CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Singapura antara bandar raya paling mahal untuk pelancong

24-12-2025 02:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8281| Komen: 90

 



SINGAPURA – Singapura memasuki senarai 15 bandar paling mahal untuk pelancong di seluruh dunia, demikian menurut majalah pelancongan Britain, Time Out seperti laporan laman berita VNExpress semalam.

Berdasarkan kaji selidik ke atas lebih 18,000 orang,  ibu negara Korea Selatan, Seoul  dinamakan bandar paling mahal untuk pelancong, diikuti oleh Istanbul (Turkiye) dan Oslo (Norway), manakala Singapura berada di tempat ke-12.

Kaji selidik itu meminta orang ramai di lebih 100 bandar menilai kemampuan pelbagai aktiviti harian.

Ia termasuk makan di restoran, menonton wayang, minum kopi, persembahan seni, menonton teater atau komedi, acara muzik secara langsung, minum di bar dan aktiviti malam.

Berdasarkan peratusan responden yang menjawab ‘murah atau percuma’ dan ‘mampu milik’, Time Out menganalisis data untuk mengetahui bandar paling murah dan paling mahal di dunia untuk melancong.

Ramai pelancong mengadu tentang kos sara hidup yang tinggi di Singapura selain mendakwa mereka hanya makan sekali sehari untuk menjimatkan kos.

Purata anggaran perbelanjaan bulanan individu bujang di Singapura adalah SG$1,506 (RM4,800), demikian menurut  data daripada Numbeo. Ia merupakan pangkalan data sumbangan pengguna terbesar tentang bandar dan negara di seluruh dunia.

Sementara itu, senarai 15 bandar paling mahal untuk pelancong di dunia menurut tinjauan yang sama menunjukkan Stockholm (Sweden) di tempat keempat, diikuti oleh Kyoto (Jepun), Athens (Greece) dan Sydney (Australia).

Bandar lain yang memasuki senarai adalah Auckland (New Zealand), Munich (Jerman), Brisbane (Australia), Los Angeles (Amerika Syarikat), Singapura, London (Britain), Vancouver (Kanada) dan Miami (Amerika Syarikat). – AGENSI 

Sumber : – KOSMO! ONLINE.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ZORRO5555 24-12-2025 02:57 PM
Last pegi pun 2 tahun lepas...
Quote sangkaya 24-12-2025 03:34 PM
Teringin nak pergi tapi tak mampu
Quote Duta lover 24-12-2025 03:37 PM
Kenapa kyoto mahal lak eik?
Maybe tahun ni nk short trip g singapore...tapi x minat pun nk g USS. Saja nk jalan tgk suasana n makan2...huhu.
Quote Itzy 24-12-2025 03:52 PM
[quote]sangkaya: Teringin nak pergi tapi tak ma ...[/quote

Aku dh pergi tapi tak best pun. Semua benda mahal2. Makanan pun mahal???????????? kencing lak tiada paip getah. Susah la nak pakai botol air basuh cik V. Adoiii
Quote prettyuglybabe 24-12-2025 03:55 PM
things yg i suka about singapore adalah perumahan and public transport dorang sangat terancang..
Quote arareez 24-12-2025 04:46 PM
Itzy replied at 24-12-2025 03:52 PM
[quote]sangkaya: Teringin nak pergi tapi tak ma ...[/quote

Aku dh pergi tapi tak best pun. Semua be ...

Haa ada pun org mention. Kat sana takde bidet, kena beli portable bidet letak dlm handbag
Quote Decaffeinated 24-12-2025 05:38 PM
Kalau untuk pelancong Jakarta pun mahal unless ko boleh hidup makan macam locals.
Quote ninja boy 24-12-2025 06:47 PM
Edited by ninja boy at 24-12-2025 11:04 PM

Singapore kecik ja boleh cover byk tempat, tgk tempat le korang pi uss zoo cruise tempat fake tempat pakai duit mmg mahal, cuba pi tempat kurang pakai berduit santai2 spt pantai2 kapal terbang turun river bank tempat riadah jogging basikal mall deretan kedai food court masjid waterfront kos parking jah, yg best bumber road ikut standard, tandas percuma, perumahan n mall dekat public transport, toilet tu belajar2 pakai air botol, negara thailand dan vetnam walau ramai non muslim mereka beristijak pakai air ada paip, pastikan isi petrol penuh di Malaysia sana petrol mahal
Quote cm_vungtau 24-12-2025 07:40 PM
Itzy replied at 24-12-2025 03:52 PM
[quote]sangkaya: Teringin nak pergi tapi tak ma ...[/quote

Aku dh pergi tapi tak best pun. Semua be ...


Ada bidet tapi kena masuk handicapped punya toilet   Kalau tempat mahal2 ada satu dua yang ada bidet.
Quote B40tastePosh 25-12-2025 11:45 AM
Tak pernah rasa nak pergi pun. Acik teringin nak pergi Uzbekistan, Tajikistan sana.
Quote ninja boy 25-12-2025 12:44 PM
Edited by ninja boy at 25-12-2025 12:45 PM

Ai pun sama mau pi Uzbekistan masa umrah jemaah Uzbekistan nampak traditional bagus sopan behave  berbanding jemaah indonesia
Quote helicornia 26-12-2025 11:07 AM
Tp turkiye duit murah ok la nak pi
Quote pinkpunk 6-1-2026 11:06 AM
ai like singapore pasal dia mesra public transport especially travel with kiddos.
Quote TOPwind 6-1-2026 01:05 PM
mahal sbb duit dia

jika dok sana kira murah

sama juga dgn Brunei
Quote cmf_jeangrey 6-1-2026 09:31 PM
Negara kecik apa yg bestnya sis..beach? mountains? national park? heritage places? something unique dan rare?

Acik xtau pulak korg pi melancong semata nk experience public transport
Quote midori888 6-1-2026 09:45 PM
meols rasa tempat paling mahal meols pnh pergi is swiss...

satu kebab sandwich harga CHF 10, which about GBP9...in UK bole dpt one meal (nasi & 2 jenis lauk) for GBP4-5...my trip time tu, dari Swiss ke UK...Pnh gi Oslo, meols rasa lebih kurang swiss jer, maybe lower skit....
Quote midori888 6-1-2026 09:47 PM
Itzy replied at 24-12-2025 03:52 PM
[quote]sangkaya: Teringin nak pergi tapi tak ma ...[/quote

Aku dh pergi tapi tak best pun. Semua be ...

skrg dah ada cubicle yg ada bidet....meols jumpa kat airport....kat tempat lain tak sure....
Quote midori888 6-1-2026 10:06 PM
B40tastePosh replied at 25-12-2025 11:45 AM
Tak pernah rasa nak pergi pun. Acik teringin nak pergi Uzbekistan, Tajikistan sana.

dah pergi Uzbekistan last year...recommended...friendly ppl, cheap, safe (police everywhere) ada taxi/keta sapu yg menipu, but its cheap anggap sebagai sedekah...halal food everywhere...plov or pilaf rice byk minyak meols kurang suka....

for toilet, kena bawa botol air sbb bukan semua toilet ada bidet...public toilet kena byr, paling mahal meols byr kat Bukhara, 10k Som, lebih kurang RM3.40 worth it sbb kat tempat attraction, bersih dan ada bidet. Metro in Tashkent senang, just guna your credit/debit card to tap at entrance. Tak perlu nak beli ticket. ATM machine everywhere, dlm hotel pun ada...ada their own uber/grab - Yandex Go

Quote sharlenetexas 6-1-2026 10:38 PM
cmf_jeangrey replied at 6-1-2026 09:31 PM
Negara kecik apa yg bestnya sis..beach? mountains? national park? heritage places? something unique  ...

Pulau pun sentosa island.

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.233249 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top