CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiga ADUN Pas gugur keahlian diminta pulang aset kerajaan

25-12-2025 02:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 307| Komen: 0

 


KANGAR – Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas negeri yang digugurkan daripada jawatan tersebut diminta segera memulangkan aset kerajaan negeri yang digunakan mereka.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Rus’sele Eizan berkata, ketiga-tiga ADUN itu iaitu Saad Seman (Pas-Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Pas-Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Pas-Guar Sanji).

“Pihak Dewan Undangan Negeri (DUN) akan mengeluarkan notis kepada ADUN yangbterkibat untuk memulangkan semula aset yang digunakan mereka sebelum ini,” katanya ketika sidang akhbar di Kompleks Seri Putra di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengumumkan kekosongan luar jangka tiga kerusi DUN bagi memenuhi kehendak Fasal (1)(a)(ii) dan Perkars 50A Undang-undang Tubuh Kerajaan Perlis bagi DUN Chuping, Bintong dan Guar Sanji.    

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.105229 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top