CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak ada telefon pintar, boleh beli beli minyak peket secara manual - KPDN Melaka

23-12-2025 03:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 593| Komen: 13

 



Melaka: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka menegaskan pasar raya di negeri ini masih boleh menyediakan borang manual untuk pembelian minyak masak peket, terutama warga emas dan mereka yang tidak mempunyai telefon pintar.

Pengarah KPDN Melaka, Dr Mohd Hazimin Jamaludin, berkata langkah itu memudahkan pengguna mendapatkan minyak masak tanpa sebarang masalah walaupun Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) telah dilaksanakan.

"Jika pembeli tidak mempunyai telefon pintar atau tidak dapat membuat imbasan, mereka masih dibenarkan mengisi borang secara manual.

"Yang penting, pengguna tetap boleh mendapatkan minyak masak," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 2025 di Klebang, di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya akan menyiasat beberapa aduan mengenai pasar raya yang enggan membenarkan borang manual, dan tindakan boleh diambil di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 jika sabit kesalahan.

"Individu boleh dikenakan denda sehingga RM100,000, manakala syarikat pula boleh dikenakan denda sehingga RM500,000," katanya.

Dr Mohd Hazimin menjelaskan pelaksanaan eCOSS bertujuan memastikan kebajikan pengguna terpelihara dan ketirisan barangan kawalan dapat dikurangkan.

Beliau menasihati orang ramai membuat aduan sekiranya premis menyusahkan pengguna.

"eCOSS membolehkan kita menjejak minyak masak dari kilang hingga ke pengguna.

"Sebelum ini bekalan kadangkala tidak mencukupi, tetapi kini bekalan lebih stabil dan mudah diperoleh," katanya.

Tambah beliau, KPDN Melaka akan terus memantau pasar raya bagi memastikan borang manual disediakan untuk memudahkan golongan yang memerlukan, selaras dengan usaha menjaga hak pengguna.

Sumber : HARIAN METRO


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annabellaruz2 23-12-2025 03:55 PM
haish..meols terkena kat pasaraya CLC uols..
Niat nak beli sepeket jer.
Cashier suruh upload apps ni.
Then iols tya la cashier, mcm mana klu orgtua yg takde fon tp nak beli minyak?
Cashier tu jawab, tak boleh belilah. Boss suruh scan sbb klu tak ktaorg yg kena klu KPDN buat check.

Kawalan tu dah bagus, tp kenapa nak kena install apps??

Quote lanacondor 23-12-2025 11:38 PM
annabellaruz2: haish..meols terkena kat pasar ...
ye meolz pon sama. Penat beratur last2 kene install apps. Sudahnya balik jela. Nak isi dahlah pjg
Quote kemaruk 24-12-2025 12:09 AM
huru hara negara
Quote zuuu 24-12-2025 01:39 PM
Mula tahun depan ke sekarang dh start dh???mak aq g kedai runcit beli minyak paket ni cashier tu mintak ic je,xde pulak suh install apps ke isi borang ke
Quote TeropongThaico 24-12-2025 02:30 PM
Melaka je ke?
Apsal tak guna ic je kan senang. Nak guna app tak semua org activekan internet. Nak isi borang lambat & tak cakna lak dgn environmental friendly... Guna ic kan ke paling lancar memandangkan utk brg lain pun dah active dgn ic
Quote Firenzza 24-12-2025 05:54 PM
TeropongThaico replied at 24-12-2025 02:30 PM
Melaka je ke?
Apsal tak guna ic je kan senang. Nak guna app tak semua org activekan internet. Nak is ...

kos develop apps mkn juta2 billion2 khabarnya......dh nk masuk pru 16 ni x reti2 lg ke nk tmbh dana pocket komisen muntri masing2  utk stdby pru....kot klh ada la simpanan utk hari tua hasil sakau
Quote TeropongThaico 24-12-2025 11:25 PM
Firenzza replied at 24-12-2025 05:54 PM
kos develop apps mkn juta2 billion2 khabarnya......dh nk masuk pru 16 ni x reti2 lg ke nk tmbh dan ...

Kiranya utk menambah stock yg sedia ada la ye.. Faham
Milik siapa yg ini
Quote kemaruk 24-12-2025 11:33 PM
Firenzza replied at 24-12-2025 05:54 PM
kos develop apps mkn juta2 billion2 khabarnya......dh nk masuk pru 16 ni x reti2 lg ke nk tmbh dan ...

Agak2 sepanjang madani jadi KERAjaan ni, berapa banyak apps hauk yang telah dibuat dan berapa puluh bilion dibelanjakan?

Swbab kalau tengok, projek pembangunan fizikal macam takda je tapi belanjawan cecah rm420 bilion
Quote silance 25-12-2025 12:33 AM
"Jika pembeli tidak mempunyai telefon pintar atau tidak dapat membuat imbasan, mereka masih dibenarkan mengisi borang secara manual.

Serious aaa? Lepas tu apa jadi dengan borang itu? Sapa control? Sapa audit? Ada serial number? Rajin nak check?

Hehehehe.....sorry saiya terketawa la kaka.
-asing worangs

Quote tom2 25-12-2025 10:28 AM
Laa.. Nape la tak guna 1 apps je. Nak kena download banyak2.  Buat penuh hp je..
Quote TeropongThaico 27-12-2025 08:50 PM
Aiol sanggup la tak involve dgn apa2 yg kena daunlod app2 bagai ni. Stress tgk hp penuh dgn macam2 benda keradak. Tp tu le jauh drp tamadun manusia skrg la pula kata anak aiol
Quote itik_magic 28-12-2025 07:06 PM
buat mcm petrol lah.
Quote kakikuDibibirmu 28-12-2025 08:25 PM
Tak lama lagi, nak masuk syurga ferdows/paradise pun kena isi borang manual. Borang fotostat terima tak? Ke kena ada cop pengesahan tangga gaji gred A?

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.095202 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top