|
Hamil anak ketiga, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad berkata dia tidak mengidam makanan pelik sebaliknya mengidam emas. Menerusi satu hantaran di TikTok, Uyaina sanggup ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan untuk membeli emas selepas mengetahui harga emas disana berbeza dan lebih murah. “Saya tanya dekat Threads minggu lepas. Dan ternyata ramai orang Pilah kata ya. Omeh Pilah murah. “Jadi untuk mendapatkan kepastian, maka saya pun gigih lah ke Pilah. Dan ternyata.. Ia bukanlah dongeng. Benar belaka,” tulisnya. Sementara itu, Uyaina memaklumkan dia belum mengetahui jantina anak dalam kandungannya. “Kalau perempuan, ia menjawab semuanya kenapa saya suka emas. Kalau lelaki, mungkin dia akan jadi tauke kedai emas terkemuka suatu hari nanti,” selorohnya. Sumber: Rotikaya
|
sharlenetexas replied at 24-12-2025 11:38 AM
Iols beli gelang kat shopee singgit lebih je wat basahan. Kalau berkarat taklah rasa ralat sangat.
...




Minami2013 replied at 24-12-2025 10:11 PM
Kalo tercicir pun tak ralat kannn
irvene replied at 24-12-2025 07:38 PM
tgk jari pun tak lawo, apatah lagi muka
sribayu replied at 25-12-2025 08:59 PM
Baru tau ke? Oghang noghori dah lamo tau
AkokKocik replied at 26-12-2025 09:34 AM
Knapa cincin emas lebih laku dari cincin berlian, serius nk tahu.
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.205224 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.