|
Mohd Shukri yang juga ADUN Sanglang mengumumkan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perlis secara sukarela atas faktor kesihatan, berkuat kuasa semalam.
Rabu lalu, PAS memutuskan keahlian tiga ADUN Perlis daripada parti itu terhenti serta-merta susulan tindakan mereka menandatangani SD, yang didakwa menjejaskan kepimpinan kerajaan negeri. Mengulas lanjut, Abdul Hadi menegaskan, Mohd Shukri meletak jawatan bukan disebabkan tindakan lapan ADUN, termasuk lima daripada BERSATU menandatangani Akuan Bersumpah (SD) dalam usaha menukar Menteri Besar Perlis, sebaliknya disebabkan faktor kesihatan. "Kita sudah bersiap siaga termasuk menghadapi pilihan raya di tiga DUN yang keahlian wakil rakyat daripada parti itu tergugur atau PRK," katanya. Ketika mengulas cadangan bekas ADUN PAS yang dilucutkan jawatan mengemukakan rayuan, Abdul Hadi berkata, tiga bekas ADUN berkenaan melakukan kesalahan besar kepada parti dan didapati melanggar bai'ah. "Mereka boleh mengemukakan rayuan, tetapi terpulang lah kepada kita untuk menerima atau sebaliknya," katanya. Sumber: Harian Metro
|
Samerosie replied at 27-12-2025 06:00 PM
Lepas operate katarak ke tu.

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-2-2026 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.485001 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.