CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘“Saya yakin TheNoor mempunyai potensi yang amat besar’ – Neelofa kini pegang saham majoriti TheNoor

24-12-2025 12:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1281| Komen: 14

 



Selebriti dan usahawan popular, Neelofa kini merupakan pemegang saham majoriti dalam syarikat teknologi gaya hidup Muslim, TheNoor, sekali gus membuka lembaran baharu yang lebih progresif dan penuh potensi untuk syarikat tersebut.

Ditubuhkan pada tahun 2020, TheNoor muncul sebagai aplikasi gaya hidup Muslim yang mencatatkan kejayaan luar biasa dengan lebih 4.33 juta muat turun dan 650 ribu pengguna aktif harian sehingga kini. 

“Saya yakin TheNoor mempunyai potensi yang amat besar untuk berkembang jauh ke hadapan.

“Fokus kami kini membina semula asas yang kukuh, meningkatkan ketelusan dan memperkenalkan inovasi yang benar-benar memberi manfaat kepada komuniti Muslim di seluruh dunia,” kata Neelofa, 36, dalam satu kenyataan. 

Platform ini telah menembusi hampir 200 negara dengan pengguna terbesar dari Malaysia, Singapura, Thailand, Brunei, Indonesia, Arab Saudi, Jepun, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Hong Kong — menjadikan TheNoor antara aplikasi Muslim paling berpengaruh di rantau ini.

Sejak penubuhan hingga tahun 2024, Neelofa tidak terlibat dalam operasi harian syarikat. Bagaimanapun, bermula Ogos 2024, beliau mengambil alih sepenuhnya pengurusan TheNoor, tanpa pengurusan terdahulu, dengan membawa visi baharu yang lebih strategik, telus dan berfokus kepada pertumbuhan mampan.

Sejurus menerajui syarikat, Neelofa telah melaksanakan pelan penstrukturan menyeluruh yang merangkumi pelantikan barisan pengurusan kanan berwibawa dan kerjasama dengan syarikat pembangunan perisian bertaraf global. 

Ini termasuk pembentukan jawatan baharu bagi memperkukuh struktur operasi dan pembangunan semula aplikasi yang bakal memperkenalkan TheNoor Pro, dijangka dilancarkan sebelum hujung tahun ini.

Kini, TheNoor berada di ambang kolaborasi strategik bersama sebuah konglomerat besar tempatan, termasuk projek integrasi dengan Proton, yang akan menyaksikan aplikasi TheNoor dipasang secara terus dalam tujuh model kenderaan Proton. 


Sumber : – KOSMO! ONLINE.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 24-12-2025 12:25 PM
ntah la tak pernah guna pun apps ni
org sekeliling aku pun rasa macam tak pakai jugak
Quote emera 24-12-2025 02:40 PM
Xde sorg pun org yg aku kenal keliling ni guna apps tu. Aku pulak, apa2 yg berkaitan dgn dia ni, aku elak.
Quote KamikuP 24-12-2025 02:54 PM
Moga ramai yg boikot Proton pasni
Quote ZORRO5555 24-12-2025 02:56 PM
LMK installed ke x Apps the nurrr
Quote aammyy 24-12-2025 03:02 PM
Saingan hebat Qalby kan? Ramai orang prefer Qalby. Kalau 2024 baru dia ambilalih, sblm ni sapa yg incharge?
Quote pocongkiutss 24-12-2025 04:10 PM
Kowser
Quote MatDeghem 24-12-2025 05:11 PM
Hebat dan luar biasa rezeki nya......


cari 14.jpg




Screenshot 2025-12-24 170915.png








#feveretList







Quote Peachlilac 24-12-2025 06:22 PM
i suka mukmin pro sbb takyah log in pon. interface lawa,simple. yang penting tak lag.arah kiblat pon inshaAllah accurate.
Quote scarflicious 24-12-2025 07:46 PM
tak tau pun ada apps ni.
Quote dubuk 24-12-2025 08:04 PM
Boikot tetap boikot
Quote babelina 26-12-2025 09:23 AM
lorrrr.. aku baru taw.. selama nie Qalby & Mukmin pro jer yg aku taw..
Quote bukannonones 26-12-2025 09:36 AM
tengah guna apps noor. Ok je cuma tu la, asek kena update
Quote AbukRokok 26-12-2025 10:52 AM
yang tetap megah berdiri
fazura out
senrose siblings out
Quote JahLupa 26-12-2025 11:38 AM
X tau pun benda ni wujud

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.380003 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top