CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Mahu jodoh akhlak seperti Rasulullah, sebab itu pilih kekal bujang’ - Isyariana

24-12-2025 12:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 789| Komen: 19

 



Pelakon Isyariana secara terbuka mengakui memasang hasrat untuk dijodohkan dengan lelaki berakhlak dan bersifat mulia seperti Nabi Muhammad SAW, namun memilih untuk menyimpan impian itu jauh di sudut hati.

Ujar Isyariana atau nama sebenarnya Isyariana Che Azmi, 35, jawapan tersebut sering berlegar dalam fikirannya setiap kali ditanya mengenai kriteria pasangan hidup tetapi tidak berani meluahkannya secara terbuka kerana sedar kekurangan diri.

“Sebenarnya bila orang tanya saya nak jodoh macam mana, dalam hati memang terlintas mahu pasangan yang ada sifat seperti Rasulullah SAW.

“Tapi saya tak pernah luahkan sebab sedar diri. Disebabkan itu juga, saya pilih untuk kekal single,” katanya dalam Threads.

Luahan jujur itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, rata-ratanya memuji keikhlasan serta kematangan pelakon filem Misteri Fraser 1910 dalam menilai soal perhubungan.

“Tak salah berimpian tetapi semuanya perlu usaha, kalau sudah usaha baru berdoa, tak salah pun bercita-cita tinggi meskipun kita fikir terlalu mustahil untuk digapai,” tulis seorang netizen.

“Mengidamkan lelaki seperti Nabi itu tidak salah tetapi wujudkah lelaki sebegitu?. Tak salah pun ada impian tinggi, asalkan sedar diri dan usaha ke arah itu,” komen seorang pengguna media sosial.

“Single tapi tahu apa dicari, itu jauh lebih baik,” ujar seorang lagi netizen.

Terdahulu, Isyariana pernah mengakui ketakutan untuk mendirikan rumah tangga berpunca daripada pengalaman silam membesar dalam keluarga yang berdepan penceraian.

Trauma melihat perpisahan ibu bapa suatu ketika dahulu membuatkan pelakon itu lebih berhati-hati dan tidak mahu mengulangi kitaran luka sama dalam kehidupannya. 


Sumber : – KOSMO! ONLINE.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 24-12-2025 02:26 PM
Ayat, kelangit terus pilihan jodoh.
Rase mcm x perlu kot cite kt orang.
Kite sape nk mengharap yang perfect.


AND KALAU X LAKU X YAH LA NK REKA CITE MCM2

Last2 nnt kawen ngn rempit. Alasan sbb tu jodoh.
Quote ihtisyam1 24-12-2025 02:34 PM
Sebab takde orang nak kat ko betul2 lagi....
Quote shernazz 24-12-2025 03:43 PM
Cari lah

Mana tau ada kan..
Sebab kalau yang caring ni kebanyakannya dah ada bini
Quote sweetfasha 24-12-2025 03:50 PM
terus hi level dia punya kriteria..

memang susah nak jumpa dikk... so silalah men andartu

yg penting jangan menyondol okehhh.. jwanjiiii
Quote zad78 24-12-2025 03:51 PM
WHO ARE YOOOOOUUUUSSSSSS
Quote NuansaBiru 24-12-2025 04:00 PM
Halah halah halahhhhh
Bila retis sendu yg saban masa bergelumang dgn pergaulan bebas dalam dunia seni sekali sekala berkata2
Quote KBW2 24-12-2025 04:21 PM
Sebenarnya bila orang tanya saya nak jodoh macam mana, dalam hati memang terlintas mahu pasangan yang ada sifat seperti Rasulullah SAW.

“Tapi saya tak pernah luahkan sebab sedar diri. Disebabkan itu juga, saya pilih untuk kekal single,” katanya dalam Threads.



So dah war-warkan kat socmed ni kira dah tak sedar diri ke camna?
Quote Samerosie 24-12-2025 04:23 PM
Kalau bukan rentis, dia akan jawab mcm ni pulak, Kawin bulan doblas, tahun open.
Quote sharlenetexas 24-12-2025 04:30 PM
No comment. Tapi awak comel bila freehair.


Quote NuansaBiru 24-12-2025 04:34 PM
Samerosie replied at 24-12-2025 04:23 PM
Kalau bukan rentis, dia akan jawab mcm ni pulak, Kawin bulan doblas, tahun open.

Yang tu rasanya zizang....
Quote lanacondor 24-12-2025 05:31 PM
Nak suami sebaik Rasulullah, adakah akhlak kita sebaik Khadijah?
Quote asfaz 24-12-2025 05:34 PM
Takkan ada yg sama dgn Rasullullah.
Quote seri_mawr 24-12-2025 05:43 PM
kalau ada menyimpan hasrat ingin kan suami seperti akhlak seperti baginda Rasulullah SAW.... anda jua perlu menuju akhlak secantik Siti Khadijah RA....

jgn nak laki akhlak mulia....kita perangai baik sikit dari mak lampir...

idak le iouls ckp Isya ni mcm mak lampir....tu perumpamaan jahh...
Quote MatDeghem 24-12-2025 05:54 PM
harap masin mulut nya dan Tuhan makbolkan permintaan. jadi andartuuu lah kamu sampai ketua

Quote TomyamPuteh 24-12-2025 06:08 PM
Itu maksudnya dia pilih untuk tak nak kawin.Dia Kasi hint secara halus tu.Mcm Bang Nuo Jeng korang la jugak.Kan dia cakap jodoh dia dah mati
Quote dudaberhias 24-12-2025 09:12 PM
Nak cari pasangan yang baik itu tidak salah itu pilihan dia untuk kekal kering sampai matahari terbit ikut barat sekalipun.

But who are yussssssssssssssssssssssssssssssssssss
Quote awenda507 25-12-2025 02:14 AM
Nk jodih yg baik2, diri sendiri kena usaha jd baik. Insyaallah yg mendekat pun org yg baik2 juga
Quote awenda507 25-12-2025 02:15 AM
Jodoh. Typo pulak
Quote ninja boy 25-12-2025 03:45 AM
Mengurat le ustaz ramai, no 234 pun ustaz no problem, kalau problem apa susah artis ramai cerai no problem

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.465035 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top