CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Dia Maha Baik, Hari Ini Aku Pilih Untuk Berubah & Tak Nak Kecewakan Allah Lagi” - Isa Khan

24-12-2025 04:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2182| Komen: 21

 


Pelakon Isa Khan meluahkan rasa syukur masih diberi peluang perbetulkan kekhilafan diri serta berubah menjadi insan yang lebih baik.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Isa berkata umurnya kini semakin banyak dan tidak terkira dosa yang dirinya lakukan namun masih diberi peluang ketika sedang menikmati dunia.

 


“Banyak dah umur aku, hidup sampai bila pun tak tahu. Tak terkira dosa yang aku dah buat dalam hidup ni, tapi Allah SWT tak tarik nyawa aku masa sedang aku menikmati dunia di dalam khilaf aku sendiri,” tulisnya.

Menurut Isa lagi, dia memilih untuk berubah ke arah lebih baik serta berdoa agar dirinya akan sentiasa istiqamah sehingga ke akhir hayatnya.

“Dia maha baik, sebab tu harini aku pilih untuk berubah dan tak nak kecewakan Allah Swt lagi. Sahabat, doakan aku terus kekal di jalan yang lurus ini sehingga lah nafas terakhir menjemput.

“Semoga segala amal aku di terima oleh Nya, dan semoga syurga menjadi destinasi terakhir aku,” tulisnya


Sumber: Rotikaya




 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 24-12-2025 04:32 PM
hmmm.... hehe
Quote NazRysha 24-12-2025 04:49 PM
isteri dia masih ada ?
Quote slyfynx 24-12-2025 05:10 PM
Aku suke je org nk berubah ke jalan baik ni.
X yah kot nk tgk ke belakang beliau macam mana.
Tp kalau menyetan balik pasni, wajib dilahar berjemaah
Quote lanacondor 24-12-2025 05:21 PM
Semoga istikhamah..
Quote Zirara99 24-12-2025 05:49 PM
Benda-benda ni sepatutnya diam-diam je. Takut Allah uji dengan kata-kata kita tu. Nak cakap macam mana ek. Macam tu lah. Semoga istiqomah.
Quote dudaberhias 24-12-2025 09:03 PM
Semoga istiqamah bertudung.
Quote dua_chzy 24-12-2025 10:16 PM
Isa ni bagus berlakon. Eh ke Miller yang bagus? Lupa dah sapa yang pernah menang award tu.

Miller kot kan.
Quote doubleA 24-12-2025 11:04 PM
Janganlah normalisasikan Tuhan dgn sifat manusia. Kecewakan Tuhan? Kita hamba, Tuhan tak rugi apa2 pun ko jadi jahat ke baik, syurga neraka tu la ganjaran dan balasan nak dengar atau ingkar arahan Tuhan
Quote pocongkiutss 24-12-2025 11:18 PM
Hmm retis

No komen
Quote TeropongThaico 24-12-2025 11:29 PM
Syukur... Semoga istiqamah
Harap perubahan je arah yg baik2 juga buat kita semua
Quote TeropongThaico 24-12-2025 11:30 PM
Tak kenal & tak pernah tgk dia berlakon tp dah niat yg baik kita alu2kan. Ni pelakon indon ke mesia?
Quote jalfa 24-12-2025 11:36 PM
Hensem nya laki risteena..masih suami isteri ke diorang ya...
Quote AWEKSAMURAI 24-12-2025 11:58 PM
jalfa replied at 24-12-2025 11:36 PM
Hensem nya laki risteena..masih suami isteri ke diorang ya...

Masih. .. elok je dorang dua berkasih syg cuma dorang dh x tunjuk sgt dorang mesra
Quote boudinniA 25-12-2025 12:07 AM
Kenapa kena umum dimedia sosial macam tu?
Lebih baik jauh dari mata orang ramai.
Quote Melanie91 25-12-2025 12:30 AM
Allah kecewa?
Quote awenda507 25-12-2025 01:43 AM
Buat baik x perlu nk tayang kat socmed. Moga niat yg baik dipermudahkan dan istiqomah dalam mencari kebaikan dunia akhirat.
Quote heythere123 27-12-2025 12:38 AM
doubleA replied at 24-12-2025 11:04 PM
Janganlah normalisasikan Tuhan dgn sifat manusia. Kecewakan Tuhan? Kita hamba, Tuhan tak rugi apa2 p ...

oh god kaka, suka baca ayat chuols tu
Quote katnissE 28-12-2025 07:10 PM

Tak nak kecewakan Allah?  Bodoh punya statement.

Allah tak bergantung pada manusia lah bodoh.
Kau yang rugi bila engkar perintah Allah.  
Quote Rdizz 28-12-2025 07:58 PM
doubleA replied at 24-12-2025 11:04 PM
Janganlah normalisasikan Tuhan dgn sifat manusia. Kecewakan Tuhan? Kita hamba, Tuhan tak rugi apa2 p ...

Setuju sgt. Dia igt Allah tu bersifat mcm manusia, astagfirullah.. berani ckp mcm tu. Nmpk sgt jahil.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.206512 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top