|
Penyanyi Faradhiya meluahkan rasa hairan dengan sikap segelintir netizen apabila dia menggunakan kuali lama sehingga ada yang mengutuk. Menerusi satu hantaran di Threads, Farahdhiya turut mempersoalkan apa salah dia menggunakan kuali berkenaan sehingga ada yang mempersoalkan dia menggunakan kuali lama. “Apa salah kuali legend ni yang sesetengah orang sibuk kutuk tanya ‘Kenapa pakai kuali buruk?’, ‘Artis tapi pakai kuali buruk,takde duit ke nak beli kuali elok?’” “Saya mmg suka masak guna kuali paling buruk dan paling murah sebab nikmat dia hanya orang-orang yang masak macam saya je faham,” tulisnya. Kata Farahdhiya lagi, baginya kuali lama dan paling murah lebih memberi kepuasan tersendiri ketika memasak serta mengatakan meskipun belum berkahwin dapurnya berasap setiap hari. “Awak tak payah la susah hati, saya ok je, saya happy sangat-sangat dengan kuali buruk saya. Yang penting dapur saya hari-hari berasap walaupun saya bukan bini siapa-siapa eh, lari topik pulak. Saja nak bagi tahu saya ni rajin walaupun tak berlaki,” katanya. Sumber: mStar Online, Rotikaya
|




prettyuglybabe replied at 26-12-2025 03:28 PM
penyibuk je yang dok tegur kuali belanga orang tu..
masa azmee tunjuk kuali berkerak dia kemahen mas ...

alesandra replied at 27-12-2025 02:12 PM
kuali buruk2 pun aku suka tgk.masakan dia nampak menyelerakan.tak mcm atiqah xde selera aku tgk

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.245744 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.