CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang Islam tak boleh pakai topi Santa Claus - Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

25-12-2025 02:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 641| Komen: 12

 


PETALING JAYA – Pemakaian seperti topi Santa Claus oleh orang Islam atau apa sahaja perhiasan dan pakaian berkaitan Hari Krismas termasuk meletakkan pokok Krismas adalah tidak dibenarkan.

Menerusi penerangan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, tidak ada keperluan untuk memakainya kerana pemakaian atau perhiasan tersebut menunjukkan pengiktirafan terhadap perayaan itu.

“Apatah lagi jika di rumah, pejabat atau tempat itu mempunyai jumlah orang Islam yang lebih ramai. Sebagai umat Islam, digalakkan untuk menghormati dan mematuhi garis panduan, hukum yang telah ditetapkan.

“Jadikanlah hari cuti perayaan sempena Krismas sebagai waktu untuk mengeratkan perpaduan dalam kalangan kita. Hormati perbezaan budaya yang ada dan jadikanlah perbezaan ini sebagai satu kekuatan unik rakyat Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Penerangan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan itu telah dimuat naik pada 21 Disember 2020 di laman web rasmi dan ia dikongsikan semula pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun pada Instagram sebagai panduan umat Islam.


Dalam pada itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sekali lagi menegaskan, hukum menyambut Krismas bagi umat Islam adalah haram kerana ia merupakan sambutan perayaan yang meraikan kelahiran Jesus Christ dan tidak dibenarkan untuk meraikan sambutan perayaan agama lain.

“Bagaimanapun, diharuskan untuk mengucapkan ‘selamat menyambut Krismas’ atau ucapan selamat untuk hari perayaan orang bukan Islam kepada individu yang beragama Kristian sekiranya diperlukan sahaja.

“Ini sebagai tanda menjaga hubungan baik sesama manusia dengan syarat tidak ada sedikitpun rasa reda terhadap agama mereka, tidak memuji dan memuliakan serta tidak menggunakan simbol atau lambang keagamaan mereka dalam ucapan tersebut,” katanya.

Dalam masa sama, orang Islam dibolehkan untuk hadir ke majlis orang bukan Islam sekiranya ia diadakan di luar rumah ibadat seperti di dewan orang ramai, padang, pejabat atau rumah untuk tujuan yang berkait dengan adat seperti jamuan makan yang dihidangkan makanan yang halal.

“Sekiranya majlis tersebut diadakan dalam rumah ibadat pada hari perayaan, maka makruh bagi orang Islam untuk menghadirkan diri,” jelas Pejabat Mufti Wilayah.  

Sumber – KOSMO! ONLINE

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 25-12-2025 09:06 PM
Teringt dulu cmpny buat mkn2 kat hotel time krismas, staf yg hidang makanan semua pki topi Santa. Semoga dosa mereka dan kita diampunkan.
Quote airfilterkotor 25-12-2025 09:22 PM
Kalau aku laa... akan cakap pada management yang suruh pakai topi Santa tu.... hangpa tau tak bahawasanya Santa Kelaus itu tak pernah wujud dalam ajaran kristian.
Ini semua fake dan innovation dalam ajaran kristian semata.
Hangpa semua melebih-lebihkan Santa Kelaus berbanding tuhan Yesus.
Ini semua adalah bido'oh lagi blasphemy terhadap tuhan Yesus.

Birthday anak hang tapi hang pi raikan Fatah Amin aaa... sampai gitu analoginya.

Quote BoongaKertas 26-12-2025 03:42 PM
so pelakon laki bini yg bini dia kata husband dia pukul lipas pun tak pernah tu, mohon beri sepatah doploh kata.
Quote hayrin86 26-12-2025 04:42 PM
Lebih baik pakai pakaian yang tidak berkaitan dengan Krismas atau juga segala macam keagamaan.
Quote wadiunong 26-12-2025 07:56 PM
Hasil gugel iols, santa clause, pokok Xmas, santa secret tu hanyala budaya bukan related to agama Kristian
Quote dagusengett 26-12-2025 08:14 PM
Whatever lah
Kat ofis tu kita sibuk makan2 jer tukar2 hadiah
Kat rumah tu gunala alasan kawen campur lah kenangan budaya sebelum kawen convert lah
Whatever lah
Takyah la tayang tu jerrr

Quote Decaffeinated 26-12-2025 09:48 PM
sikit2 itu tak boleh ini tak boleh bersedialah satu hari nanti sentuh topi santa tu pun kena samak.

Islam itu mudah.
Quote ZORRO5555 26-12-2025 10:01 PM
Ada terbaca thread gossip kenamaan,seorang vvvip ni deco Christmas rumah dia mengalahkan rumah Victoria Beckham
Quote cmf_almondpecan 26-12-2025 10:02 PM
airfilterkotor replied at 25-12-2025 09:22 PM
Kalau aku laa... akan cakap pada management yang suruh pakai topi Santa tu.... hangpa tau tak bahawa ...

Takut management tu jawab aku bukan Kristian pun. Tujuan pakai topi tu untuk tujuan komersil nak buat duit je.
Quote cmf_almondpecan 26-12-2025 10:03 PM
ZORRO5555 replied at 26-12-2025 10:01 PM
Ada terbaca thread gossip kenamaan,seorang vvvip ni deco Christmas rumah dia mengalahkan rumah Victo ...

Kalau tengok kat Instagram, ramai vvvip kerabat dan commoner rumah memang meriah dekorasi bila Krismas. Sejak dulu kala memang macam tu.
Quote Jitu 26-12-2025 10:10 PM
tak tahu kan
lps ni jgn buat dah
mcm sambut valentine la dulu2
lps ramai yg tegur nampaknya ada perubahan
takde dah nak sambut2 lg
Quote Decaffeinated 26-12-2025 10:10 PM
wadiunong replied at 26-12-2025 07:56 PM
Hasil gugel iols, santa clause, pokok Xmas, santa secret tu hanyala budaya bukan related to agama Kr ...

Laa... penat aje gelupur

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.185720 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top