CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kemboja minta Thai berunding di Malaysia

23-12-2025 12:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 338| Komen: 5

 


PHNOM PENH – Kementerian Pertahanan Kemboja meminta Thailand mengadakan rundingan dua hala di lokasi berkecuali iaitu Kuala Lumpur, demikian menurut surat yang dilihat  AFP hari ini selepas Bangkok dan Phnom Penh bersedia merundingkan syarat gencatan senjata setelah dua minggu pertempuran berdarah berlarutan di sempadan kedua-dua negara.

Pertempuran baharu pada bulan ini membunuh sekurang-kurangnya 23 orang di Thailand dan 21 lagi di Kemboja serta memaksa lebih 900,000 orang berpindah di kedua-dua belah pihak, kata beberapa pegawai.

Menteri Luar Thailand, Sihasak Phuangketkeow mengumumkan kesediaan berunding  dengan Kemboja selepas menghadiri mesyuarat khas Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara(ASEAN) di ibu kota Malaysia semalam.

Sihasak kemudian memberitahu pemberita bahawa rundingan akan diadakan di Chanthaburi, Thailand esok dalam kerangka jawatankuasa sempadan dua hala sedia ada.

Namun, dalam surat bertarikh semalam kepada rakan sejawatannya dari Thailand, Nattaphon Narkphanit, Menteri Pertahanan Kemboja, Tea Seiha sebaliknya meminta pertemuan diadakan di Kuala Lumpur.

“Atas sebab keselamatan disebabkan pertempuran berterusan di sempadan, mesyuarat ini harus diadakan di tempat yang selamat dan berkecuali,” tulis Tea Seiha dalam surat  yang diperoleh AFP hari ini.

Malaysia pula selaku  pengerusi blok ASEAN,bersetuju untuk menjadi tuan rumah rundingan gencatan senjata itu di Kuala Lumpur, tambahnya.

Kemboja berkata,  Thailand melancarkan serangan udara di wilayahnya semalam, sejurus selepas Bangkok mengumumkan kedua-dua negara bersetuju untuk mengadakan rundingan gencatan senjata.

Jurucakap kementerian pertahanan Kemboja, Maly Socheata memberitahu pemberita bahawa pertempuran di sepanjang sempadan masih berterusan pagi ini. – AFP


Sumber : Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 23-12-2025 02:15 PM
Boleh buat di @nusaraya
Quote airfilterkotor 23-12-2025 10:08 PM
Fehhh... kenapa dorang memilih Malaydesh? Konoha kan ada.

*sambil ketar-ketar jari nak menaip ke tidak ni.
Quote Purestteam1 24-12-2025 02:51 AM
boleh mintak coach cerai terlibat...
Quote MissYouSayang 24-12-2025 03:34 AM
Bapok tua tu baca report pun pemalassss lagi ko nak suruh dia lead gencatan senjata bagaiii...
Quote airfilterkotor 24-12-2025 11:00 AM
MissYouSayang replied at 24-12-2025 03:34 AM
Bapok tua tu baca report pun pemalassss lagi ko nak suruh dia lead gencatan senjata bagaiii...

Kita tuan rumah ASEAN, ofkos la dia sebagai PM jadi pemudah cara.
Kalau bukan dia, ko nak bagi kat sapa? Sahibus Samahah ostad Hadi..?

Cer citer sket.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.256025 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top