CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas menteri yang pernah didakwa di mahkamah dalam radar siasatan SPRM - Azam Baki

24-12-2025 04:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1276| Komen: 24

 



KUALA LUMPUR: Seorang bekas menteri yang pernah berkhidmat dalam Kabinet kerajaan sebelum era COVID-19 kini berada dalam fokus siasatan terbaharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

BH difahamkan, bekas pemimpin terkenal itu dan pernah didakwa di mahkamah atas beberapa kes rasuah beberapa tahun lalu itu, kini turut berada dalam radar siasatan ekoran dakwaan penyelewengan sewaktu berkhidmat dalam sebuah kementerian.

Siasatan SPRM ketika ini adalah membabitkan pemindahan sebidang tanah milik kerajaan yang bernilai tinggi kepada seorang pemaju hartanah terkemuka.

Difahamkan, tindakan itu mempunyai unsur-unsur rasuah dan penyelewengan, malah melalui maklumat terbaharu yang dilaporkan oleh orang awam itu, menyebabkan SPRM membuka kertas siasatan, biarpun bekas pemimpin itu sudah lama tidak berkhidmat dalam kerajaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan pihaknya sudah membuka kertas siasatan terbaharu mengenai kes itu.

Beliau turut mengesahkan, beberapa individu penting akan dipanggil untuk membantu siasatan.

"Ya saya sahkan dan akan memanggil beberapa individu dalam siasatan itu," katanya kepada BH, di sini hari ini.

Sementara itu, laporan NST menyebut, SPRM memperoleh "maklumat perisikan baharu" pada penghujung bulan lalu, iaitu hampir sedekad selepas penyelewengan itu berlaku.

Sumber berkata, selain siasatan terhadap proses pemindahan sebidang tanah milik kerajaan, SPRM juga menyiasat projek pembinaan papan iklan pengiklanan yang dilakukan kementerian itu.

Katanya, siasatan kini masih dijalankan bagi meneliti hubungan antara bekas menteri berkenaan dengan syarikat-syarikat yang terlibat.

Sumber juga berkata, siasatan awal mendapati kes ini mencecah "jutaan ringgit."

"Sebagai sebahagian daripada siasatan, SPRM sedang dalam proses mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan. Ia juga akan memanggil beberapa individu untuk membantu siasatan.

"Siasatan membabitkan kepentingan awam dan menjadi punca SPRM meneruskan siasatan terhadap kes berkenaan.

"SPRM juga percaya kes itu berpotensi membawa kepada pemulihan kerugian yang berkaitan dengan ketirisan aset dan dana awam," katanya.


Sumber: - BH



 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 24-12-2025 05:19 PM
Sapa 'bekas menteri(yg dimaksudkan)'...mohon angkat tangan....
Quote Purestteam1 24-12-2025 06:39 PM
ada khabar katanya kunyah...
Quote arinn 24-12-2025 06:57 PM
AM ke?
Quote kechikchomel 24-12-2025 07:13 PM
Purestteam1 replied at 24-12-2025 06:39 PM
ada khabar katanya kunyah...

Yang menantunya anak payung yellow tu ke
Quote nusaraya 24-12-2025 07:47 PM
Skuau replied at 24-12-2025 05:19 PM
Sapa 'bekas menteri(yg dimaksudkan)'...mohon angkat tangan....

Tambah aneh dan konyol ketika  ada maling (SPRM) memeriksa Maling yang ternyata rekannya juga ...

Mengapa SPRM melakukan itu ?

Tanyakan kepada rumput yang bergoyang ...
Quote ZORRO5555 24-12-2025 08:13 PM
Belum dapat clue
Quote alesandra 24-12-2025 08:34 PM
Ahh propa je kau.ala2 bagi hint mcm gossip retis.pastu senyap.kes bekas2 pm yg ada safehouse  tu apa cer?
Quote plywood 24-12-2025 09:01 PM
BH difahamkan, bekas pemimpin terkenal itu

... hint besar tu.... pemimpin terkenal... pergh

harap BH guna perkataan terkenal tu sepadanlah nanti...

aku ingat kalau hint guna "kerajaan sebelum covid"... kemungkinan besar ada dalam kabinet mahatir 2.0

..tp memang betul, sprm bagi hint2 mcm ni serupa gosip artis pulak hahaha

Quote B40tastePosh 24-12-2025 09:04 PM
Skuau replied at 24-12-2025 05:19 PM
Sapa 'bekas menteri(yg dimaksudkan)'...mohon angkat tangan....

Ku Nan kot
Quote sharlenetexas 24-12-2025 10:06 PM
Teka teki teka tekuk


Quote sharlenetexas 24-12-2025 10:07 PM
arinn replied at 24-12-2025 06:57 PM
AM ke?

Nanas dan kerepek?


Quote Isninselasarabu 26-12-2025 12:18 AM
Azam ni kes sndiri bukak lah... Kes org sibuk nk bukak.. kes die baham pitih diam.. kt dunia duk kenakan org sane sini..jwtn pn taknak lepas .. penakut...
Quote MissYouSayang 26-12-2025 12:56 AM
Dulo kemain bapok tua tu nak tangkap azam balance tp kini jadi org kesayangan heshe plak
Quote silance 29-12-2025 07:49 PM
https://www.bharian.com.my/berit ... nteri-disiasat-sprm

Semoga keep calm and tak check in icu.
Quote plywood 29-12-2025 08:02 PM
silance replied at 29-12-2025 07:49 PM
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/12/1490628/rasuah-rm5-juta-hadiah-lamborghini-bekas-mente ...

Rasuah RM5 juta, hadiah Lamborghini, bekas menteri disiasat SPRM
Oleh Ilah Hafiz Aziz - Disember 29, 2025 @ 5:06pm

KUALA LUMPUR: Seorang bekas menteri memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung wang rasuah kira-kira RM5 juta serta sebuah kereta mewah jenis Lamborghini.

BH difahamkan, menteri itu menerima rasuah berkaitan projek papan iklan dan pemindahan tanah di ibu negara.

Kereta mewah itu diterima daripada sebuah syarikat pembuat papan iklan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan siasatan dibuka mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

BH sebelum ini melaporkan, seorang bekas menteri yang pernah berkhidmat dalam Kabinet kerajaan sebelum era COVID-19 kini berada dalam fokus siasatan terbaharu SPRM.

Bekas pemimpin terkenal itu pernah didakwa di mahkamah atas beberapa kes rasuah beberapa tahun lalu, kini turut berada dalam radar siasatan ekoran dakwaan penyelewengan sewaktu berkhidmat dalam sebuah kementerian.

BH difahamkan, bekas pemimpin terkenal itu yang pernah didakwa di mahkamah atas beberapa kes rasuah beberapa tahun lalu, kini turut berada dalam radar siasatan ekoran dakwaan penyelewengan sewaktu berkhidmat dalam sebuah kementerian.

Siasatan SPRM ketika ini membabitkan pemindahan sebidang tanah milik kerajaan yang bernilai tinggi kepada seorang pemaju hartanah terkemuka.

Difahamkan, tindakan itu mempunyai unsur-unsur rasuah dan penyelewengan, malah maklumat terbaharu yang dilaporkan oleh orang awam menyebabkan SPRM membuka kertas siasatan, biarpun bekas pemimpin itu sudah lama tidak berkhidmat dalam kerajaan.

Sementara itu, sumber berkata, berdasarkan maklumat diterima SPRM, bekas menteri itu turut menerima wang kira-kira RM5 juta daripada satu syarikat pemaju.

"Bekas menteri berkenaan hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pagi ini bagi dirakam keterangan dan siasatan kini mengesan punca pembayaran kereta mewah berkenaan.

"Bagi kes tanah pula, siasatan awal mendapati tanah-tanah yang sebelum ini digazetkan untuk pembinaan surau dipindah milik kepada satu syarikat proksi," katanya.

Menurut sumber, seramai 16 saksi yang terdiri daripada kakitangan kerajaan dan pemilik syarikat dirakam keterangan bagi membantu siasatan terhadap kedua-dua kes berkenaan.


Quote Firenzza 29-12-2025 08:23 PM
Ni ex muntri yg buat kerja kawin anak x pakai baju tu kerr?
Quote ZORRO5555 30-12-2025 09:39 AM
Kes Ismail Sabri ke
Quote BungaKencana 30-12-2025 09:42 AM
Purestteam1 replied at 24-12-2025 06:39 PM
ada khabar katanya kunyah...

yg gelaran kuning nye diragui tu ke?
Quote Purestteam1 30-12-2025 12:27 PM
BungaKencana replied at 30-12-2025 09:42 AM
yg gelaran kuning nye diragui tu ke?

Ku Na+ info x rasmi sis

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.222340 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top