CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes 1MDB: Mahkamah Tinggi tolak pembelaan Datuk Seri Najib Razak berkaitan derma politik Keluarga Diraja Arab Saudi

26-12-2025 03:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1287| Komen: 3

 


Putrajaya: Mahkamah Tinggi menolak dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa wang berjumlah RM2.3 bilion dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah sumbangan politik daripada keluarga diraja Saudi, selepas mendapati dana itu dipindahkan terus ke akaun peribadinya.

Keputusan itu disampaikan oleh Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang ketika itu Hakim Mahkamah Tinggi dan kini merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan, sewaktu membacakan penghakiman dalam kes Najib berhubung 1MDB bernilai RM2.3 bilion.

Dalam penghakimannya, hakim Sequerah berkata, tiada resit dikeluarkan oleh kerajaan atau mana-mana parti politik yang mengakui penerimaan wang tersebut.

"Tiada juga bukti pengakuan rasmi oleh kerajaan atau mana-mana parti politik kepada penderma yang didakwa, mahupun oleh tertuduh sendiri. Selain itu, surat sumbangan Arab yang didakwa ditujukan ke kediaman peribadi tertuduh dan bukannya ke alamat rasmi atau parti," kata hakim itu.

Beliau menegaskan bahawa tiada rekod rasmi atau minit oleh tertuduh mengenai sumbangan yang didakwa itu, mahupun bukti yang mengaitkan penderma keluarga diraja itu dengan sumbangan politik yang sah.

Hakim Sequerah turut menekankan bahawa adalah mustahil untuk mempercayai bahawa jumlah wang yang begitu besar boleh dipindahkan ke akaun tertuduh tanpa rekod akaun yang lengkap dan telus.

"Pada masa itu, parti politik yang dipimpin tertuduh ialah UMNO, parti politik terbesar di Malaysia dengan sejarah sejak 1946. Mustahil bagi seseorang dalam jawatan Perdana Menteri untuk tidak menyimpan rekod akaun yang betul bagi sebuah parti yang kononnya menerima jumlah wang yang besar sedemikian," kata hakim itu.

Beliau juga menegaskan bahawa walaupun wang tersebut didakwa sebagai sumbangan politik, ia tidak akan menghalalkan penggunaannya sekiranya ia berasal daripada sumber haram.

"Mahkamah menegaskan bahawa tujuan penggunaan dana itu adalah kritikal, tanpa mengira niat yang didakwa sebagai sumbangan.

"Sebagai kesimpulan, walaupun dana tersebut didakwa dimaksudkan sebagai sumbangan politik, iaitu dakwaan itu sendiri didapati tidak berasas, ia tetap tidak menjadikan penggunaan dana tersebut sah sekiranya ia berasal daripada sumber haram, kerana tujuan penggunaan dana itu tidak relevan."

"Justeru, hujah tertuduh bahawa wang yang diterima adalah untuk sumbangan politik adalah tidak boleh diterima," tegas hakim itu.

Ketika berita ini dilaporkan, hakim Sequerah masih membacakan penghakiman dalam kes Datuk Seri Najib Razak berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai RM2.3 bilion dan dijangka mengambil kira-kira tiga jam lagi untuk diselesaikan.

Mahkamah kini bersidang semula selepas solat Jumaat pada pukul 3 petang.

Najib, 72, didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB melalui cawangan AmIslamic Bank Berhad di Jalan Raja Chulan antara 24 Feb 2011 hingga 19 Dis 2014.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama, dengan penjara sehingga 20 tahun dan denda sama ada lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, bekas Perdana Menteri itu didakwa melakukan kesalahan di bank yang sama antara 22 Mac 2013 hingga 30 Ogos 2013.

Pertuduhan tersebut dikemukakan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, yang memperuntukkan denda maksimum RM5 juta dan penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Sumber: Kosmo
 
 



 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TOPwind 27-12-2025 08:48 PM
Cina ada kuasa tangkap melayu

Cina takde kuasa melayu kena tangkap.

Melayu

ada takde - semua kena tangkap

keling pulak; takde kuasa pun, gengster  pariah bunuh orang pun,lepas.
Quote manopBKK 28-12-2025 11:02 PM
Edited by manopBKK at 28-12-2025 11:04 PM




Quote SisterHong 17-1-2026 10:43 AM

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.037462 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top