|
Pendakwah bebas Ustazah Asma’ Harun memberi teguran secara terbuka berhubung trend menormalisasikan pasangan belum menikah menghasilkan konten secara berlebihan atas tuntutan kerja dan permasaran produk. Menerusi perkongsian di Facebook, Asma berkata ianya tidak sepatutnya berlaku kerana melanggar batas syarak lebih-lebih lagi jika ianya mendapat pujian daripada peminat. Loading FB Post...
“Malu dan memang tak patut, hentikanlah normalisasi pasangan belum nikah atau akan nikah, atas dasar kerja sekalipun buat content berlebihan, sweet, comel ke apa. Netizen pun galak memuji bukan menegur, akhirnya ramai ikut tayang couple terbuka,” katanya. Sementara itu, Ustaza Asma’ berkata lebih menyedihkan apabila melibatkan pemimpin masyarakat serta individu Muslim berpengaruh yang sepatutnya memaparkan contoh baik. “Situasi ini lagi menyedihkan bila dalam kalangan pemimpin masyarakat dan individu muslim berpengaruh, yang sepatutnya tujuk contoh yang baik kepada anak muda, tapi jadi sebaliknya,” katanya. Dalam pada itu, Asma turut mengingatkan pengasas produk dan jenama pakaian agar tidak melakukan perkara melampaui syarak demi keuntungan semata-mata. “Sekarang dah masuk Rejab ni, janganlah dah Ramadhan nanti makin banyak content tak patuh Syariah ni makin banyak sebab nak iklan Raya. “Kepada pemilik produk atau busana, janganlah kerana nak lariskan jualan, sanggup berhabis buat marketing asal viral walau melampaui batasan Syarak. Adakah tak mahu cari keberkatan dalam mencari rezeki ? “Atau asal dapat kaut banyak untung.. lepas tu bersihkan atau sedapkan hati dengan Sedeqah. Kebaikan dan keburukan tidak boleh dicampur aduk, perbuatan ini Salah Faham besar dan iya adalah tipudaya iblis,” tulisnya. Sumber : Rotikaya |


lil_sparky replied at 23-12-2025 04:32 AM
Mohon tegur duta @leader atomy jgk

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.232335 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.