CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Nak Minta Maaf Dengan Siapa Raya Nanti?” - Ziana Zain

26-12-2025 12:18 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1230| Komen: 13

 



Penyanyi Ziana Zain merasa sedih dan tidak tahu bagaimana mahu meluahkan perasaan apabila kehilangan kedua ibu bapanya dalam tempoh empat bulan.

Memetik mStar Online, Ziana berkata dia memohon agar dikuatkan hati untuk berdepan pemergian insan tersayang serta menyifatkan ianya memberi impak mendalam dalam hidupnya .

“Dalam tempoh empat bulan kami kehilangan abah kemudian mak. Sejujurnya saya sendiri tak tahu bagaimana nak meluahkan perasaan. Hanya mohon Allah kuatkan hati saya.

“Aidilfitri dan Ramadan tahun depan saya langsung tak dapat bayangkan bagaimana mahu menyambutnya tanpa mereka,” katanya.

Sementara itu, Ziana berkata fikirannya terasa kosong selepas pemergian ibu tercinta, Allahyarham Robiah Abdul serta tidak dapat membayangkan hari raya tanpa kedua ibu bapanya.

“Otak rasa kosong. Nak fikir pasal raya pun tak mampu. Nak minta maaf dengan siapa lagi? Tinggal adik beradik saja.

“Perlu masa untuk pulih. Dalam tempoh empat bulan kehilangan dua insan tersayang bukan mudah. Namun itulah cinta hati mak, sehidup semati dengan abah,” katanya.

Terdahulu, Allahyarham Robiah Abdul meninggal dunia pada pukul 10.42 pada malam Rabu lalu di Hospital Klang. Allahyarham menghidap penyakit kanser hati yang telah merebak ke organ dalaman.

Sumber: mStar Online, Rotikaya

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 26-12-2025 02:08 PM
Kesian arwah mak dia.cinta mati.agaknya kesihatan dia makin merosot bila arwah suaminya  dah takde.semoga tabah jela anak2 nya
Quote sweetfasha 26-12-2025 02:54 PM
alfatihah buat ayah dan mak mereka

tapi jangan lah macam tak redha pulak pemergian mereka. sebab itu masa ibubapa masih ada berbaktilah semampu mungkin. bila dorg dah tak ada nanti tak ada rasa ralat, kesal, sebak dan rasa macam banyak lagi nak buat utk mereka.

ini secara random buka spesific utk mak ayah ziana sen ni je..

aku pun dah tak de mak ayah.. sekarang raya pi raya merata rata.. hikmahNya dapat rasa pengalaman raya di tempat orang
Quote wadiunong 26-12-2025 07:51 PM
sweetfasha replied at 26-12-2025 02:54 PM
alfatihah buat ayah dan mak mereka

tapi jangan lah macam tak redha pulak pemergian mereka. sebab it ...

Iols tak rasa ZZ tu tak redha. Dia lebih kpd grieving je. Sedih dgn kehilangan. Percayalah semua yg pernah kehilangan ni redha je. Cuma cara grieving tu je berbeza & only time will heal
Quote kaedahnya 26-12-2025 10:56 PM
Sedihnya, salam takziah Kak ziana
Quote dudaberhias 27-12-2025 02:46 PM
Minta maaf dengan azwan ali, sebab sis lah heshe jadi pondan tua duduk dekat tempat jin bertandang di semenyih. Agittewww.

Jokes aside, salam takziah, semoga family kuat dan tabah. Kita ni hanya pinjaman dan satu hari nanti akan kembali kepadanya juga.
Quote ninja boy 27-12-2025 03:02 PM
Giliran zz jadi mak kesayangan kpd anak2
Quote L.U.S.M 27-12-2025 03:08 PM
Masa tgk video Jenna Jen tgh siram air mawar ingatkan makcik mana la..nmpk tuwe betul
Quote Shayang 27-12-2025 10:53 PM
Dia yang umur nenek2 pun rasa sedih dan kosong bila kehilangan kedua2 org tua
Bayangkan yang masih bau asham2 tu dah takda mak pak
Quote doubleA 28-12-2025 02:35 AM
Shayang replied at 27-12-2025 10:53 PM
Dia yang umur nenek2 pun rasa sedih dan kosong bila kehilangan kedua2 org tua
Bayangkan yang masih b ...

Betul. Iols pun fikir mcm ni bila hilang ayah, at least 30thn lebih iols merasa ada ayah, berbanding yg hilang ayah dari usia yg lebih muda. At least iols dah ada kehidupan sendiri dan dah dewasa. Kalau hilang umur nenek2 atuk2 ni bersyukurlah lagi lama merasa ada makpak. Rindu memang rindu takkan hilang
Quote bambimbom 28-12-2025 06:54 AM
Takziah Kak Jena dgn Bang Nuar.. faham sgt sedihnya kehilangan mak ayah,nak2 dlm tempoh tak smpi setengah tahun. Tp bila pikir blk beruntung gak dpt merasa hidup lama dgn mak ayah compare dgn org lain. Byk kenangan bersama, moga rohnya dicucuri rahmat
Quote Tinot7 28-12-2025 07:00 AM
dudaberhias replied at 27-12-2025 02:46 PM
Minta maaf dengan azwan ali, sebab sis lah heshe jadi pondan tua duduk dekat tempat jin bertandang d ...

Takziah kpd keluarga ..

AA dok semenyih?
Quote noor2 28-12-2025 05:34 PM
Subhanallah....innalillah...
Quote KamikuP 29-12-2025 11:56 AM
Salam takziah Ziana dan Bang Nuar

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.415746 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top