CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hanya seks 'suka sama suka' dirujuk kepada JAHEAIK - Ketua Polis Kelantan

24-12-2025 05:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 344| Komen: 3

 



Kota Bharu: Polis Kelantan menegaskan hanya kes perbuatan seks suka sama suka sahaja yang akan dirujuk kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK).

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusuff Mamat berkata, jika kes membabitkan perempuan menjadi mangsa rogol, ia tidak akan dirujuk kepada JAHEAIK.

Katanya, perkara itu diputuskan hasil daripada persetujuan dan perbincangan dengan JAHEAIK.

"Jika wanita atau perempuan yang menjadi mangsa rogol, kes tidak akan dirujuk kepada JAHEAIK dan siasatan mengguna pakai undang-undang sedia ada.

"Tidak ada isu (kes rogol suka sama suka) iaitu hasil pengakuan daripada kedua-dua pihak (lelaki dan perempuan) dirujuk kepada JAHEAIK untuk tindakan ke atas perempuan yang tidak dituduh di bawah sivil.

"Kes ini akan dirujuk kepada JAHEAIK kerana kes rogol suka sama suka disiasat sebagai kes zina di bawah undang-undang syariah. Jika kes rogol, ia disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, setakat ini lima kes rogol suka sama suka yang sudah dirujuk kepada JAHEAIK.

Terdahulu media melaporkan, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) menegaskan bahawa rogol statutori terhadap kanak-kanak adalah suatu kesalahan jenayah serius dan ia harus disiasat serta didakwa mengikut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang jenayah yang terpakai.

Kenyataan itu merujuk kenyataan Ketua Polis Kelantan mengenai tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk merujuk kes rogol statutori yang membabitkan kanak-kanak kepada pihak berkuasa agama Islam.

Selain itu, beliau berkata, wanita bukan bawah umur tetapi terbabit perbuatan amang seksual secara suka sama suka juga akan turut dirujuk ke JAHEAIK. 


Sumber: - Harian Metro



 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 24-12-2025 06:12 PM
Statutory rape dirujuk pada JAHEAIK, means no criminal charge?
Quote bunnyj3lly 25-12-2025 10:54 AM
Decaffeinated: Statutory rape dirujuk pada JA ...


Seems like it. So.. PDRM Negeri boleh tadbir / urus kes jenayah tanpa perlu selari dengan Ibupejabat PDRM kah? Unik betul Kelantan.
Quote lanacondor 25-12-2025 01:56 PM
Edited by lanacondor at 25-12-2025 01:57 PM
Decaffeinated: Statutory rape dirujuk pada JA ...
bukan xde criminal charge. Tapi under syariah law. Maksud kalau rape = paksaan (civil law), suka sama suka = (syariah law) 100 sebatan yg ni ikut perundangan negeri.

Bagusnya adalah sblm ni lelaki je di sebat walaupun suka sama suka. Skg ni kalau suka sama suka, dua2 dapat hukuman.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.207635 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top