CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Ramai mahu ustaz tutup 'gift' ketika berceramah dalam live bagi elak icon pelik-pelik diberi netizen

24-12-2025 03:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 637| Komen: 10

 



PETALING JAYA – Segelintir netizen seakan mempersendakan penceramah agama apabila memberi hadiah kepada mereka ketika sedang memimpin bacaan doa 1 Rejab menerusi TikTok malam tadi.

Menerusi hantaran seorang pempengaruh juga bekas guru, Mohd. Fadli Salleh, memohon penceramah agama untuk menutup pilihan pemberian hadiah daripada penonton semasa siaran langsung terutama ketika bacaan doa.

“Ustaz dan ustazah yang buat siaran langsung di TikTok, mohon tutup pilihan bagi hadiah di TikTok semasa baca doa khususnya.

“Semalam, masa dua ustaz ini baca doa, ada netizen nakal pergi beri hadiah gula-gula getah dan mee telur mata. Hasilnya sepanjang bacaan doa 1 Rejab, hadiah itu melekat pada tuan badan,” katanya.

Malah katanya, pemberian hadiah itu boleh menjadi ‘senjata’ untuk golongan Islamophobia (permusuhan dan benci ke atas Islam) dalam mempersendakan ajaran agama.

Tinjauan Kosmo! mendapati ramai mengecam tindakan netizen terbabit yang seolah-olah tidak beradab.

“Orang yang bagi hadiah itu pun satu hal. Dah tahu kalau bagi hadiah akan jadi seperti itu tapi disebabkan tiada rasa hormat saat penceramah membaca doa, terus buat tanpa berfikir,” komen @AieynZainuddin.

“Netizen sekarang memang kurang beradab. Orang di komen pun boleh sama gelak dan menyakat ibarat sokong tindakan seperti itu,” komen @HaslizaLeeza.   


Sumber : - Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ZORRO5555 24-12-2025 04:30 PM
Takut nak komen lebih2
Quote Skuau 24-12-2025 05:17 PM
"Kemajuan tuan2,puan2.Yg tak buat..maksudnya depa tggl dlm gua"-Terpaling
Quote Firenzza 24-12-2025 05:42 PM
Dah menumpang platform ciptaan kapiaq kena hadap jer la.....
Quote missbigrockstar 24-12-2025 05:44 PM
Sorry tapi aku tergelak tgk gambar² ni
Tu lah nak buat camana dah nak guna sgt TikTok setaz² semua.
Quote Decaffeinated 24-12-2025 05:57 PM
Mujur aku tak ada tik tok. Selamat dari dapat hadiah.
Quote Purestteam1 24-12-2025 06:37 PM
haha.. sama la... x da tiktok
Quote Shayang 24-12-2025 08:22 PM
Hahahah oddo laa megi goreng atas kepala
Quote plywood 24-12-2025 09:08 PM
alaa.. melampaulah budak-budak nakal... tiktok kena perhalusi effect mengikut acara.

acara keagamaan mcm ni perlu effect yang tak sama dgn acara lain.
Quote _blackbird 25-12-2025 12:13 PM
Setad pon nak bagi ceramah ke nak minta derma in subtle way ni?? Boleh off  

Yg ni sejadah semak samun taknak pula ya beri komen, haram mengharap sedekah / hadiah masa tiktok live
Quote n3ar 26-12-2025 09:46 AM
teringat ada 1 video tiktok, sorang ostad ni duk up vid dia rukyah on9..


tengah dok rukyah 1 acik kepam ni, acik ni duk buat bunyi macam haiwan pastu badan ke kiri kanan

ntah dari mana ada orang bg gift kat acik tu, spek mata hitam siap rambu ramba apa ntah...dah orang tu konon tgh kena rasuk berspek hitam dlm video tu..

terkekeh2 ostad gelak tak jadi rukyah

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.033005 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top