|
Usahawan dan personaliti media sosial, View Chin membuat kejutan untuk isteri tercinta, Amirah Aqilah dengan menghadiahkannya sebuah kereta mewah. Menerusi perkongsian di TikTok, View Chin mengajak Amirah ke sebuah pusat membeli-belah untuk membeli hadiah kepada anak-anaknya. Ketika menikmati makanan di sebuah restoran, View Chin memberitahu tentang kejutan tersebut sebelum menyerahkan kunci kereta kepada Amirah. "Disebabkan awak belanja saya makan, saya pun nak belanja awak sesuatu. Tutup mata dan keluarkan tangan. Okay kita main satu game, awak pegang kunci ini dan cari kereta. Kalau jumpa, kereta itu untuk awak." Tidak lama kemudian, mereka ke tempat meletak kenderaan untuk Amirah mencari kereta tersebut. Amirah kemudian mendekati sebuah kereta jenis Porsche Taycan berwarna putih selepas lampu kenderaan tersebut menyala. Boleh buka!" Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan Amirah sebagai isteri yang bertuah kerana memiliki seorang suami yang suka berkongsi rezeki. Sumber: TikTok View Chin, Oh Bulan |
youell replied at 24-12-2025 05:26 PM
Lifestyle influenzahhh ni.. Sikit pun iolls tak percaya... Donia tipu tipu belaka. Sekadar konten
babelina replied at 26-12-2025 09:46 AM
aku klau nmpk kt tiktok dorg nie...cepat scroll..
helicornia replied at 26-12-2025 11:05 AM
Tengok ok la lps kawin mira ni elok jaga anak tiri.tp aku tk tahan tengok mekap dia dgn kuku panjang ...
Prickford replied at 26-12-2025 05:13 PM
Paling susah nak percaya influenza beli barang2 mewah, pastu buat content bagi hadiah. Kak KM bagi a ...
ADVERTISEMENT