|
Beijing: China baru-baru ini mengumumkan penemuan deposit emas dasar laut yang dikatakan terbesar di Asia, susulan beberapa penemuan sumber logam berharga di lokasi lain tahun ini.
Memetik laporan VnExpress, penemuan di luar pantai Laizhou, wilayah Shandong itu meningkatkan rizab emas yang disahkan di kawasan berkenaan kepada lebih 3,900 tan. Jumlah itu merangkumi kira-kira 26 peratus daripada keseluruhan rizab emas China, menurut laporan South China Morning Post. Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak mendedahkan saiz sebenar deposit dasar laut itu secara terperinci kepada umum. Bulan lalu, pihak berkuasa turut mengumumkan penemuan deposit emas gred rendah bersaiz besar di wilayah Liaoning dengan rizab disahkan sebanyak 1,444.49 tan. Kementerian Sumber Asli menyifatkan ia sebagai deposit emas tunggal terbesar yang ditemukan sejak penubuhan Republik Rakyat China pada 1949. November lalu, pihak berkuasa melaporkan penemuan deposit emas di Pergunungan Kunlun berhampiran sempadan wilayah autonomi Xinjiang dengan anggaran rizab lebih 1,000 tan. China kini pengeluar emas terbesar di dunia dengan pengeluaran mencecah 377 tan, pada tahun lalu mengikut data Persatuan Emas China. Walaupun mendahului pengeluaran global, rizab terbukti negara itu masih di belakang Afrika Selatan, Australia dan Rusia. China membelanjakan 115.99 bilion yuan (kira-kira RM71.64 bilion) untuk eksplorasi geologi tahun lalu. Ia menjadikan jumlah pelaburan keseluruhan sejak 2021 mencecah hampir 450 bilion yuan (kira-kira RM278.1 bilion). Pelaburan besar itu membawa kepada penemuan 150 deposit mineral di seluruh negara, menurut kenyataan Kementerian Sumber Asli. Harga emas semasa didagangkan pada harga AS$4,407 (kira-kira RM19,435) setiap auns ketika berita ini diterbitkan, meningkat 68 peratus berbanding awal tahun ini. Sumber : HARIAN METRO
|
kotakbaju replied at 23-12-2025 04:48 PM
Deposit emas tu apa? Pic atas tu macam rupa jongkong emas.
plywood replied at 23-12-2025 05:06 PM
secara umum erti deposit disini ialah timbunan tetapi bukanlah maksudnya betul2 berada disatu temp ...

plywood: Ada beberapa jg penemuan emas di china sejak akhir2 ini.. ahli geologi mereka semakin baguskah..? China Strikes Gold: Largest Undersea Gold Deposit in ...
Harga emas semasa didagangkan pada harga AS$4,407 (kira-kira RM19,435) setiap auns ketika berita ini diterbitkan, meningkat 68 peratus berbanding awal tahun ini.

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-2-2026 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.101230 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.