
Maksudnya kalau mahram B40 boleh dpt la rate B40 eh
Tp yg katanya umur 40 ke atas ke umur berapa ...
sayawifenikmie replied at 28-12-2025 10:52 PM
hanya jemaah yg berumur >75 (tak silap saya) dibenarkan ada pengiring
pocongkiutss replied at 28-12-2025 11:10 PM
Maksudnya kalau mahram B40 boleh dpt la rate B40 eh
Tp yg katanya umur 40 ke atas ke umur berapa ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.054462 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.