CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kamal Adli berang individu persoal status Hawra Uqaira - "Ini sangat melampau! Itu anak kandung saya.

23-12-2025 03:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 736| Komen: 7

 



Pelakon Kamal Adli, 39, berang terhadap komen seorang netizen yang mempersoalkan status anak kandungnya, Hawra Uqaira yang dianggap sudah menyentuh maruah keluarga.

Menerusi hantaran dimuatnaik Kamal di akaun Threads miliknya, dia nyata sangat kecewa dengan dakwaan fitnah cuba disebarkan individu itu yang dianggap biadap dan tidak munasabah.

"Ini sangat melampau! Terlalu melampau untuk manusia normal dan sebagai Muslim. Itu anak kandung saya.

"Tolong manusia kalau tak ada apa yang baik nak tulis, tolong jangan sampai 'level' (tahap) ini," luahnya sebagai teguran tegas pada hantaran berkenaan.

Menerusi komen ditulis itu, individu terbabit seakan mempersoalkan Hawra Uqaira yang berusia setahun lebih itu bukan darah daging Kamal hasil perkongsian hidup dengan isterinya, Uqasha Senrose. 

"Entah-entah anak orang lain yang dia kandung tapi Kamal tutup maruahnya dengan tak bagi 'statement' (penjelasan) apa-apa pun," tulis komen netizen berkenaan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial lain mencadangkan agar Kamal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu itu yang sudah memalukannya dengan komen tidak berasas.

Bagaimanapun, Kamal dalam komennya memaklumkan hantaran dibuat itu untuk memberi kesedaran kepada orang ramai supaya berhati-hati dan tidak menyebarkan berita palsu.

Sebelum ini, difahamkan Kamal juga memuatnaik hantaran di media sosial meminta netizen tidak membuat perkongsian berkaitan kisah-kisah lama Uqasha dalam hubungan cinta terdahulu wanita itu.

"Saya nak minta tolong, boleh tak minta ihsan kalian atau sesiapa sahaja untuk berhenti muat naik kisah masa silam saya dan Uqasha yang tidak baik.

"Sebab perkara itu tak elok untuk Hawra. Kasihan kami. Maaf sangat, semoga Allah SWT merahmati kalian semua," tulisnya.

Kamal bagaimanapun ketika ini masih berhadapan perbicaraan kes perceraian yang belum selesai dengan Uqasha 33, di mahkamah sebagaimana difailkan pelakon itu terhadapnya.

Pada 22 Oktober lalu, prosiding pertama kes perceraian itu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengikut permohonan cerai difailkan Uqasha, namun Kamal tidak hadir.

Bagaimanapun, pada sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) kes perceraian mereka baru-baru ini juga menemui kegagalan dan Kamal tetap tidak melafazkan talak kepada Uqasha.

Sebelum itu, permohonan cerai dibuat Uqasha pada 1 Oktober lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam dengan alasan tiada persefahaman.

Kamal dan Uqasha berkahwin pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di hadiri keluarga, sanak saudara dan kenalan rapat di Janda Baik, Pahang. Mereka kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Sumber : HARIAN METRO


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukanyanyi 23-12-2025 03:34 PM
Budak tu bibior mcm kemal la walopun kulit cam uqah..
Quote youell 23-12-2025 03:49 PM
Alahai.. Kalau ye pun benci sgt dgn mak atau pak budak tu, jgn la simply buat tuduhan mcm tu. Jgn la babitkan budak yg tak bersalah. Takde otak sungguh
Quote dudaberhias 23-12-2025 05:19 PM
Tu pun ungka kata sebabkan kamal deli la heshe di fitnah sedemikian.

Padahal dia dari muda dulu lagi kerja mengangkang kehulu kehilir macam Jule. Banyak kontroversi sana sini.
Quote sharlenetexas 23-12-2025 05:20 PM
dudaberhias replied at 23-12-2025 05:19 PM
Tu pun ungka kata sebabkan kamal deli la heshe di fitnah sedemikian.

Padahal dia dari muda dulu lag ...

Jule tu sape?


Quote pocongkiutss 23-12-2025 05:25 PM
sukanyanyi replied at 23-12-2025 03:34 PM
Budak tu bibior mcm kemal la walopun kulit cam uqah..

Uqa pun bukan putih ori..putih drip sisthur
Quote sukanyanyi 23-12-2025 05:37 PM
Edited by sukanyanyi at 23-12-2025 05:39 PM
pocongkiutss replied at 23-12-2025 05:25 PM
Uqa pun bukan putih ori..putih drip sisthur


Tula kan mcm yg disebut dlm benang sblm ni.. tp camne budak tu leh putih betul mcm anak jepun (kate omak hawra).. eh jap lps tgk blk gmba kat atas, takla melepak sgt mcm baru2 lahir dulu..
Quote lolipopmanish 23-12-2025 05:45 PM
dudaberhias replied at 23-12-2025 05:19 PM
Tu pun ungka kata sebabkan kamal deli la heshe di fitnah sedemikian.

Padahal dia dari muda dulu lag ...

Jule ke Zakie

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.253908 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top