|
KUALA LUMPUR: Ringgit melonjak ke paras tertinggi baharu dalam tempoh lima tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan Rabu, disokong penurunan mata wang itu susulan penyusutan Indeks Dolar AS (DXY).
Pada 8 pagi, mata wang tempatan itu melonjak kepada 4.0490/0710 berbanding dolar AS daripada paras 4.0615/0665 ketika ditutup semalam. Ringgit sebelum ini pernah mencecah paras 4.0490/0530 pada 3 Mac 2021. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata DXY susut 0.39 peratus kepada 97.903 mata selepas Conference Board melaporkan keyakinan pengguna AS merosot kepada 89.1 mata pada Disember daripada 92.9 mata pada November, lebih rendah berbanding anggaran konsensus sebanyak 91.7 mata. Beliau berkata, ringgit ditutup 0.39 peratus lebih tinggi berbanding dolar AS pada paras 4.06 semalam. "Sehubungan itu, ringgit berpotensi mengekalkan momentum positifnya, disokong oleh data ekonomi terkini AS," katanya kepada Bernama. Pada pembukaan dagangan, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama. Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.5934/6076 daripada paras 2.6039/6072 ketika ditutup pada Selasa, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4718/5015 daripada 5.4851/4918, serta mengukuh berbanding euro kepada 4.7762/8022 daripada 4.7901/7960. Mata wang tempatan turut diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang serantau ASEAN. Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1524/1701 daripada 3.1607/1648, mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.0126/0921 daripada 13.0486/0705, naik berbanding rupiah Indonesia kepada 241.2/242.6 daripada 241.9/242.3 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 6.88/6.92 daripada 6.90/6.91 sebelum ini. Sumber: -BERNAMA
|



plywood replied at 26-1-2026 08:28 AM
Harap jgn ada perubahan besar dlm politik, sosial, hubungan dengan negara luar .. klu us attack ir ...

kotakbaju replied at 26-1-2026 11:34 PM
Tertunggu kot ringgit bleh jadi rm3 ke bawah


terma2nkondisi2 replied at 28-1-2026 08:52 PM
ok la tu.. berita2 mcm ni.. nak tarik undi rakyat awam yg perhatian hanya tertumpu pada news headlin ...
axl_bach replied at 28-1-2026 09:15 PM
Dah tu, nk kata ringgit menghampiri 4.90?
terma2nkondisi2 replied at 28-1-2026 09:40 PM
ohh.. mungkin doc terlepas pandang post saya sebelum ni.. kalau saya ada masa nanti.. kot sabtu ah ...
axl_bach replied at 28-1-2026 09:59 PM
Aiyyooo, dah twntulah ada negatif dan ada positif, mana ada era yg perfect.... Dan biasalah walano ...
namemysoul replied at 26-1-2026 10:54 AM
Tertunggu2 bolehkah myr menjadi rm 3.50 ...
Apoo replied at 29-1-2026 03:56 AM
Nah. The best rate rasanya sekitar rm3.80. Anything beyond that number, will affect our trade. Sek ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-2-2026 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.174248 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.