CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Paling penting, dapur saya berasap walaupun belum berlaki’ - Farahdhiya

25-12-2025 02:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2434| Komen: 46

 


Penyanyi Farahdhiya meluahkan pelik apabila penggunaan kuali lama miliknya menjadi bahan perbualan sehingga mengundang komen sinis segelintir netizen dalam media sosial.

Ujar Farahdhiya atau nama sebenarnya Nur Farahdhiya Mohd. Amin, 41, dia tidak melihat sebarang isu besar menggunakan peralatan dapur lama selagi fungsinya masih baik dan memberi kepuasan ketika memasak.

“Apa salah kuali legenda ini sampai ada sibuk bertanya kenapa guna kuali buruk?

“Ada pula sindir, artis tapi pakai kuali buruk, tak ada duit ke nak beli kuali elok?” katanya dalam Threads.

Pelantun lagu Bertakhta Di Hati itu bagaimanapun menegaskan kuali lama dan murah lebih memberi ‘rasa’ tersendiri, terutama buat individu gemar memasak seperti dirinya.

“Saya memang suka masak guna kuali paling buruk dan paling murah sebab nikmatnya hanya orang yang betul-betul masuk dapur sahaja faham.


“Tak perlu risau pasal hidup saya. Saya okey, malah sangat bahagia dengan kuali-kuali buruk ini,” ujarnya.

Naib Juara Gegar Vaganza musim kedua (GV2) itu turut menyelitkan sindiran halus apabila mengaitkan isu berkenaan dengan status dirinya sebagai wanita bujang.

“Paling penting dapur saya berasap setiap hari walaupun saya bukan isteri sesiapa.

“Sekadar nak beritahu, saya rajin walaupun tak berlaki,” tegasnya.

Perkongsian itu pantas mencetuskan reaksi pelbagai daripada netizen, dengan rata-rata tampil mempertahankan Farahdhiya dan menyokong gaya hidup sederhana diamalkan penyanyi berkenaan.

“Kuali lama atau baharu tak tentukan bahagia seseorang. Asalkan hati tenang, itu paling mahal,” tulis seorang netizen.

“Ini baru realiti hidup, tak semua artis perlu tunjuk kemewahan. Kalau semua barang baru, itu maknanya jarang guna. Respek Farahdhiya,” komen seorang pengguna media sosial.

“Kuali legend memang lain rasanya, orang dapur sahaja faham,” tambah seorang pengikut.

Malah, ada juga netizen menyifatkan isu tersebut tidak wajar diperdebatkan kerana pilihan peribadi seseorang tidak seharusnya dijadikan bahan sindiran, apatah lagi sekadar soal kuali di dapur sendiri. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asfaz 25-12-2025 05:17 PM
1000229605.jpg
Quote PULANGKAN 25-12-2025 05:36 PM
true. iols pun ada kuali feveret kalau nak masak lauk tertentu. dia macam ada combo. ada keserasian, haha
Quote red_velvet 25-12-2025 06:04 PM
Body sheols semakin cantik walau makin menua.. Sheols rajin exercuse, gym, zumba walopon makan sedap2 kan..
Quote ninja boy 25-12-2025 06:08 PM
Hidup simple dan bahagia
Quote bedahmenjuyah 25-12-2025 07:13 PM
TAP pun pakai kuali legend tapi tak de siapa kutuk. Btw inipun jd gosipkah?
Quote wirazam 25-12-2025 07:33 PM
selamat bertemu jodoh...
mohon mana2 datuk  tan sri ambik dia ni
Quote brainbiru 25-12-2025 07:36 PM
asfaz replied at 25-12-2025 05:17 PM

Asalkan kuali tu tiada baha berbahaya FB_IMG_1766662546923.jpg
Quote penmerah 25-12-2025 07:48 PM
brainbiru replied at 25-12-2025 07:36 PM
Asalkan kuali tu tiada baha berbahaya

Thanks sis
Senang buat reference

Baideway faradhiya.... you go girl!!!!! Siniskan kan aje those nonsense chipping
Quote makcun14 25-12-2025 08:14 PM
sister, please ye.. enjoy life while you’re single.nanti dah bersuami mesti rindu zaman single walaupun dapat laki bertanggungjawab dan tak kontrol pergerakan bini.kalau bab kuali lantakkan ko la, bukan mintak duit netizen pun nak beli barang dapur ye dak.
itupun jadi isu ke
Quote Jitu 25-12-2025 09:03 PM
wah bagus ye dia ni
susah kot nak jumpa org pompuan yg pandai memasak skrg ni
Quote asfaz 25-12-2025 10:55 PM
Jitu replied at 25-12-2025 09:03 PM
wah bagus ye dia ni
susah kot nak jumpa org pompuan yg pandai memasak skrg ni

Dia mmg pandai and rajin masak. Suka tgk.
Quote black_handbag 25-12-2025 11:44 PM
Nak cakap satu je, nampak sedap sambal udang tu. Udang moist elok je. Naik minyak elok juga. I yakin klu dia mmg masak sendiri ni boleh cop la dia pandai masak
Quote MissVixen 26-12-2025 12:39 AM
Ingatkan dah masuk 50 an. Masih cantik
Quote ninja boy 26-12-2025 12:42 AM
Untungla masak hari2 x gemuk2 kalau korang masak sedap2 hari2 tambah nasi tambah lagi nasi sbb lauk sedap dlm tempoh seminggu naik 5kg
Quote KBW2 26-12-2025 05:53 AM
Orang yang banyak masak ni kadang dia jadi rasa tak lapar atau dah tak lalu nak makan sebab dah overstimulate dengan bau dan rasa masakan. Mungkin juga ini rahsia dia kurus.
Quote Tinot7 26-12-2025 06:19 AM
wirazam replied at 25-12-2025 07:33 PM
selamat bertemu jodoh...
mohon mana2 datuk  tan sri ambik dia ni

Datuk tan sri nak ka org umo 40an..
Quote Tinot7 26-12-2025 06:20 AM
Moga jumpa jodoh... mebbe lepaih masak, bagi jiran, ada yg berkenan?
Quote eSZack 26-12-2025 08:18 AM
Suka dia ni
Suara sedap
Perangai pun elok, xde gossip aneh
Semoga dia dpt jodoh lelaki yang baik
Klu tak berjodoh pun, semoga hidup dia baik baik shj. Ameen
Quote kechikchomel 26-12-2025 08:43 AM
Tinot7 replied at 26-12-2025 06:19 AM
Datuk tan sri nak ka org umo 40an..

Datuk, Tan Sri iolss tak sure. Tapi King Merah Kuning kawin TPS masa TPS dah 40-50an kan?
Ex bini Zizan Nin pun kawin anak Sultan Idris (adik beradik RZS) masa sheolss dah masuk 40.

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.196107 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top