CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Tunggulah bila giliran awak tersilap langkah, buruk di mata orang’ - Elfira Loy

26-12-2025 11:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1901| Komen: 27

 



Dinyahikut gara-gara terkait isu pemilik haiwan menidurkan kucing, pelakon Elfira Loy menyifatkan individu terbabit terlalu mengikut perasaan tanpa memahami situasi sebenar.

Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 31, berkata, sedikit pun dia tidak terkesan jika pengguna laman sosial berfikiran negatif seperti itu enggan menjadi pengikutnya.

“Saya rasa awak terlalu beremosi. Setakat orang hati tak baik seperti awak ‘unfollow’ saya, saya tidak kisah,” tulisnya dalam hantaran di Threads.

Menerusi perkongsian sama, pelakon drama Di Sebalik Kasyaf itu turut berharap pengguna tersebut memahami perasaan pemilik kucing yang kehilangan haiwan kesayangan akibat penyakit.

Malah Elfira juga mengingatkan individu terbabit agar dapat merasai sendiri pengalaman yang dilalui pemilik kucing.

“Tetapi tunggulah bila giliran awak pula yang tersilap langkah dan buruk di mata orang.

“Dari situ awak akan lihat, orang lain akan lari daripada awak. Ketika itu, baru awak akan tahu posisi dia dan saya,” ujarnya.

Terdahulu, tindakan seorang personaliti media sosial menidurkan kucing peliharaannya akibat menghidap penyakit Feline Infectious Peritonitis (FIP) mencetuskan perdebatan.

FIP adalah penyakit virus yang berisiko membawa maut pada kucing disebabkan jangkitan Feline Coronavirus (FCoV).

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan tersebut kerana menganggap haiwan itu masih boleh diselamatkan.

Pengguna yang tidak bersetuju kucing itu ditidurkan turut memetik nama Elfira dengan menegaskan ‘unfollow’ orang yang mengikuti akaun pemilik kucing berkenaan. 

Sumber : – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 26-12-2025 12:14 PM
Iman Azman kan, PA mak itik dl
Ntah lah…bila semua nak dibogelkan di socmed, kena terima la risiko dihentam bila buat taik
Quote pocongkiutss 26-12-2025 12:18 PM
sukacactus replied at 26-12-2025 12:14 PM
Iman Azman kan, PA mak itik dl
Ntah lah…bila semua nak dibogelkan di socmed, kena terima la risiko  ...

Masalahnya kucing dia bukan la level terbaring sakit berpampers bagai..sihat aktif lagi

Cam takleh hadam lepas tu dia post menyeringai dgn iphone? Takyah upload kut..dah sah2 sebenarnya nmpk mampu je afford ubat2 utk FIP tu
Quote sukacactus 26-12-2025 02:46 PM
pocongkiutss replied at 26-12-2025 12:18 PM
Masalahnya kucing dia bukan la level terbaring sakit berpampers bagai..sihat aktif lagi

Cam takle ...

Gitu la kan, dah study pandai2 sampai overseas tp bila takde common sense, tetap la nampak bodoh
Dah buat tindakan bodoh pun tetap la nak post jg
Mmg bingai!
Quote sweetfasha 26-12-2025 02:51 PM
kucing tu elok aktif dan masih boleh diselematkan. kenapa ambil keputusan cepat utk tidurkan lepas tu siap masuk media sosial. ko nak buktikan apa ya?
Quote thelilyallen 26-12-2025 02:54 PM
sukacactus replied at 26-12-2025 02:46 PM
Gitu la kan, dah study pandai2 sampai overseas tp bila takde common sense, tetap la nampak bodoh
D ...

Iman ni bukan miskin pun. Pak dia kau google jelah siapa. Pak janggut tu cari dkt linkedin siapa
Quote zehra2 26-12-2025 02:56 PM
pets ni mcm ahli keluarga jugek.
tunggunler kot anak2 influencer ni  ke.. mak bapak dia ke sakit.. baru dia tau..
Quote BoongaKertas 26-12-2025 03:44 PM
dia x jadi masalah kalau benda tu dia buat dendiam jer. ni dia pi bantai upload and pastu justify kononnya. adoi, iols pernah suka minah tu. tp bila lately mcm yg kuban2 jer, terus iols mempertikaikan tindakan dia.
Quote fadz84 26-12-2025 03:46 PM
sweetfasha replied at 26-12-2025 02:51 PM
kucing tu elok aktif dan masih boleh diselematkan. kenapa ambil keputusan cepat utk tidurkan lepas t ...

Sbb dia malas nk cara kucing tu.. senang PTS je terus.. huhuhu.. skrg ni minah elbulu ni sibuk nk mencapub n jd enabler.. poyo..
Quote likilu 26-12-2025 04:57 PM
Dia perli orang panggil dia bulu kening ke bukan ke semulajadi ke

Apa yg tersilap langkah? Time dia shaming ex tunang tu maybe la, tapi time tu orang pandang rendah kat baby pian, dia aman aman je sambar laki baru yg lebih kaya kan. Time tu awak langkah kanan

Entahlah mana watak kucing kat sini
Quote jari10 26-12-2025 06:31 PM
pocongkiutss replied at 26-12-2025 12:18 PM
Masalahnya kucing dia bukan la level terbaring sakit berpampers bagai..sihat aktif lagi

Cam takle ...

Ada komen netizen.. benda yg tak mendatangkan duit pd owner, makaaa begitulah
Quote anggeriklatifah 26-12-2025 06:39 PM
Edited by anggeriklatifah at 26-12-2025 06:42 PM

Iman azman bukan cat lover
Suami nyaa yg cat lover
Mse nak adopt kucing pon dia ber argue dgn lakinya

So wat do you all expect dia akan syg kucing sanggup berkorban segalanyaa even mammpu utk seorg yg meng tak suka kucing terpaksa bela sebb lakinyaa yg nak bela?

To dia tak jadi apa2..dan of course dia takde apa2 rasa sebb she not cat lover.

Yg salahnyaa dia g bgthu semuaa org dan cerita....maybe dia igt org nak dgr cerita dia day of her life kot....tak sangkaa lak kena kutuk hentam seluruh negara termaksuk luar negara
Nasib kau laaa..
Iols dah lama tak berkenan dgn dia sebb dia so annoying dan poyo gila dgn dia punya accent cam geli cakap malay..sebijik perangai laki mak itekk
Quote fadz84 26-12-2025 06:45 PM
anggeriklatifah replied at 26-12-2025 06:39 PM
Iman azman bukan cat lover
Suami nyaa yg cat lover
Mse nak adopt kucing pon dia ber argue dgn lakiny ...

Netizen Vietnam, Indonesia pun hentam dia.. selayaknya la.. huhu.. ko kalau dh bt tu diam² sudah.. xde org nk korek pun.. ni dgn bangga dia bercerita (tersengih² dgn crocodile tears)..
Quote anggeriklatifah 26-12-2025 07:02 PM
Edited by anggeriklatifah at 26-12-2025 07:05 PM
fadz84 replied at 26-12-2025 06:45 PM
Netizen Vietnam, Indonesia pun hentam dia.. selayaknya la.. huhu.. ko kalau dh bt tu diam² sudah. ...


Padan dgn muka diaa
Bila semuanyaa nak share...mcm tu laa..dia expectbapa yg berlaku dalam hari hari yang dia jalani.dia kena cerita..
Iols confirm dia mesti tak sangkaa kena hentam satu asia..
Kadang2 tak fhm dhn content creator ni..ape kejadah cerita pasal diri sendiri menjalani hidup seharian....
Daripada kau dok ceritaa hari hari kejadian yg kau lalui setiap hari...baik laa share ilmu masak ke makeup ke..sejarah ke..or any ilmu..ni cerita pasal.kehidupan t20 yg kau jalani setiap harian..buat apa? Nak tunjuk2 kat b40? Nak b40 yg tengok kata dalm hati..bestnyaa jadi kau??.
Quote fadz84 26-12-2025 07:20 PM
anggeriklatifah replied at 26-12-2025 07:02 PM
Padan dgn muka diaa
Bila semuanyaa nak share...mcm tu laa..dia expectbapa yg berlaku dalam ha ...

Agaknya kalau ngongkek ngn laki x sensitif utk sharing.. bnda tu pun blh jd content utk influenza² gini..
Quote thelilyallen 26-12-2025 07:22 PM
anggeriklatifah replied at 26-12-2025 06:39 PM
Iman azman bukan cat lover
Suami nyaa yg cat lover
Mse nak adopt kucing pon dia ber argue dgn lakiny ...

Lari topik. Laki dia putih melepak kan. Aku sampai sekarang konpius, mcm mana boleh sangkut dgn iman ni haha ye tahu jodoh. Tapi iman ni dahlah rentung, hati pun sama rentung. Kot huduh perangai comel faham gak
Quote azimodin 26-12-2025 07:43 PM
pocongkiutss replied at 26-12-2025 12:18 PM
Masalahnya kucing dia bukan la level terbaring sakit berpampers bagai..sihat aktif lagi

Cam takle ...

Dan dia ada duit untuk tampung kos rawatan untuk kucing dia. Lain la orang biashe2 yg adopt kucing jalanan.. tu pon ramai yg sanggup berhabis untuk kucing. Abang aku kerani gomen je, spend dekat 3k untuk kucing dia yg ada masalah kidney. Padahal dia jenis yg sanggup x beli baju raya sebab nak berjimat cermat
Quote azimodin 26-12-2025 08:18 PM
BoongaKertas replied at 26-12-2025 03:44 PM
dia x jadi masalah kalau benda tu dia buat dendiam jer. ni dia pi bantai upload and pastu justify ko ...

Betul.. kalau betul tak mampu (whatever and whichever aspect of tak mampu tu), diam2 je la.. nak buat content? Cukup sekadar bagitahu yg kucing tu dah tak de.. ni acah2 terluka paling dalam
Quote azimodin 26-12-2025 08:20 PM
anggeriklatifah replied at 26-12-2025 07:02 PM
Padan dgn muka diaa
Bila semuanyaa nak share...mcm tu laa..dia expectbapa yg berlaku dalam ha ...

Tbh both dia dengan mak itik seperti bunga yg tiada bau.. a.k.a membosankan.
Quote BoongaKertas 29-12-2025 09:18 AM
azimodin replied at 26-12-2025 12:18 PM
Betul.. kalau betul tak mampu (whatever and whichever aspect of tak mampu tu), diam2 je la.. nak b ...

the part yg org kata dia citer sambil senyum/gelak tu. iols x ssggup tgk vid sheols tu sbb takut emo.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.047859 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top