CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengganti saya sepatutnya daripada Pas – MB Perlis

26-12-2025 08:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 203| Komen: 1

 



KANGAR – Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli menyatakan bahawa calon pengganti bagi jawatan itu sepatutnya datang daripada Pas kerana parti tersebut memiliki kerusi majoriti di negeri ini.

“Sepatutnya dari Pas lah sebab Pas majoriti,” katanya ringkas ketika ditanya mengenai calon MB baharu yang bakal menggantikannya sama ada daripada Pas atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ketika ini, Pas mempunyai enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala Bersatu lima dan PKR satu.

Ini selepas tiga kerusi DUN Pas iaitu Chuping, Bintong dan Guar Sanji dikosongkan.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan bahawa Mohd. Shukri mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Besar secara sukarela atas faktor kesihatan.

Menurut Mohd. Shukri, beliau telah mempersembahkan surat peletakan jawatan kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail tengah hari tadi.

Beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Tuanku Raja Perlis untuk mempertimbangkan hasrat tersebut. 

Sumber : – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 26-12-2025 09:24 AM
Henpon atas meja yang merakam secara orientasi potrait tu dah kenapa?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.328038 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top