CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Sebab Tu Kereta Pertama Saya Bukan Porsche” – Kereta Leona Calar Langgar Dinding

24-12-2025 04:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3385| Komen: 49

 



Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona berkongsikan kereta barunya proton jenis e.MAS 7 calar kerana terlanggar dinding.

Menerusi hantaran di TikTok, Leona dilihat tenang menunjukkan bahagian belakang keretanya dan berseloroh mengatakan disebabkan itu kereta pertamanya bukan Porsche.


“Saya terlibat dalam kemalangan kereta. Memang bukan sesuatu yang kelakar, sebab itu kereta pertama saya bukan Porsche,” katanya.

Dalam hantaran lain, Leona berkongsikan dia sedang mengundurkan keretanya dan ‘tiba-tiba’ dinding muncul yang akhirnya bergesel dengan keretanya.

Perkongsian Leona itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan kisah anak kepada Azhar Sulaiman itu.



Tidak kurang juga, ada yang mempertahankan Leona mengatakan dinding yang salah kerana muncul secara tiba-tiba.


Sumber: Rotikaya




 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 24-12-2025 04:31 PM
HAHAHAHAHA...ni yang semalam ni... yang kelakar ada orang komen 'bawa kereta kebal je lah yonaaa'... dia jawab 'boleh ke bawa cable car? dia mana ada tayar'... hahahahahahaha bukan cable carrr....kereta kebal....tank! hahahahaha ..pastu dia setuju ada orang komen, tunggu dah calar satu keta baru gi service...nanti kalau repair skrg mggu depan calar lg
Quote orkid_amani 24-12-2025 06:47 PM
Alaa biasa kereta calar2 ni pejam mata jaa la yona oii..selagi kereta boleh jln gasak ja dulu.. nti2 laa repaint..skg dah ada wrapped kn..boleh laa service wrapped offer dekat yona
Quote cmf_jeangrey 24-12-2025 09:55 PM
First kereta walau murah dr porsche tetap la sakit mata dan gutted
Quote Tinot7 25-12-2025 07:35 AM
prince_marhaen replied at 24-12-2025 04:31 PM
HAHAHAHAHA...ni yang semalam ni... yang kelakar ada orang komen 'bawa kereta kebal je lah yonaaa'... ...

Yoona paham Tank, bkn keta keballl...
Quote cm_vungtau 25-12-2025 07:43 AM
Mengadanya kengkonon tak reti cakap melayu padahal ko budak spm kot fefeeling igcse much
Quote ZORRO5555 25-12-2025 11:49 AM
Yer la duit x habis makan 7 keturunan
Quote Aribaariba 25-12-2025 12:18 PM
prince_marhaen replied at 24-12-2025 04:31 PM
HAHAHAHAHA...ni yang semalam ni... yang kelakar ada orang komen 'bawa kereta kebal je lah yonaaa'... ...

Haahhahh. Dia x fasih  melayu kan..dia pun tak tau agaknya apa kereta kebal..ingatkan org Salah sebut cable as kebal
Quote Miss_LoveLeen 25-12-2025 10:53 PM
cm_vungtau: Mengadanya kengkonon tak reti  ...
kaka, since chuolss sebut pasal icgse. Blh share tak benefit ambil icgse compare spm. Kalau result ok blh masuk ipta ke? Meolss tgh cari info pasal icgse juga ni

Btw utk tak off topik : semoga yonna drive dgn lebih berhati2 lepas ni
Quote alien88 26-12-2025 10:47 AM
biasala tu leona, 1st car.. iolls dulu ada calar balar jugak
Quote JahLupa 26-12-2025 11:40 AM
First car iols masih setia menemani even kalau kira umur dah graduate degree agaknye. Dia ada sentimental value gituhh
Quote orkid_amani 26-12-2025 01:14 PM
Edited by orkid_amani at 26-12-2025 01:16 PM
Miss_LoveLeen replied at 25-12-2025 10:53 PM
kaka, since chuolss sebut pasal icgse. Blh share tak benefit ambil icgse compare spm. Kalau result  ...


Tuhari ramai yg komen dekat post EA igcse ni utk preparation ke uni overseas.. so kalau mmg nak ke sana igcse tu mmg wajib. Kalau utk ke uni awam kita ni cukup laa SPM
Quote cm_vungtau 26-12-2025 01:27 PM
Miss_LoveLeen replied at 25-12-2025 10:53 PM
kaka, since chuolss sebut pasal icgse. Blh share tak benefit ambil icgse compare spm. Kalau result  ...

Tengok anak chuols bahasa apa yang dominan untuk dia. Kalau dia memang mostly English lagi dominan, boleh ambik igcse.

Igcse boleh masuk local uni tapi certain uni. Some unis masih nak budak tu ambik spm. Iols pun tak tahu nak rekemen cemana tapi kalau ambik igcse kena get ready in case dia tak dapat masuk local uni.

Macam anak iols dua orang memang dua2 nasib baik score IGCSE. Dua2 dapat offer scholarship goverment luar, bukan goverment Malaysia. Kalau igcse score power dan seterusnya A levels, overseas uni akan lebih prioritise IGCSE sebab diorang memang belajar dalam english dari kecik. Lagipun overseas uni mostly kalau ada A levels memang dapat prioriti and some cases siap dapat credit transfer. Kalau ambik foundation/ matrix/ asasi memang dok Mesia ajelah, atau kalau overseas pun boleh tapi tak ramai and maybe uni tak terkenal.

Tapi tengok orang juga. Kadang2 ada yang igcse tak dapat masuk local uni, overseas pun tak cukup duit. So stuck di tengah2. Kalau nak ambik igcse kena mental kuat and study rajin2. Mak bapak pun kena standby in case tak dapat masuk local then kena fikir untuk ke luar negara atau ambik spm dan igcse sekaligus. Lagipun igcse umur 16 dah habis.
Quote Incanto 26-12-2025 02:22 PM
orkid_amani replied at 26-12-2025 01:14 PM
Tuhari ramai yg komen dekat post EA igcse ni utk preparation ke uni overseas.. so kalau mmg nak ke ...

betul...IGCSE sama level dgn SPM

kalau nak masuk local IPTA kena bersaing dgn budak budak yg ambil SPM utk masuk matrik/ asasi

results matrik/ asasi yg tentukan kemasukan utk IPTA

tapi UIA terima IGSCE terus
Quote Incanto 26-12-2025 02:37 PM
cm_vungtau replied at 25-12-2025 07:43 AM
Mengadanya kengkonon tak reti cakap melayu padahal ko budak spm kot  fefeeling igcse much

sekolah dia SMK Hartamas ni 90 % spiking inglish.

ai saun setupid wen ai spik malay

adik aku sekolah situ...gelak mak aku tgk ustazah pun spiking.

ramai student non m kat situ sampai pakguard pun cakap Inglish
Quote BungaKencana 26-12-2025 02:51 PM
takpe la yoona, plat no tu pun da blh sme harga dgn porsche..
Quote gangerina 26-12-2025 03:22 PM
cm_vungtau replied at 26-12-2025 01:27 PM
Tengok anak chuols bahasa apa yang dominan untuk dia. Kalau dia memang mostly English lagi dominan ...

thank you share info. sgt berguna. iols tukarkan anak from spm ke igcse, nice to know which local uni yg accept sbb anak iols sama case mcm anak Incanto masa kat smk dulu mmg semua ckp Eng. Iols ada duit skit2 tp kalau ada option scholarship lg best la, hope kaka cm boleh share path igcse yg best2.  
Quote prettyuglybabe 26-12-2025 03:40 PM
now i wonder anak beranak ni legit ke lesen dorang..
dah atuknya dulu kan........................
Quote KamikuP 26-12-2025 03:50 PM
Kalau Yona jual kereta, mesti dia letak caption :

Conditon tip top
Lady drivahhhh...

ekekeke
Quote cm_vungtau 26-12-2025 04:48 PM
Edited by cm_vungtau at 26-12-2025 05:06 PM
gangerina replied at 26-12-2025 03:22 PM
thank you share info. sgt berguna. iols tukarkan anak from spm ke igcse, nice to know which local  ...


Anak iols dapat scholarship from government Singapore sorang and government Hong Kong sorang. Why iols pilih dua negara ni firstly mereka offer bond yang pendek. Singapore offer full scholarship siap pergi exchange ke winter school ke haper semua termasuk. Cuma Singapore sangat competitive la. Singapore punya bond cuma 3 tahun and boleh pilih apa2 company janji duduk dalam Singapore. Kalau JPA ke Petronas ke kurang2 8 tahun dah la tak boleh pilih kerja or gaji yang kita nak. Hong Kong pulak takde bond langsung which is free money

Iols rasa kalau local uni ni takyah mengharap sangat la sebab berbilion2 yang dapat 4 flat matriks walaupun matriks tu lagi senang dari A levels. Pastu matriks dapat prioriti. So lebih baik apply overseas sis. Kalau local uni grad gaji median 2.5k. Kalau Singapore median mostly 5k sgd. Gitu la bila memilih. Tapi kita taktau la nasib bebudak ni kan. Cuma doa2 yang terbaik.

So sis kalau anak igcse kena pandai2 google suruh anak apply aje jangan pilih2 sangat. Lagi satu local uni bila kita apply kita automatik masuk t20 so dah dikira lain kat situ. Yuran pun beza.

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.474192 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top