CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

China dipercayai muatkan lebih 100 ICBM di tapak silo - Pentagon

23-12-2025 04:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 271| Komen: 4


 



BEIJING: China dipercayai memuatkan lebih 100 peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) di tiga tapak silo terbaharu, selain tidak menunjukkan minat untuk menyertai sebarang rundingan kawalan senjata.

Pendedahan itu terkandung dalam deraf laporan Pentagon yang menyorot peningkatan cita-cita ketenteraan Beijing.

Menurut laporan itu, China sedang mengembangkan dan memodenkan simpanan senjatanya pada kadar lebih pantas berbanding mana-mana kuasa nuklear lain, seperti yang dilaporkan Bulletin of the Atomic Scientists, sebuah pertubuhan tidak berasaskan keuntungan berpangkalan di Chicago.

Namun, deraf laporan Pentagon yang dilihat Reuters menyatakan Beijing tidak kelihatan berminat.

"Kami melihat tiada keinginan daripada Beijing untuk melaksanakan langkah sedemikian atau mengadakan perbincangan kawalan senjata yang lebih menyeluruh," menurut laporan itu.

Bulan lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkata beliau mungkin sedang mengusahakan pelan nyahsenjata nuklear bersama China dan Russia. 

Secara khusus, laporan berkenaan menyatakan China berkemungkinan menempatkan lebih 100 ICBM DF-31 berkuasa bahan api pepejal di tapak silo berhampiran sempadannya dengan Mongolia, lokasi terbaharu dalam siri tapak silo yang dibangunkan.

Pentagon sebelum ini melaporkan kewujudan tapak berkenaan tetapi tidak mendedahkan jumlah peluru berpandu yang dimuatkan.

Bagaimanapun, Beijing sebelum ini menyifatkan laporan itu sebagai usaha untuk mencemar dan memfitnah China serta sengaja mengelirukan masyarakat antarabangsa.

Kedutaan China di Washington menyatakan China mengekalkan strategi nuklear bersifat pertahanan, mengekalkan angkatan nuklear pada tahap minimum yang diperlukan untuk keselamatan negara serta mematuhi komitmen moratorium ujian nuklear.

Deraf laporan Pentagon itu tidak mengenal pasti sebarang sasaran khusus bagi peluru berpandu yang dilaporkan dan laporan itu masih boleh berubah sebelum dikemukakan kepada penggubal undang-undang.

Laporan itu menyatakan stok hulu ledak nuklear China masih berada pada paras sekitar 600 unit pada 2024, yang mencerminkan kadar pengeluaran lebih perlahan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Namun, laporan itu menambah bahawa peluasan nuklear China masih berterusan dan negara itu berada di landasan untuk memiliki lebih 1,000 hulu peledak menjelang 2030.

China sebelum ini menegaskan ia mematuhi strategi nuklear pertahanan diri dan mengamalkan dasar tidak menggunakan senjata nuklear terlebih dahulu.

Laporan Pentagon yang menyeluruh itu turut memperincikan pembinaan ketenteraan China dan menyatakan China menjangkakan mampu berperang dan memenangi perang ke atas Taiwan menjelang akhir 2027.

Menurut laporan berkenaan, Beijing sedang memperhalusi pilihan ketenteraannya untuk menawan Taiwan melalui kekuatan tentera secara langsung termasuk kemungkinan melancarkan serangan sejauh 1,500 hingga 2,000 batu nautika dari China. – REUTERS



Sumber : Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gigahertz 23-12-2025 11:30 PM
jangan terkejut jika China serang Russia dulu.
Quote manopBKK 24-12-2025 01:25 AM
Why should they?


Quote B40tastePosh 24-12-2025 01:54 AM
manopBKK replied at 24-12-2025 01:25 AM
Why should they?

Iran,

USA takda data.
Quote kemaruk 24-12-2025 08:48 AM
Najib je yang boleh sign borang bawak keluar ICBM dari stor kem tentera sungai besi

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.241759 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top