CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ariff Bahran Rugi RM425,000, Impian Bawa Sheila On 7 Musnah

24-12-2025 10:52 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 726| Komen: 6

 



Penyanyi Ariff Bahran mendedahkan dia dan rakan-rakannya menjadi mangsa penipuan sebuah penganjur konsert melibatkan kerugian sebanyak RM425,000 yang mahu membawa kumpulan Sheila On 7.

Menerusi video dimuat naik di Instagram Caprice, Ariff berkata pihak tersebut bersetuju untuk membayar semula wang berkenaan namun selepas setahun masih tiada lagi bayaran dibuat.


“Saya Ariff Bahran dan rakan-rakan telah terlibat dalam kes penipuan sebanyak RM425,000. Pihak penganjur sepatutnya membawa SO7 datang ke Malaysia tahun lepas untuk adakan satu konsert namun gagal.

“Mereka bersetuju untuk bayar balik tapi sampai sekarang tiada bayaran selepas satu tahun ia berlaku,” katanya.

Sementara itu, Ariff turut berharap pihak berkenaan boleh selesaikan hal berkenaan serta membuat bayaran semula.

“Kalau kau tengah tengok video ni, kawan aku baru sahaja lepas cerai, kawan satu lagi kereta dia baru kena tarik dan dia terpaksa gadai emas dia.

“Aku harap sangat kau boleh selesaikan, dan harap sangat kau boleh bayar balik supaya aku tak perlu buat satu lagi video untuk ulas kes ini,” katanya

Sumber : Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 24-12-2025 12:39 PM
jap... nak tanya..

kenapa dia yang rugi?

RM425,000 tu dia yang bayar kepada pihak penganjur ke cemane?

kenapa dia yang bayar?

saya tak faham...



Quote Bedak_Carrie 24-12-2025 12:44 PM
So dia investor lah kiranya?
Ada contract black and white tak?

Bab berhutang ni, kalau org dah memang xde duit, kau tuntut lah mcmana pun duit dia elek.
Quote telracs 24-12-2025 12:57 PM
teringat benang dia yang ini...

AKU NAK MAKAN APA?
Quote lanacondor 24-12-2025 01:26 PM
Aku nak tau siapa yg terlibat tu. Sebab last time pon ada kes mcm ni. Bukan tiket tak sold out. Tapi org dlm tu jadi 'ulat tiket'. Rugi kt situ.
Quote imanda 24-12-2025 01:49 PM
byrn so7 sekali buat show brape eh?
rs mcm mahal je kat indo sana
Quote Kancilkering 24-12-2025 02:46 PM
x ada mentor macam ni lah
gigit jari

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.229382 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top