|
Pelakon Wanna Ali, 28, mendedahkan suaminya, Khairil Amri Khalid lebih suka melihat dia sibuk bekerja walaupun mereka baru 10 bulan mendirikan rumah tangga.
Wanna atau nama sebenarnya Nor Syazwana Mohd Ali bernikah dengan Khairil Amri yang juga anak bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 9 Februari lalu. Menurut Wanna, dia sendiri suka bekerja dan sangat bersyukur rezekinya dalam lakonan masih ada dan terus mendapat pelbagai tawaran meskipun kini bergelar isteri orang. "Suami lebih suka saya bekerja sebenarnya. Jadi, saya pun sibuk kerana ada benda yang nak dibuat. Kita pula sebagai pelakon, kalau bekerja memang berada di set penggambaran. "Kalau tak kerja, saya di rumah sahaja lenggang-lenggang kaki. Tapi Alhamdulillah, suami saya memang seorang yang sangat memahami dan sentiasa menyokong saya. "Masa tujuh bulan di awal perkahwinan kami itu, suami sukalah tengok saya sibukkan diri bekerja," katanya yang ditemui pada sidang media drama Setiaku Berdiri, baru-baru ini. Wanna dan suami, Khairil Amri saling mengenali pada tahun 2024 lalu dan mereka bertunang pada 9 November, tahun yang sama tetapi mengumumkannya pada 2 Februari lalu. Wanna yang juga anak kepada penerbit drama dan filem, Datuk Normashayu Puteh ini bagaimanapun mengakui enggan terlalu berkongsi kisah peribadi berbanding kerjaya seni. Katanya, fokus utama sejak dari dulu adalah karier seni dan berharap keputusan dibuatnya itu dihormati kerana dia juga sudah aktif sebagai anak seni sejak usia remaja. Wanna menceburi industri sejak berusia 16 tahun dengan bergelar penyanyi dan pelakon yang pernah dikenali menerusi filem pertamanya, Aku Ada Kau Ada pada 2012 serta lagu, Lepaskan. Sumber : HARIAN METRO
|
evlinne replied at 23-12-2025 05:00 PM
Herloksss sgt kapel ni
Moga cepat2 dpt baby shomelsss
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.153885 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.