CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis bantuan dapat pujian kerana jujur, pulangkan dompet berisi RM5,000 yang dijumpai dalam tandas

24-12-2025 05:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 234| Komen: 3

 



Langkawi: Sikap jujur anggota polis bantuan terserlah apabila segera menyerahkan kepada majikannya dompet berisi wang tunai dan barang kemas bernilai kiLangkawia-kira RM5,000 yang ditemuinya ketika bertugas.

Dompet itu ditemui Nur Liyana Ismail, 32, di Balai Berlepas Dermaga Tanjung Lembung (DTL) di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari, polis bantuan itu menemui dompet terbabit di tandas wanita selepas pemiliknya yang juga penumpang memasuki feri kenderaan/penumpang (RoRo) untuk keluar bercuti ke tanah besar.

Nur Liyana berkata, dia tidak membuka dompet yang ditemui bagi mengelak fitnah kerana tidak mengetahui isi kandungannya ketika itu.

"Kalau ikutkan, memang tiada siapa nampak. Jika saya ambil dan sorokkan, mungkin orang lain tidak akan tahu, tetapi saya tidak sanggup berbuat demikian.

"Malah, saya percaya karma itu ada, mungkin perkara sama (hilang dompet) boleh berlaku kepada keluarga atau orang terdekat kita. Saya tak mahu perkara itu berlaku," katanya ketika ditemui di DTL di sini, hari ini.

Menurutnya, antara rutin tugasnya ialah memeriksa persekitaran tempat duduk penumpang di Balai Berlepas serta tandas selepas penumpang menaiki RoRo.

"Dompet itu kemudian dibuka bersama penyelia di tempat terbuka dan disaksikan ramai orang bagi mengelak fitnah.

"Selepas itu, saya berusaha menghubungi pemilik dompet menerusi semakan butiran peribadi di pejabat Langkawi Auto, iaitu syarikat pengendali RoRo," katanya.

Hasil semakan mendapati dompet itu mengandungi wang tunai dan barang kemas dengan anggaran nilai kira-kira RM5,000.

Nur Liyana yang masih bujang berkata, selepas sembilan bulan bertugas di DTL, kejadian itu disifatkan sebagai ujian integriti.

"Saya anggap ini sebagai peringatan untuk diri sendiri dan contoh kepada orang lain supaya tidak mengambil barang yang bukan milik kita.

"Saya lega kerana dompet itu dapat diserahkan semula kepada pemiliknya. Doakan saya supaya terus menjaga integriti dalam menjalankan tugas," katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Langkawi Port Sdn Bhd, Muhd Nasir Abd Aziz berkata, sikap terpuji yang ditunjukkan Nur Liyana mencerminkan nilai keikhlasan, amanah dan dedikasi yang sentiasa dipupuk pihak pengurusan.

"Kami mempunyai 93 kakitangan keselamatan yang sentiasa berhadapan dengan orang ramai. Integriti ditunjukkan Nur Liyana bukan sahaja wajar dipuji, malah mampu meningkatkan imej dan reputasi syarikat," katanya.


Sumber: - Harian Metro



 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 24-12-2025 06:04 PM
Lagi bagus daripada menteri
Quote ZORRO5555 24-12-2025 08:15 PM
Good job...
Quote plywood 24-12-2025 09:19 PM
Bagus perempuan ni... siapa yang masih bujang kawinlah dgn perempuan ni..


aku dulu masa sekolah rendah aku tak berani ambik duit yang aku jumpa..  duit jumlah kecil sbb duit budak2 sekolah rendah kecik jer semua...  

aku mcm perasan setiap kali aku ambik duit yang aku jumpa setiap kali pulak aku hilang duit dgn jumlah yang lebih besar..mungkin kebetulan saja, atau itu memang karma i don know. ..  sampailah sekrang aku phobia nak ambik duit dompet ker yg aku jumpa.. biasa bila jumpa terus aku bagi siapa yg patut cepat2

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.500365 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top