CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mendonia! Raih RM26.6 juta, Papa Zola The Movie atasi Avatar, Zootopia 2

24-12-2025 03:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 477| Komen: 6

 


PETALING JAYA – Bakal menutup tirai 2025 dengan bergaya, filem animasi Papa Zola The Movie terus meraih sambutan apabila mengaut kutipan sebanyak RM26.6 juta dalam tempoh 11 hari tayangan.

Fenomena ‘demam kebenaran’ itu kini berada di tangga teratas carta Top 10 GSC, sekali gus meninggal jauh filem antarabangsa Avatar: Fire And Ash, Zootopia 2 dan Five Nights At Freddy’s 2.

Pengarah Papa Zola The Movie, Nizam Abdul Razak berkata, musim cuti persekolahan antara faktor pemangkin yang membawa penonton datang ke pawagam bersama keluarga.

“Kami bersyukur apabila Papa Zola The Movie dipilih sebagai antara aktiviti percutian keluarga di pawagam. Lebih bermakna, sambutan hangat ini juga
adalah daripada perkongsian pengalaman penonton sendiri.

“Fenomena ‘demam kebenaran’ ini membuktikan sokongan organik terhadap filem lokal mampu menarik lebih ramai penonton menghargai dan menyokong karya anak tempatan,” katanya.

Papa Zola The Movie mengisahkan kegigihan seorang bapa yang bekerja keras demi menyara keluarga kecilnya.

Tanpa disangka, dia bertemu semula dengan rakan lama yang pernah berkhidmat bersamanya di organisasi rahsia dikenali sebagai P.A.P.A (Protect and Prevent Agency).

Keadaan menjadi genting apabila anaknya, Pipi diculik makhluk asing membuatkan Papa Zola bersama isterinya, Mama Zila bertindak pantas.

Filem ini kini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

Ia juga dijadualkan ke pasaran antarabangsa Januari depan bermula dengan Indonesia, diikuti India, Vietnam selain ke Timur Tengah merangkumi Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar dan Turkiye pada April 2026.  


Sumber : - Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sangkaya 24-12-2025 03:33 PM
Kena tgok cita ni
Quote zad78 24-12-2025 03:40 PM
kebenaraaaaannnnn
Quote shernazz 24-12-2025 03:48 PM
Iols dah tengok zootopia tu..
Jalan cite okay la..
Takat bawak budak2 depa mmg.tak berganjak la..
Iols bawak budak2.masa sebelum cuti sekolah hari tu
Quote Purestteam1 24-12-2025 06:43 PM
nusaraya bakal claim
Quote nusaraya 24-12-2025 07:36 PM
Edited by nusaraya at 24-12-2025 07:42 PM
shernazz replied at 24-12-2025 03:48 PM
Iols dah tengok zootopia tu..
Jalan cite okay la..
Takat bawak budak2 depa mmg.tak berganjak la..

Sebuah Film dikatakan BAGUS  jika setelah menonton  film tersebut anda mendapatkan perspektif baru tentang artinya hidup... dan saya yakin seperti film-film MalayDesha lainnya yang dipuja-puji sebagai film  Bagus ternyata hanyalah Sampah di mata publik kami ketika ditayangkn di  bioskop-bioskop Indpnesia...., Dan lucunya  banyak rakyat MalayDesha marah X terima atas  kejujuran hasil penilaian kami itu ... Itu sama juga dengan penyataan arogan anda sebagai pusat tamadun melayu nusantara .. tetapi faktanya semua dicuri dari Indonesia ...
Quote alesandra 24-12-2025 08:38 PM
Tahniah.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.344869 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top