|
Penyampai radio dan pelawak Johan memberitahu dia pernah menghanta anaknya iaitu Sodiq ke rumah anak yatim sebagai satu bentuk pembelajaran. Menerusi satu hantaran di Threads, Johan berkata anak lelakinya itu mempunyai tabiat tidak boleh berkongsi termasuk dengan adik beradik. “Dia (Sodiq) memang tak boleh nak berkongsi, dia dengan adik-beradik pun tak boleh nak kongsi. “Jadi apa keputusan yang saya buat ialah hantar ke rumah anak yatim. Bagi saya ini adalah satu hukuman untuk diri dia sendiri supaya memberi kesedaran dan pembelajaran. “Sodiq merupakan anak yang tak boleh kongsi makanan, pakaian, dan barang-barang dia semua tak boleh berkongsi,” katanya. Mahu memberi pembelajaran, Johan berkata dia membuat keputusan menghantar dua anaknya ke rumah anak yatim selama tiga hari selepas melakukan satu kesalahan. “Ada satu hari dia buat kesalahan dengan adik dia, jadi saya bawa Sodiq dengan Haziq dua-dua pergi rumah anak yatim selama tiga hari,” katanya. Diruangan komen rata-rata netizen memuji cara Johan mendidik anak-anak kerana tidak perlu marah mahupun menjerit dalam masa sama mereka boleh belajar untuk lebih bersyukur.
|
brainbiru replied at 24-12-2025 12:49 AM
Sodiq ni anak johan atau anak tiri johan?



kalchi: Oh bila pula si ozlyn ni pakai ...

biasa yg adik beradik sikit ni mmg xtau erti berkongsi makanan mcm yg ada adik betsdik ramai.. atay dapat parents yg kaya mmg xdak istilah kongsi2 makanan.. nak order sorg satu kecuali portion yg besaq..tu pun minta extra plate asing siang2 bukan kongsi cubit2 makan dari main plate orkid_amani replied at 26-12-2025 01:20 PM
husband aii pun xpamdai berkongsi makanan..nak kena hantaq dia p rumah ank yatim ka biasa yg adi ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.773132 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.