CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Aceh dilanda banjir lagi, air naik setinggi 2 meter

25-12-2025 02:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 877| Komen: 17

 


JAKARTA – Hujan lebat berterusan menyebabkan beberapa kawasan di Pidie Jaya, wilayah Aceh sekali lagi dilanda banjir dengan air setinggi 2 meter menenggelamkan rumah-rumah penduduk yang masih digenangi lumpur, lapor laman berita Kompas. 

Wakil Datuk Bandar Pidie Jaya, Hasan Basri berkata, hujan lebat sejak semalam menyebabkan Sungai Meureudu melimpah dan menjejaskan 19 kawasan perkampungan di tiga daerah iaitu Meurah Dua, Meureudu dan Bandar Dua.

“Di daerah Meurah Dua, air mengenangi beberapa kawasan kampung termasuk Desa Dayah Husen, Mancang, Dayah Kruet, Meunasah Raya, Blang Cut, Buangan dan Beuringen. 

“Kawasan yang terjejas di daerah Meureudu adalah Desa Berawan, Meunasah Lhok, Grong-grong Beracan dan Desa Masjid Tuha-Lhokga.

“Di Daerah Bandar Dua, air membanjiri Desa Juelanga, Alue Keutapang, Paya Pisang Klat, Alue Mee, Babah Krueng, Blang Kuta, Drien Tujoh, dan Alue Sane,” kata Hasan semalam.


Penduduk tempatan dikenali sebagai Nasruddin mengesahkan banjir telah kembali menenggelamkan kediaman penduduk.

“Pada masa ini, penduduk semakin berwaspada dan intensiti hujan semakin meningkat. Banjir kembali menenggelamkan kediaman penduduk susulan hujan lebat yang masih belum berhenti,” katanya.

Ketua Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Pidie Jaya, Muhammad Nur berkata, paras air mencapai antara 1 meter sehingga 2 meter dan hampir kesemua lapan daerah dilaporkan terjejas. 

“Pusat pemindahan sementara masih selamat kerana kebanyakannya terletak di kawasan lebih tinggi. 

“Masyarakat selamat dan tidak panik kerana kita telah memberi amaran terlebih dahulu. Kami menggesa penduduk supaya segera berpindah ke tempat lebih selamat jika bencana banjir semakin teruk,” kata Muhammad. – AGENSI


Sumber – KOSMO! ONLINE

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TTun_Teja 25-12-2025 06:02 PM
innalillahiwainnailaihirojiun..
Quote axl_bach 25-12-2025 06:10 PM
Pelik, antara byk2 provinsi di Indon, Acheh jer yg laksana hudud....
Quote B40tastePosh 25-12-2025 06:35 PM
Perak dan Selangor katanya akan hujan lebat juga hari Jumaat sampai Ahad
Quote BawangCaramel 25-12-2025 08:46 PM
images(7).jpg
Quote airfilterkotor 25-12-2025 09:09 PM
Semoga mangsa dipermudahkan segala urusan.
Quote ninja boy 26-12-2025 12:33 AM
Edited by ninja boy at 26-12-2025 12:35 AM

Sila bina rumah >3 meter dari aras laut rumah tanah rata masalah selesai, ini buat rumah di laluan air sungai
Quote ZORRO5555 26-12-2025 09:24 AM
Dugaan
Quote TeropongThaico 26-12-2025 10:00 AM
Kesiannya... Yg baru selesai cuci rumah dah nak kena kerah tenaga semula. Harap dipermudahkan urusan mrk
Quote AbukRokok 26-12-2025 10:43 AM
serambi mekah kene bala atau ujian?
Quote helicornia 26-12-2025 10:58 AM
Lepas ni tak payah la hantar bantuan lagi.kerajaan dorang tak nak bantuan luar kan.kita tolong rakyat kita je la
Quote nusaraya 26-12-2025 11:52 AM
Edited by nusaraya at 26-12-2025 12:01 PM


Kondisi terakhir bencana banjir di Acheh, Sumatra Utaradan Sumatra Barat yang banyak orang MalayDesha X tahu dan Paham ..


[youtube]dL_rlUIIoHM[/youtube]


Quote FOTHER-MUCKER 26-12-2025 01:47 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 25-12-2025 09:49 PM

dahulu kala di Malaysia sebelum semua melayu nak masuk syurga tiada dilanda banjir dan angin puting beliung seperti sekarang! Nampaknya lagi kuat amalan lagi kuat dugaan yang datang!
Tapi ramai yang berkata sebaliknya
Quote nusaraya 26-12-2025 02:49 PM
MalayDesha ZIONIS tampaknya semakin KURANG AJAR  dan GAK TAHU DIRI ...



[youtube]Tf3_rKwtmtw[/youtube]


Quote FOTHER-MUCKER 26-12-2025 02:58 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 25-12-2025 11:06 PM
nusaraya replied at 25-12-2025 10:49 PM
MalayDesha ZIONIS tampaknya semakin KURANG AJAR  dan GAK TAHU DIRI ...


Indonesia juga nak jadi zionis
Apa pasal Indonesia nak contohi Malaysia? Durian pun Indonesia tanam durian musang king yang di curi dari Malaysia. Indonesia maling durian.

AHOK akan contoh Malaysia jika jadi presiden || ini baru cindo tak macam cindo yang itu


[youtube]lDSomlpCOjc[/youtube]





Quote TOPwind 27-12-2025 04:38 PM
axl_bach replied at 25-12-2025 06:10 PM
Pelik, antara byk2 provinsi di Indon, Acheh jer yg laksana hudud....

kononya ahli surga


Quote nusaraya 27-12-2025 04:45 PM
Edited by nusaraya at 27-12-2025 05:01 PM

[youtube]QP4hWi0WnVE[/youtube]


[youtube]X6NewtnVN2Y[/youtube]


Quote kakikuDibibirmu 27-12-2025 06:16 PM
Akak tiap-tiap malam Jumaat pun jadi mangsa banjir atas katil akak

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.101995 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top