CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kawan mesej ‘saya jumpa gambar anda…’, jangan terus tekan ‘link’

26-12-2025 11:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1514| Komen: 4

 



PETALING JAYA – Mesej ringkas ‘GhostPairing’ daripada nombor asing antara taktik baru modus operasi sindiket penipuan dalam talian untuk memerangkap pengguna WhatsApp.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Public Health Malaysia (PHM), modus operandi itu bukan serangan godam konvensional, sebaliknya memperdaya mangsa supaya memberi akses akaun WhatsApp tanpa kata laluan.

“Mula-mula anda dapat mesej daripada nombor yang nampak ‘kenal’. Kadang-kadang memang kawan anda, tapi akaun dia dah kena godam dulu.

“Ayat dia ringkas je, contoh ‘Saya jumpa gambar anda’ siap bagi pautan link yang nampak macam Facebook atau gambar. Bila anda klik, terus dibawa ke laman palsu yang nampak betul.

“Di situ, anda diminta masukkan nombor telefon dan ikut langkah pengesahan untuk mendapatkan akses ke WhatsApp anda melalui fungsi rasmi WhatsApp, iaitu peranti sindiket penipuan tersebut,” katannya.

Tanpa disedari, mangsa sebenarnya sedang menghubungkan akaun WhatsApp mereka ke peranti ‘scammer’ melalui fungsi ‘Linked Devices’, sekali gus membenarkan peranti asing itu menerima salinan perbualan secara langsung.

Difahamkan, keadaan itu membolehkan ‘scammer’ membaca mesej peribadi, memuat turun gambar dan video, memantau senarai kenalan serta menyamar sebagai mangsa untuk meminta wang atau menyebarkan pautan sama ke kumpulan lain.

Perkongsian itu meraih perhatian ramai yang rata-rata pengguna bimbang secara tidak sedar terperdaya dengan modus operandi berkenaan.

“Sebab itu orang-orang dulu kata, kena ada ilmu kalau nak guna internet,” komen @NadzriHamden.

“Saya rasa nak pakai telefon awam yang warna oren ganggang hitam masuk sepuluh sen sajalah,” komen @RahayuIsmail.  

Sumber : – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote borne 1-1-2026 06:55 PM
Macam2 cara scam ada..
Quote Tinot7 2-1-2026 04:34 AM
Screenshot_20260102_043348_Phone.jpg

Baru2 ni dpt call drp number ni.. tapi sbb reception poor, tatau dia nak apa.. katanya dari tng ewallet.. ada ka tng ewallet rajin sgt nak call..
Quote batmana 2-1-2026 05:43 AM
Klu no mobile ngaku jadi tng E-wallet..nmpk cm sengkek sgt kompeni juta2 x mampu beli Line telefon.. abaikan aja
Quote Tinot7 2-1-2026 09:21 AM
batmana replied at 2-1-2026 05:43 AM
Klu no mobile ngaku jadi tng E-wallet..nmpk cm sengkek sgt kompeni juta2 x mampu beli Line telefon.. ...

Mmg scammer.. tapi tatau dia pakai line org atopon tak.. takkan beriya nak pakai line sendiri..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.060041 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top